Cuti-cutian Di Mersing
Kalau korang terer... macam mana nak letak bumi atas penimbang? [Itu pun kalau korang rasa bumi boleh ditimbang ler. Heh!]
Wahahaha... rindunya gua kat PC kat opis. 4 hari tak sentuh rasa macam gila bayang. Bayang pun tak gila macam ni! Ahaks! Apa pun, gua selamat pergi dan pulang bercuti kat kampung Penyabung, Mersing. Aah, betul... kampung Shimi... best! 3 hari kat sana rasa tak cukup. Kalau boleh nak tambah lagi dalam seminggu dua. Tapi gilalah kalau gua dok kat sana sampai seminggu. Umah orang, kampung orang... jangan nak buat cam kampung sendiri. Kalau umah sendiri, lantak lu lah. Mak bapak lu yang tanggung, tol tak?!!
Gua pegi sana ngan Mai, Habib [adik Mai], Lan [member Habib] dan of course, tuan rumah... Shimi. Disebabkan kitorang berlima, maka gi sana ngan sebuah kete jer. Kete Shimi. Gua nyer kete, tinggal kat Rudy. Ingatkan boleh lah mintak tolong dia tengok tengokkan. Tapi si Rudy ni asbestos betul laa... ada ka dia pakai buat jenjalan sepupu gua awek dia kat Cameron Highland??? Jauh tuh. Mula mula hangin jugak bila dapat tau, tapi nasib baik dia servis kete gua sebelom gi sana. Kalau tak, maunya ada orang telan minyak hitam. Hahaha.
Kitorang bertolak dari KL lebih kurang kul 12 tengah malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Huyyoo.. naik kebas belakang ngan bontot gua. Tapi disebabkan gua hanya tido, tido dan tido jer... so takdelah terasa lama sangat. Gua hanya sempat bertahan sampai kawasan pekan Batu Kikir. Lepas tu gua terus gol. Sedar sedar pun bila Shimi kejutkan gua gara gara nak tunjuk satu tempat dipanggil "BANDAR TUN RAZAK". Eh, kat area N9 pun ada jugakk??? Dalam mamai mamai tu sempat gak gua ambik gambar signboard tu, buat kenangan, hehhee! Lepas snap sekeping dua, gua gol lagi... hinggalah sampai ke rumah Shimi. Ntahlah berapa banyak gol yang gua dah sumbat!
Aktiviti pertama kat sana, tido. Perghh... Susah nak cakap, tapi tido merupakan aktiviti yang paling nikmat. Tak kiralah kat mana, pukul berapa... janji ada angin yang masuk dalam rumah... silap silap haribulan dok atas pagar pun boleh terlelap. Oh ya, kampung Shimi hanya 3 km dari pantai Penyabung. Pantai tu best! Angin kencang tak hingatt. Ada pelancong asing [Australia, Singapura etc.], ada pelancong tak asing [orang orang kampung, orang jauh etc], ada pelencong... Err... kitorang lah tuh. Hehe. ;)
Masa kat sana, pantang ada masa terluang mesti nak berjalan. Masa kat tepi pantai, habis gaya kitorang bergambar. Mana mana pegi kamera mesti kat tangan. Pantang nampak scene macam menarik jer, mesti bergambar. Sana bergambar, sini bergambar.. last last bateri habis. Nak tak nak kena beli bateri baru, nun di pekan Endau, 12km dari Penyabung, huhuhu. Alang alang dah sampai Endau, sempat gak kitorang pegi Pahang jap. Iye, Pahang... err... Rompin! Hahaha. Perjalanan yang mengambil masa tak sampai 5 minit, hehe. Endau-Rompin kan sempadan. So memang betul la gua sampai Pahang, kan?!! Petang tu sambung jalan jalan kat pantai lagi. Lepak lepak kat pulau Batu Ayam... sesambil kutip kulit kerang ngan kulit siput. Belah malam, lebih kurang kul 11 malam, kitorang gi mancing kat jeti. Err.. lebih tepat, gua temankan diorang memancing. Gua tak minat memancing. Masa diorang seronok layan joran yang takde sekor ikan pun berkenan tu, gua lepak lepak atas jeti sambil baring baring kira bintang! Ah, seronokkk!!!
Jumaat, pepagi lagi si Mai kejut soh bangun. Kacau betol lah. Orang nak membuta pun tak senang. Tapi pasal dah plan pagi tu nak gi main air, mandi laut... maka terpaksalah gua kuatkan semangat untuk bangun dari tido. Lepas siap siap, kitorang gerak ke pantai Pasir Lanun. Yang mandinya cuma gua, Habib dan Lan jer. Mai ngan Shimi lepak tepi jerk. Hampeh Mai, tadi kejutkan orang bukan main, alih alih dia yang tak mandi. Ceh! Mula mula gua plan nak main air puas puas. Nak tolak ombak, nak berenang, nak menyelam. Tapi tak sampai setengah jam, gua dah naik ke darat. Ibu jari kaki gua berdarah kena batu masa kena lambung dek ombak. Awal awal ok lagi, lama lama tak tahan. Ditambah ngan seteguk air payau, tang tu jugak gua muntah! Arrghh.. potong stim betul laa! Lepas siap bilas ngan air paip, gua lepak tepi jer, sesambil peratikan si Habib ngan Lan main air. Ah, tensionnya. Balik dari pantai kitorang sempat singgah kat Teluk Kerengga. Wahh... banyaknya kulit siput. Besau besau lak tuh! Apa lagi, mengutip lerr... Bila rasa macam tak cukup tangan, baru kitorang blah. Lepas semayang Jumaat, umah Shimi ada buat majlis tahlil sikit tapi gua tak campur pasal.. err.. sambung aktiviti utama, tido petang, hehehe!
Hari Sabtu, gua bangun tido lewat sikit. Standardlah, takde plan so ambik can la tido puas puas. Hari Sabtu takde aktiviti yang best sangat. Kitorang just ronda ronda bandar Mersing. Rasanya satu daerah Mersing kitorang pusing. Yang bestnya, mana mana pegi mesti jumpa pantai. Kat bandar ada pantai, ulu kampung ada bandar, masuk kampung tu, keluar kampung ni... pun jumpa pantai. Rasa macam dok kat pulau lak, pusing celah mana pun, mesti jumpa pantai. Yang kelakarnya, masa berenti kat tepi sungai dekat ngan area pantai Sekakap.. sesaja nak tinjau tinjau kawasan memancing.. sekali Shimi jatuh dalam lumpur gara gara nak tangkap ketam kat tebing sungai. Bwahahahaha! Err.. kesiannn... Nak tak nak terpaksa gi Parkson, beli seluar pendek. Terbang RM30 lebih, huh! Malam tu layan Rabun. Lebih kurang 1 pagi, baru kitorang bertolak pulang ke KL. Sampai kat Ukay Perdana lebih kurang 5 pagi. Tak cakap banyak dah.. memang ngam dan sesuai ngan waktunya, gua sambung lagi aktiviti terbengkalai.. tak lain tak bukan.. TIDO!!!
Tema percutian : Makan, makan, makan dan makan!!!