[GESBUK?]

27 February 2004

Pelacur Jantan
Rabu, 25 Februari. Wahh.. tak disangka sangka dengan senang hatinya gua jejakkan kaki kat MATIC, jalan Ampang tu semata mata nak tengok teater. Ditemani Rudy, gua ke sana setelah berjanji ngan beberapa lagi teman seangkatan.. Salji & Aida, Tipah, Langsat & adik lelakinya, SuRiRaM, Nida, Ceqtie, Pah dan Tudung Purple. Err... kalau diperhatikan, geng geng perempuan jauh lebih ramai dari geng lelaki. Dan, kat dalam panggung pun penuh ngan perempuan jugak. Best jugak bila dok sebelah menyebelah ngan awek yg kita tak kenal. Sekali dua kala gua ngan Rudy sempat menyampuk cakap diorang, ahaks! Nasib baik kitorang tak kenal pelempang..

Betul.. awek sebelah gua sporting. Gua menyampuk cakap diorang, tapi tak marah pun. Siap berbalas menyampuk lagi. Nasib baik tak kena sampuk, huahahahaha! Tengah best dok pikir apa nak cakap ngan awek sebelah, tetiba gua dapat sms. Ingatkan sapa.. rupa-rupanya si Salji..

"Takmo jual saham kat orang sebelah???"

Ahahahahaha.. siyol tol.. macam tau tau jer lu nih.

Teater tu bertajuk Kasanova. Namun jalan cerita bukanlah berkenaan pelacur atau gigolo.. ia sebenarnya kisah tentang anak kepada seorang tuan guru yang alim, berhijrah ke KL untuk jadi ustaz. Ntah macam mana dia join berlakon teater bertajuk Kasanova yang mana heroinnya seorang awek cun bernama Siti Norbaya, yang mana selalu masuk majalah hiburan. Bayangkan bila seorang yang dianggap alim bergambar bersama sama artis top yang seksi(?). Maka kecohlah satu keluarga sehingga pertunangan ustaz itu dengan tunangnya yang berketurunan Minangkabau hampir hampir diputuskan semata mata kerana keluarga tunangnya berpegang teguh pada Adat Perpatih. Ayoo.. manyak kelakar maa..

Jalan ceritanya bagus pasal banyak pengajaran diselitkan melalui olahan skrip yang mengandungi isi tersirat. Sekali sekala, terdengar ayat macam satu sindiran pedas buat orang orang politik. Yang tau tu taulah, hehe..

Lepas habis menonton, diorang semua plan nak gi melahap tapi gua ngan Rudy tak join. Terpaksa.. ikutkan hati nak jugak gi lepak makan makan sekali tapi disebabkan masih ada hal yang belom setel, gua terpaksa tolak pelawaan tuh. Apa pun, sebelom masing masing beredar.. acara yang tak penah miss standardlah, ambik gambar! Hmm.. perempuan. Mana mana boleh jadi port bergambar. Malam tu, replika kete lembu jugak yang jadi mangsa, keh keh keh! Lantak lah, janji korang hepi. Eh silap.. janji ROCCKKKK! ;p

**Tipah.. kate nak race. Bila Tipah, bilaaa????

24 February 2004

Love

"...Love, Love will fill your heart, Love will break your heart, Love will heal your broken heart..."

Gua boring boring.. gua bukak lagu. Kalau kat opis, gua pakai winamp.. kalau dalam kete, gua dengar cd audio. Dan, lagu yang kerap gua dengar selalunya lagu sama. Salah satu lagu yang gua minat [baru jer minat, hehe] datangnya dari kumpulan ska tempatan, Gerhana Ska Cinta. Dalam berbelas belas lagu diorang tu, lirik lagu ni la yang betul betul lekat dalam kepala hotak gua nih.. Hmm.. bila dipikir pikir, macam betul lak..

Eh, gua buang tebiat la pepagi ni, ahahahaha!

Jalan Jalan Carik Tempat Melahap
Lu orang semua dah makan? Kalau belom, ni gua nak sarankan satu tempat makan yang menarik..

Pernah datang Ukay Food Court? Hampir 3 minggu dibuka. Bersebelahan jalan nak ke Ukay Perdana dan berdekatan simpang jalan belakang nak ke Bukit Antarabangsa. Apa yang menarik? Mari kita sama sama tengok!

Bagi gua, food court ni lain sikit dari mana mana food court yang ada sekitar Lembah Klang ni. Kelebihan tempat ni berdasarkan pada senibina yang unik, ruangan tempat duduk yang mana nampak eksklusif ala ala Coffee Bean, Starbucks atau kaum kerabatnya. Kawasannya yang luas mampu menampung bilangan pelanggan yang hadir dan tak hadir. Luas tapi tak padat, ok kan? Untuk family yang bawak anak anak kecil, satu tempat khas untuk bebudak kecik bermain juga disediakan. Untuk bapak budak tidak pula disediakan, harap maklum.

Ada berpuluh gerai makanan disediakan yang mana setiap gerai hanya menjual sejenis makanan/masakan sahaja. Ini mungkin strategi jualan kot. Namun demikian, bagi menarik lebih ramai pelanggan terdapat beberapa artis terkenal yang juga turut sama bukak gerai. Antaranya Hani Mohsin dan Sheila Mambo. Itu yang gua tau la, mungkin ada lagi artis lain, cuma belom jumpa lagi. Strategikah atau memang diorang carik makan cara tu? Ntahlah. Apa pun, ada juga artis artis lain yang datang melepak/makan kat sini. Err.. lupa lak sapa, hehe..

Jika dilihat dari jauh, food court ini nampak seperti bertingkat kerana tempat duduk dibina di lereng tanah tinggi. Bersebelahan pagar, pelanggan boleh mendengar air longkang menderu, bak ombak tepi pantai. Oh ya, besar longkangnya. Ah, mungkin gua silap.. itu sungai barangkali! Layanan dari pelayan pun bagus juga. Kalau tidak, masakan si Rudy terpaksa panggil beberapa kali untuk minta tambahkan gula dalam airnya, dan pelayan itu tak paham paham bahasa. Tersebut tentang air.. air minuman di sini sungguh istimewa kerana harganya jauh berbeza dengan lain lain kedai makan. Biasa gua minum nescafe o ais RM1.30, kat sini baru RM2.00. Kalau laici biasanya RM1.80 - RM2.00, kat sini baru RM2.50. Pendek kata memang berbezalah. Sementelah ais kosong pun di sini baru 40 sen, hebat kan? Haa.. gua dah cakap awal awal tadi kan.. tempat ni menarik. Mana korang nak carik kalau bukan di Ukay Food Court nih!

Standardnya, untuk mereka yang kaki bola.. boleh menonton tayangan bola kat skrin besar macam kat Bangsar tuh. Tak standardnya, bila asyik asyik bola, bola, bola dan bola saja. Arrghhh.. gua tak minat bola!!! Hampeh. Lu lelaki? Tempat ini sesuai ya amat kerana kebanyakan pelanggan adalah awek cun! Hohoho [Percayalah!]. Dan bolehlah datang beramai ramai ngan member sambil order apa apa air [air saja dah cukup - refer fakta di atas!], lepas tu duduk berjam jam sampai kedai nak tutup. Uhh.. seronokk!

Lu orang dipelawa datang beramai ramai untuk memeriahkan lagi suasana food court nih. Ajak lah kengkawan sanak saudara kerana lu orang gerenti akan berpuas hati. Percayalah.. lu orang takkan menyesal. Jumpa lu orang di sana, di sana, di saaaaaaaaaaaaaanaaaaaaaaaaaaa!!!!

*Iklan ini tidak dibayar siarannya. Takpee.. tak kisah!*

20 February 2004

Sakit Jiwa!
3 hari lepas, ada gathering haram kecil kecilan berlangsung kat McD, Mid Valley. Yang hadir.. gua sendiri, Salji, Tipah, Mushroomcute, Nile_chem, Langsat, Bajonz dan wife dia, Syana. Kitorang melepak kat sana sampai kena halau ngan staff McD, gara gara kedai dah nak tutup. Adoii... apa la diorang ni, kalau bab bersembang memang tak hengatt dunia!! Itu pun dikira nasib baik bila mamat McD tu bagitau, kalau tidak.. ntah ntah Mid Valley tutup pun, belom tentu nak berganjak lagi. Agak agak kalau Mid Valley kena bom, pun tak sedar jugak ke? Huh! ;p

Lagi cerita klik sini...

Masa perjumpaan tu, gua tak dapat nak concentrate pasal kepala tengah berserabut. Ada part part yang ok, gua mencelah sikit sikit, buat lawak bodo ker apa ker.. Tapi nak sembang serancak diorang semua, gua tak larat. Mungkin disebabkan kurang berborak maka si Tipah cakap gua ni pemalu. Ahahahaha... tak tau nak cakap apa, tapi bila orang kata gua ni pemalu, gua terus tergelak. Bukan pasal gua tak setuju orang cakap macam tu, tapi pasal ramai orang lebih lebih lagi mereka yang dah kenal gua takleh terima kenyataan yang gua ni seorang pemalu. Har har har! Apa, ingat muka gua ni muka jenis tak tahu malu ker??? Hampeh. Takpe.. takpe.. tak kisah. At least still ada orang anggap gua ni pemalu [walau tanggapan tuh sebenarnya kurang tepat]. Takpe Tipah, gua sokong sama lu. Ahahahahaha!

Lepak kat Bangsar betul betul menghilangkan mood gua malam tuh. Bukan gua tak suka lepak sana. Suka jugak walau tak sesangat. Mood ilang onthespot bila bos tersayang gua call maki hamun pasal keluar opis sebelom keje siap tanpa memberi peluang langsung untuk gua membela diri. Yang dia tau, "U ni bla bla bla huarghhh bok bek bok bek graahh worrghh yeaahh arrghhh arrghhh!!!". Siyol tol.. Macam tokrimau harimau! Nasib baik mak gua dah taruk nama gua sesedap sekarang yang mana bermaksud YANG SABAR. Tu yang sabar manjang jer.. Memang betul, malam tu sepatutnya gua stayback kat opis sehingga tender IKM tu siap. Tapi kerja kerja menyiapkan tender tu dah didelegate untuk masing masing. Gua nyer part hampir setel. Ada seciput je lagi, yang mana gua boleh setelkan awal awal masuk keje pagi esoknya. Dan Azwan pun dah bagi can blah awal. Sebelom blah, gua sempat ingatkan Azwan kalau kalau dia perlukan pertolongan, call saja gua. Gua akan datang balik opis untuk tolong dia. Tapi tu lah, tak sempat apa apa, dah kena bambu kaw kaw nyer! Huhuhu.

Nak minum teh o ais pun dah tak ada selera. Lepak tak sampai 15 minit, gua terpaksa blah. Cuma yang kelakarnya, masa ondeway nak ke Cheras tu, dengan kepala yang berserabut dan badan yang tengah hangin semacam ni, gua "terdrive" sampai masuk area pekan Kuchai. Aik???? Kitorang sesat. Gua sendiri tak paham macam mana kitorang boleh sampai area sana. Gua tak pernah sampai situ, maka terpaksalah ambik masa untuk keluar semula ke KL. Tension bertambah tambah. Apa pun, lepas tu jumpa balik jalan keluar, pasal signboard banyak! Lepas hantar cik Kulat balik, gua terus datang opis semula konon konon nak tolong apa apa yang patut [tolong tengok!]. Dan hari tu.. gua balik umah kul 6 pagi, walau kerja yang dikerjakan tu still tak siap siap jugakk, hehehe!

Sound System
Itu hari kete gua tukau player, pasang CD player je. Malam tadi gua tambah lagi aksesori, bagi sound biar gegar sikit. Biar cair taik telinga sesapa yang dengar. Hehehe. Puas. Cukup puas. Puas hati dengan jumlah bayaran... menelan belanja hampir sebulan gaji gua... Arrgghhh! Terduduk gua. Bayar main swipe jer, namun limit dah nak exceed. Lepas ni tak tau la gua macam mana.. Sen dalam bank pun ada la dalam seketul dua. Tak pasti boleh lepas ke tak untuk tunggu gaji bulan ni. Harap harap sempat. Kalau takk.. [Gua dah terbayang bayang meggi tom yam laa.. peh, seleranya!]

Salji, bila mau test bunyi kete aku? Hehehe..

[Gersang - Sunyi]

16 February 2004

Sudah Sihat!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan kesungguhan makan ubat, maka sembuhlah jua gua dari demam yang tak berperikemanusiaan itu. Ada pun di petang yang ceria ini, gua dengan penuh semangat jati diri ingin menyambung kembali penulisan yang terbengkalai selama hampir satu minggu. Ooo... yeahh!!! Ahahahha!!! ;p

Valentine
Ahad minggu lepas gua sempat keluar dating ngan Tasya. Kitorang jenjalan kat KLCC. Tak, Tasya bukan awek gua... dia hanya seorang rakan yang cukup special bagi gua [ye ker?]. Jumpa pun tak lama, pasal petang nanti lebih kurang 6 petang gua dah nak kena bertolak ke Kuantan, outstation. Gua jumpa pun pasal takut tak sempat jumpa dah lepas ni sebab cuti dia dah nak habis. Lepas ni, dia akan terbang balik ke negara Kanggaroo. Sementelah dia ada kat KL ni, gua amik peluang jumpa sekejap.

Masa kat KLCC, kitorang just lepak lepak kat kerusi tepi koridor tu. Gua sebenarnya malas nak beli tingkap banyak banyak. Gua lagi suka kalau duduk dan sembang. Tak kisahlah tempat orang ramai ker... orang sikit ker... err... tempat gelap ker... gua lebih suka duduk rileks rileks dan sembang apa apa yang boleh disembangkan. Oh ya, kenapa perempuan suka sangat masuk kedai Lovely Lace tu hah? Hampeh jugak... gara gara Lovely Lace, sen gua terbang. Tapi tak apa, disebabkan gua jarang bagi adiah kat perempuan, maka hari tu hari bertuah untuk Tasya. Bukan disebabkan minggu depan Valentine Day, tapi kerana gua jarang sangat bagi hadiah kat dia, maka hari tu gua belikan dia bantal merah berbentuk love, dengan tulisan berbunyik FOR A SPECIAL FRIEND, bla bla bla bla... Suka nyer dia. Tak paham gua. Ah, lantaklah. Pompuan semua memang macam tu. Benda murah jer. Janji ikhlas, ye tak? Sebelom beredar, gua ingat nak beli lagi satu sebagai hadiah besday seorang sahabat [perempuan juge], yang ni tulisan dia lain sikit. Pikir nyer pikir, ahh... nanti lah. Lagi best kalau gua kuar ngan dia, biar dia pilih sendiri. Tapi last last, tak kuar jugak, ahahahah! Takpelah, ada masa free nanti gua ajaklah dia kuar... hehe!

Apa kena mengena ngan tajuk Valentine tuh? Err... gua pun tak paham! Belasah jelah!

Outstation
Jumaat lepas lagi gua dah mula rasa nak demam. Masuk hari Sabtu, gua betul betul demam. Sabtu halfday. Boss gua masuk opis jap bagitau Azwan yang dia tak jadi pegi outstation tu. Nak tak nak, gua yang kena temankan si Azwan. Arghhh... gua demam la bos. Dah lah Azwan tak nak drive kete dia. Kalau tak, rileks siket. Gua tak kisah kalau kena drive kete sendiri. Masalahnya gua tak sihat. Kot kot nanti tengah tengah best drive tetiba dibuatnya gua blur... blank... kang dua dua terus gol! Sapa yang dipersalahkan? Guaa jugakk!!! Dalam tak sihat tu meter km sempat gak cecah 140 - 150 km/j. Heheheh. Apa pun setiap kali driving, gua mesti berpegang pada prinsip BIAR CEPAT ASAL SELAMAT!

Lawatan tapak ke IKM zon Pantai Timur memang berbaloi. Bermula dari KL ke Pekan, Kuantan. Kemudian ke IKM Besut, Terengganu dan berakhir di IKM Pasir Mas, Kelate memang seronok. Penat memang penat. Ditambah dengan selesema, batuk dan sakit kepala... berjalan jalan sekitar kampus IKM bawah cahaya terik matahari cukup menyeronokkan. Tak caya? Cubalah! Best nak mamposs! Ye ye, rasa nak mamposs!!! Dan setiap perjalanan dari satu negeri ke satu negeri, gua yang drive. Azwan tak sentuh stereng langsung. Bukan gua tak bagi dia drive. Masalahnya dia ni jenis yang drive ala ala romantik gitu. Skema tak habis habis! Kalau masa yang sepatutnya 3 jam tentu boleh jadi 6 jam agaknya. Huh!

Lawatan tapak tu sebenarnya tak seronok. Yang seronoknya, bila gua buat sesuatu yang tak berkaitan langsung dengan keje tuh. Gi Kuantan, gua dapat jumpa member lama masa kat UTM dulu, si Zulfa. Dapat jumpa isteri ngan anak dia [Comel, kiut, hensem, putih dan pandai anak Zulfa]. Masa gi Terengganu, dapat jumpa ngan Adk walaupun kitorang hanya borak sekejap tepi jalan depan rumah dia. Dan masa kat Pasir Mas, ehem ehem! Paham paham lah, dapat balik kampunggg!!! Ahahahahaha!

Petang Rabu kitorang bertolak balik ke KL. Walaupun badan belum sihat, penat... gua tetap maintain macam biasa. Nak kata gua drive laju, tak jugak.. Rasanya biasa jer. Tapi kalau tengok pada masa perjalanan, gua hanya ambik masa 5 jam untuk sampai ke KL. Hmm... tak laju lagi tu, pasal Rudy cakap dia pernah buat 4 jam setengah Pasir Mas-KL! Lagi power!

Setiap kali gua nak isi minyak kete, gua mesti carik stesen minyak Shell. Ini mesti pengaruh iklan kat tv tu... pakai minyak Shell boleh dapat lebih kilometer. Heheheh. Ntah betul ntah tidak, namun tiap kali gua pakai minyak Shell, memang terasa sedikit perbezaan. Tapi member gua, J akan cakap...

"Ah ye, nak lebih km jadi burung laa. Ada sayap... bolehlah!"

Aah, ye jugakk! Hmm...

14 Feb 2004
Ada apa dengan 14 Feb 2004? Takde apa sebenarnya... cuma tarikh ni mungkin tarikh keramat bagi seorang sahabat jurnal kita. Ya, Fariz. Farizshah. Atau lebih dikenali sebagai Salji. Petang Sabtu kelmarin seharusnya menjadi detik bersejarah buat empunya badan. Dia selamat ditunangkan dengan Puterisalji nya, si Aida. Tahniah Salji. Lepas ni korang berdua pakat pakat la kumpul duit, cepat cepat cukup, cepat la kawen, ahahaha!

Gua tak tau berapa ramai member GeJu yang dijemputnya. Tapi gua... gua tak dapat datang kerana ada hal urgent di saat saat akhir. Kerana takut tak sempat hadir ke majlis, gua terlebih awal datang untuk bagi kamera saja. Gua minta maaf kat lu Salji... kalau takde aral melintang petang tu dah tentu gua follow lu sekali, heh! Apa pun, semoga ikatan pertunangan tu berakhir dengan perkahwinan [Huyyoo... bestnya bertunang. Ada sapa sapa nak jadi tunang aku tak?!!]

12 February 2004

DEMAM!!!
Sori la geng, gua tak sempat nak updet. Bukan takde masa... tapi gua demam. Hampir seminggu. Tengah taip ni pun kepala hotak gua rasa macam nak pecah. Dicampur 3 hari outstation ke zon pantai timur, travel dalam keadaan demam, buat badan lambat sihat kerana kurang rehat. Gua nak sambung rest dalam sehari dua lagi... then baru gua tulis balik apa yang tertinggal. *cough!*.. *cough!*..

Seminggu... kena selesema dinasor agaknya!

06 February 2004

Gi Masjid
Ahh... gua baru je balik dari semayang Jumaat. Hari ni rasa tak sedap badan lak. Lobang idung tersumbat sampai nak bernafas pun susah, tapi ada lak hingus jernih meleleh jatuh slow slow & steady. Sakit jiwa betullah... Pagi tadi bangun tidur, tekak gua rasa perit nak mamposs. Nak telan air liur pun sakit. Arghhh.. Kenapa ye? Orang cakap kalau batuk batuk, sakit tekak, demam, selesema dan sebagainya yang datang dalam bentuk package tu tanda tanda nak kena selesema burung. Ah sudah.. mintak jauh lah. Selesema burung ker, itik serati ker... harap harap takde la kena kat badan gua yang ramping dan sihat walafiat ni.

Bak kata Azwan: "Kalau kau kena selesema burung, kau akan jadi orang pertama yang kena kat Malaysia."

Wahh.. boleh masuk Malaysian Book of Records nih, hehehe!

Nak pegi masjid tadi Azwan naik kete gua, nak dengar sound CD player baru gua katanya. Gua biasala, alang alang nak test sound apa kata dengar lagu yang bisa memekakkan telinga. Wahahaha... tu dia, gua bagi dia layan lagu Black Metal - As-Sahar. Kitorang siap headbang lagi. Sedar tak sedar dah sampai masjid.

Apa la lu ni Azwan... nak gi semayang Jumaat pun layan lagu Black Metal ke???

Seperti biasa sebelom masuk ke masjid, kitorang akan lepak lepak sambil melahap apa yang ada kat gerai mak cik tepi masjid tuh. Tengah best menjamu selera tetiba gua terpandang sorang awek sedang berjalan tepi jalan. Seksi! Gua pandang Azwan...

Gua: "Oit, usha apa? Jauh pandangan mata..."

Azwan: "Hahahaha, takde apa lah." Cover..

Gua: "Masya allah.. Ingat Wan, ente datang mesjid mau solat!" Azwan gelak tak habis habis!

Sekali ada sorang brader kat tepi menyampuk..

"Alahh.. pakai macam tu lalu depan tok imam pun, tok imam pandang."

Gua: "Masya Allah.."

Brader tu sambung, "Lalu depan tok imam, mula mula masya Allah.. masya Allah.. Bila makin dekat, Alhamdulillah.. Alhamdulillah!"

Gelak lagi..

05 February 2004

Seminggu
Fuhh.. lama jugak gua tak updet blog ni. Seminggu beb. Ni yang tension ni, bila lama lama tak updet habis ilang idea apa nak tulis. Masa idea tengah fresh tak pula nak pi tulis cepat cepat. Tunggu dulu.. tunggu dulu.. last last hampeh. Adoii.. gua nak tulis apa ni haaa???

Rabu minggu lepas gua gi tengok The Last Samurai kat Midvalley Megamall ngan beberapa opismate gua. Disebabkan tiket reserved ada 6, kitorang berlima.. so ada la satu tiket lebih. Mula mula ingat nak ajak si Rudy sekali tapi dia tu mana minat citer perang perang macam ni. Lebih lebih lagi takde pakai komputer efek, jangan harap la nak ringankan kaki masuk panggung. Lainlah kalau macam dulu, masa nak tengok LOTR, Matrix, X-man etc.. yang tu awal awal lagi dia yang ajak, cis! 2-3 orang member yang gua call, semua busy. Last last teringat kat Salji... Dia ni kaki wayang jugak. Ahh, kire bolehlah! Gua terus call ajak join, mula mula cakap tak dapat pegi pasal ada keje yang tak siap. Alih alih 5 minit kemudian dia call balik cakap nak ikut. Pasal apa? Pasal tak nak ikut mak dia gi melawat umah sedara. Har har har. Kelakar betul lah. Sesapa, jangan ikut perangai Salji ni, tak elok untuk kesihatan, ahahahaha! [Salji, gurau jerk!] ;p

Minggu ni sama cam minggu lepas, minggu percutian. Kalau minggu lepas cuti raya tahun baru Cina, minggu ni cuti raya Haji. Minggu lepas gua cuti 4 hari, minggu ni gua cuti 4 hari jugak. Minggu lepas gua gi Mersing, minggu ni gua balik kampong!!! Ya, gua balik Pasir Mas.. balik tengok beberapa ekor lembu mati kena sembelih. Best jugak cuti raya kali ni, walaupun gua tak banyak jalankan aktiviti rutin masa kat kampung, namun perasaan ceria tetap ada. Pasal... semua abang gua balik, gua sempat jumpa semua adik beradik, dapat kejar anak anak buah dan sempat ziarah kaum kerabat terdekat. Err.. yang paling penting, dapat BUANG MASA ngan 2-3 member yang balik bercuti sama. Hehhee...

Anak buah gua semua best best. Macam macam perangai ada. Yang bestnya pasal anak buah gua yang sorang ni.. Shafiq. Masa gua tengah semayang Zuhur, dia tanya mak gua [err... dengan bahasa yang dah ditranslatekan], "Nek, nek, 'ayah Mie' tu pompuan ker???" Dan masa tu jugak gua rasa nak tergelak, tapi tahan. Ahahahaha... Appa daa punya anak sedara, spoil betullah. Pak cik macam ni nyer hensem dikatakan pompuan gara gara semayang tak pakai kopiah atau songkok dan bacaan tak jelas sangat! Tak patut.. lain kali gua pakai songkok besar besar, lepas tu baca kuat kuat. Baru orang tak konfius kot!!! Ah ye, mungkin jugak pasal rambut gua panjang kot?!! Boleh jadii... heh!

Hmm... apa pun terdapat sedikit perbezaan raya tahun ni.. Masjid kurang orang, member gua pun tak ramai yang semayang raya. Hampeh! Mana pegi semua? Tido kott.. mungkin ada yang tak sempat bangun pasal khutbah raya tahun ni awal sikit, kul 7 dah start bertakbir raya. Atau mungkin jugak diorang ni just datang masjid pasal nak jumpa member, borak borak masa imam tengah baca khutbah. Lepas tu blah. Gua yang turun dari masjid tengok diorang semua dah lesap. Siyol.. Agaknya lahh..

Jarang jarang sekali dapat pegi jamming ngan diorang best jugak [walaupun main tak sedap!]. Dapatlah menghilangkan sedikit haus pada minat yang tak penah padam nih. Nak tunggu gig, maunya setahun 2 kali. Itu pun kalau tak kensel.. selalunya awal awal bukan main iklannya. Flyer sana, flyer sini, poster sinun.. sampai masa, gig dibatalkan dengan alasan takde permitlah, polis buat rush lah, itu lah, ini lah. Padahal, pengurusan yang tak betul. Kalau betul lah tak dapat permit buat apa gi advertise awal awal? Kan ke buang masa tuh. Bodoo nyer orang!!!! Tapi yang padan muka, gua jugak. Arghhh!

Balik raya haji ni, gua drive kete gua ditemani Pendi ngan J. Rudy lak drive kete member dia, ditemani Lan, Am dan sorang awek [tak kenal...]. Bertolak sama sama, sampai umah pun sama sama. Tapi masa ondeway, masing masing hilang. Ntah sapa kat depan sapa kat belakang. Kitorang tak racing, bawak cam biasa jer. Paling slow pun baru 120 km/j. Habis kete kitorang potong. Sepanjang panjang jem atas jalan, kitorang tetap di barisan depan. Kitorang drive tak selaju ribut, cuma err... slow sikit je dari ribut! Huahuahua! Plan nak datang sekali jugak masa nak balik KL, tapi Rudy terpaksa drive bersama sama kaum kerabat member dia, so nak tak nak gua balik ngan abang gua je lah. Tapi kali ni gua ngan Pendi je, J tak join pasal dia awal awal dah balik KL, Rabu keje katanya. Siap ada meeting lagik. Abang gua gerak dulu, gua follow kat belakang. Gua ingatkan dah tertinggal jauh, tu yang kejar gila gila hingga sampai Gua Musang, tapi tetap tak nampak kelibat Kancil diorang. Bila gua call tanya, rupa rupanya diorang nun 59 km di belakang. Diorang berenti kat bengkel rupanya, pasal nak repair hon kete rosak. Takpe, gua gerak dulu dan tunggu diorang kat kedai makan pak cik gua kat Sungai Koyan 1. Hampir sejam baru abang gua sampai. Heheheh.. kesian, diorang plak yang kena tinggal.

Lebih kurang sejam lebih rileks rileks, kitorang sambung balik perjalanan. Sebelom balik Ukay gua singgah umah abang gua kat Gombak ni, hantar barang. Tengok PC abang gua, terliur gak nak online jap, tapi kederat dah kureng, mata pun dah tak larat nak bukak. Ah takpelah. Besok besok lah. Lepas hantar Pendi ambik motor dia, gua terus balik umah. Dalam kepala, ada satu lagi aktiviti utama masa kat kampung harus dipraktikkan kat sini, tak lain tak bukan... TIDO!

Tema percutian : Tido, tido, tido dan tido!!!