2 HARI. Arrghh.. 2 hari jer gua mampu bertahan. Ni semua gara gara rambut gua yang baru diluruskan. Betul betul menyusahkan badan. Ingatkan bila dah lurus lagi senang nak jaga. Lagi selesa. Sekali ambik lu... baru lu tau macam mana susahnya. Berserabut! Kalau mandi rambut tak boleh kena air, nanti balik ke asal. Kerana syarat macam tu la, gua gi keje semalam... mandi kepala tak basah. Seharian sakit kepala, hampeh tol! Tak boleh ah gua nak ikut syarat tu, kang kalau gua lama sangat tak basahkan rambut nanti bau mayat lak. Tak pasai pasai semua awek lari. Huuuu... tak boleh.. tak boleh..! Dalam masa yang sama gua kena cover daripada boss. Takut nanti kena marah lak pasal rambut gua memang jelas sangat panjangnya. Kalau sebelum ni tak nampak sangat pasal rambut tu beralun semacam jer. Apa pun kerana tak nak bagi nampak mengurai tutup mata, gua terpaksa ikat walaupun masa kat dalam opis. Sekali boss gua nampak lak. Aiseh.. tang tu gak gua kena sound, "Mie, potong rambut!".
Nak potong? Tak nak? Nak potong? Tak nak? Aiseh... sayangnya...
Lepas habis keje semalam, gua tak terus terus balik pasal Mai cakap MD kitorang, Datuk Zainal nak jumpa buat kali terakhir. Datuk Zainal dah lepaskan semua jawatan dia sama ada dalam IGIV mahupun Dwitasik. Lepas ni dia akan pindah ke Putrajaya kerana terpaksa menumpukan sepenuh perhatian dalam arena politik. Pilihanraya lepas, dia menang kerusi parlimen di Nibong Tebal. Sekarang dia menjawat jawatan Setiausaha Parlimen. Kalau tak silap hari ni Datuk angkat sumpah kot! Hmm... lepas ni takdelah lagi duit raya seperti tahun tahun lepas, huhuhu. Masa kat opis Datuk, gua lepak lepak kat kusyen sambil tunggu turn kitorang seopismate jumpa ngan dia. Ada la lebih kurang setengah jam kitorang menunggu. Bizi giler Datuk. Dalam layan borak tu sempat gak gua jeling jeling kat sorang awek kat situ. Peh.. cun siottt!!! Awek tu asyik dok lalu lalang depan gua jer. Tentu bagi hint soh gua usha dia, ahahahahaha. Tak pun dia sesaja lalu pasal nak tengok rambut gua yang cantik tuh, hehehe. Ah, perasan sungguh gua. Tak malu!
Dalam masa menunggu tu risau gak gua pasal rambut nih. Tak tau nak buat macam mana. Nak jumpa Datuk, takkan nak ikat rambut. Nanti dikatanya biadap, tak pun kurang ajar. Kalau dibiarkan macam tuh, nanti rambut gua kembang. Nanti kang orang kata serabai tak mandi lak. Ayoo.. Last last gua tak ikat. Tak kisahlah serabai pun, janji sopan. Tol tak? Alih alih Datuk kuar dari bilik dan terus nak balik. Bila nampak jer kitorang, dia berenti jap dan kami bersalaman. Datuk cakap, "Kita bersalam je la hari nih. Nanti Khamis kita buat staff meeting, hehe!". Huk alloh laa... letih tunggu. Apa pun nasib baik gak. Selamat gua... Tak payah nak tayang rambut lagi. Hehhee!
Gua dah buat keputusan muktamad. Gua dah malas nak layan rambut nih. Gua nak potong terus. Kasi pendek kaw kaw. Pas ni sapa jumpa gua tentu kata muka gua macam mat skema. Arghh... tak tahannyaaa!!! Tadi masa lunch gua kuar sensorang gi Pandan Jaya. Gua masuk satu akademi belajar gunting rambut. Kat cermin depan tertera "POTONG RAMBUT RM5.00". Hmm... murah! Ok la tuh. Sekali seorang amoi kat situ [student kot!] kata air cond rosak. Tapi kalau tak kisah takpe, boleh potong. Hawau betol la. Dah lah gua tengah kepanasan nih, tetiba dibuatnya air cond tak berfungsi. Masa makin suntuk. Esok meeting ngan Datuk, rambut nak kena kemas. Disebabkan takde pilihan, nak tak nak gua setuju jer. Ingatkan potong sekejap jer, sekali makan masa dekat sejam. Gila! Gua masuk opis lewat la lepas nih. Mamposs gua kalau boss ada. Amoi tu pun satu hal. Orang soh potong panjang dia gi potong pendek. Dah la kepala gua jadi bahan eksperimen. Potong rambut macam layan lagu jiwang, ceh! Siap ada cikgu sebelah dok ajar cara cara nak potong. Adoii.. dia tak tau ke gua nak kena masuk opis? Tension betul laa... Dahlah lepas masuk opis, kena kutuk kat bebudak awek kat opis gua, siyol! Lepas ni tobat gua tak nak datang lagi.
Masa ondeway balik umah, gua singgah kat satu kedai gunting area AU3. Melayu. Bagus betul servis dia. Cuma kerana kebagusan servis maka gua terpaksa menunggu sejam lebih gara gara pelanggannya ramai nak mamposs! Turn gua, gua soh dia potong abis. Tak nak simpan ekor, belalai mahupun kepak sekalipun. Kali ni, gua nak bagi nampak smart. Yeah, smart kids! Ahahahaha...