[GESBUK?]

25 May 2004

Balik dari keje semalam ada rasa kelainan sikit. Macam tak larat nak merangkak gitu.. heh! Sesampai kat umah, kelihatan seekor anakonda si Lan tengah terbongkang melengkar depan tv. Tengok jam, time menunjukkan pukul 6 petang. Adoii mamat nih... tido macam dah tak nak bangun semula. Gua balik pun still tak sedar lagi. Tengah tengah kepanasan ni elok jugak kalau lepak depan tv sambil layan citer ntah hapa hapa. Tapi disebabkan ada makhluk tengah enak beradu, niat terpaksa dikensel. Gua masuk bilik, layan gitar lagi best. Main gitar separuh jalan jer... mata jadik makin berat. Ah, tak termampu nak angkat lagi. Dan tiba tiba...

Dunia jadi gelap gelita.

Wahlauu... enak juga melayan mimpi dipetang hari. Tengah tengah mamai tersedar dari tidur... kepala asyik dok pikir semacam ada perkara yang belom selesai. Lama gak dok pikir. Gua tengok jam, kul 9.15 malam. Warrrghhhh... ape hal la gua boleh terbabas nih. Baru teringat gua plan nak hantar baju ke dobi hari ni. Kedai dobi tutup kul 9 malam. Aisehmen... terlepas. Habislah gua, kalau hantar esok, maunya lusa baru boleh angkat. Habis esok gi keje nak pakai baju apa mana yer??? Siot betul la. Alang alang dah terlepas, esok je la jawabnya. Nak pakai baju mana esok, ah nanti nanti la. Malam karang gua pikirkan balik. Huh! Ni lah gua, bila sifat malas tu datang.. Pada hal, bukannya kat umah takde mesin basuh. Besar gedabak kat koridor dapur tuh, semua cukup lengkap. Tapi, tetap tak nak guna gak. Leceh!

Lepas mandi, gua siap siapkan diri apa yang patut. Perut dah lapar mintak diisi. Tengok jam lagi. Hmm... dah nak kul 10. Si Lan ni idup lagi ker? Dari tadi tak bangun bangun? Ah lantakla... malas nak ambik tau. Orang macam ni, bila dah lapar secara automatiknya akan sedar sendiri. Tak payah nak kejutkan... Kalau bukan timing dia, datang *Maya Karin pun tak sedar jugak nih.

Gua ingat nak dinner sensorang. Tapi bila teringatkan si Najib cakap semalam, hari ni si Pian nak datang. Terus gua ke rumah diorang. Sekali Najib cakap, Pian sampai esok. Cheiss! Last last ajak Najib temankan gua makan nasik lemak kat Nasi Lemak Malaysia, Taman Setapak Jaya. Err... dekat dah tu ngan umah kak Zar. Hehe.. Gua makan sorang, Najib baru jer lepas makan ngan member serumah dia tadi. Lama melepak, tak sedar layan borak sampai ke tengah malam. Nasib baik esok keje jer. Kalau tak... lagi buat buat tak sedar, ahahahaha! Pukul 1 lebih baru sampai rumah. Dari bawah gua tengok motor Lan dah takde. Hmm... dah lapar la tuh! Keh keh keh. Baru nak lepak sambung main gitar alih alih Rudy balik. Dia bawak balik cd lanun. Err... Shrek 2. Ah, baru plan nak tengok kat wayang. Sekali peluang depan mata, tak tunggu lama dah. Kitorang layan Shrek sampai kul 2.30 pagi. Mata yang ngantuk tadi jadik terang balik gara gara dok gelak sambil guling guling depan tv. Sori la jiran sebelah, atas dan bawah. Eh, mana ada atas lagi dah. Rumah kitorang paling atas, hehehe!

Wahhh... panjang lak gua tulis pepagi ni. Ok la, stop dulu. Bahaya menaip benda ni kat opis, kantoi ngan boss saje jer... Ok la geng, gua blah dulu. Nak sambung buat keje lak. Chow!

*Maya Karin - Pontianak

24 May 2004

Whoaa... 5 hari tak updet. Terasa rindu lak nak tulis panjang panjang. Tapi minggu ni cam tak best jer. Aiya.. 5 hari tarak buat apa maa.. Melepak manjang jer. Banyak masa dihabiskan ngan lepak umah abang gua jer. Main internet, chatting dan cuba cuba siapkan kerja freelance yang baru dapat. Ikutkan hati nak gak gi jenjalan mana mana... ajak kroni kroni tengok wayang ker... main boling ker... usha awek ker... ops! ;p Pergerakan gua bulan ni terhad. Apa taknya, bulan ni merupakan bulan kejatuhan ekonomi paras kritikal dah. Nak bergerak ke mana mana pun nak kena pikir 7-8 kali. Nak save minyak konon, tapi hari hari balik umah kena panjat bukit jugak. Ah, gila! Hahahahah!

Sabtu 2 hari lepas, gua cuti. Best! Tidur tak hengat dunia. Bangun pun pasal ada mamat Maxis call gara gara nak sambung kerja minggu lepas yang tertangguh. Cit, hari cuti pun kena keje jugak ka? Hampeh banget tol laa. Gua bangun jer tido, terus mandi. Janji ngan mamat Maxis kat site kul 2 lebih, sekali lepas siap mandi... nampak Rudy tengah masak lak. Peh.. cantik sangat lah tu. Ngam ngam perut dan poket tengah kebulur nih. Sesuai ya amat sunggoh! Ahaks! Tunggu Rudy habis masak pasal nak join melantak sekali. Alih alih siap belasah nasik pun hampir 3 setengah petang. Warrghhh... tentu tension giler mamat Maxis tu. Kena buat keje sorang sorang. Huargh huargh huargh! Kejahatan sungguh gua. Laju jer gua bedal nasik tuh, sekali Rudy sound, "Mak aih, lapar betul nampak?!!". Gua memang lapar. Tengok jam la beb. Bangun tidur pun dah kul bape dah. Tapi nak cepat nyer pasal, tak sempat nak menambah nasik. Ah, biarlah... balik karang belasah seround lagi. Tak sempat nak pau anggur ngan strawberry dalam peti ais. Balik balik umah jer... tinggal tangkai ngan 3 4 bijik cucu anggur. Hawau betul. Langsung tak reserved untuk gua. Takpee... takpee... Hari ni hari Rudy, esok hari minggu lak. Aiseh, apa gua mengarut lak nih? Mana tadi... lupa lak. Oh ya.. Lebih kurang kul 4 baru sampai site. Kelihatan 2 orang mamat Maxis tengah buat keje. Nasib baik 2 orang... takde la diorang nak hangin satu badan sangat. Alaa... gua pegi sana pun bukannya buat keje pun. Setakat tolong apa apa yang patut jer. Err... yang patut? Tolong tengok, ahahahahaha! Kul lapan lebih baru setel. Itu pun still ada lagi yang tak boleh disiapkan.. gara gara tak jumpa carik port. Ah malaslah nak lepak sana lagi, bebudak Maxis pun dah penat giler. Lepas kemas kemas tool, kitorang blah. Gua tak terus balik. Singgah umah Najib Brutal dulu, pekena karaoke selagu dua. Rock Kapakkkk Ruleesss! Ohohohoho... Kire bolehlah daripada tak buat apa apa. Kan?

Adehh.. sakit tekak beb! Nyesal melalak kuat kuat!

[Crossfire - Realiti & Fantasi]

20 May 2004

Sepatutnya Cuti...

Ahad malam Isnin, balik dari KLD.. Mat Jan ngan Purbe jumpa gua [Mentang mentang gua tak pegi, diorang carik gua nak bercerita pasal ke'best'san KLD. Hampeh! ;p]. Kitorang lepak lepak kat Restoran DiKayu Nasi Kandar kat Wangsa Maju. Err.. belakang NZ [Sapa yang tau tu taulah]. Ada sekali, si Abrar. Sebab dia tumpang kete Purbe balik dari KLD. 2 orang ex-member sekolej gua, Sani ngan Akmam juge ada. Esoknya, gua cuti. Then gua follow bapak budak tiga orang tu jenjalan kat Plaza Low Yat. Abrar nak sambar satu PC katanya. Terbang 2K. Peh! Selasa, bebudak Geju buat mini gathering kat Hentian R&R Awan Besar. Hampir 20 orang. Semua datang atas jemputan Purbe ngan Mat Jan. Dapat belasah sate Kajang Haji Samuri. Sedap. Thanks Nida. Semalam... Rabu. Tengok teater lagi kat MTC, Jalan Ampang. Itu hari yang masa festival teater, gua tengok cerita yang bertajuk Dia Yang Sepi. Gua tak paham, jalan cerita terlalu absurd. Semalam, cite bertajuk Lorong Neraka. Kelakar yang bermakna. Penuh pengajaran yang tersirat. Persekitaran adengan hampir sama cam filem NEON. Ada pondan, pelacur, kaki pukul, rumah tumpangan, mat Hip Hop, mat pet, polis, penguatkuasa DBKL, jual bini, pencuri, bohsia, kelab malam, masalah keluarga, rogol, budak sekolah dan macam macam lagi. Kerana best ya amat.. 2 thumbs up! Geng kitorang seramai 12 orang. Nida bagi pass masuk percuma. Siap bersampul lagi. Sepatutnya tiket RM10, tapi kitorang masuk free. Peh, rasa cam VIP lak, hehehe! Lagi sekali, thanks to Nida. Apa pun, apa yang gua nak katakan... 4 hari berturut turut gua jumpa Mat Jan ngan Purbe sementelah diorang masih kat KL. Hmm... cadangan gua semalam kat diorang masa lepak makan kat Oren, patutnya minggu ni dipanggil HARI MAT JAN. Sekali ada orang menyampuk...

Purbe: "Woi, kalau bukan kerana aku yang bawak dia ke sana ke sini, korang takkan jumpa dia nyer..." lebih kurang cenggitulah ayat Purbe.

Gua: "Ok lah.. ok lah.. Disebabkan Purbe nak jugak namanya disebut. Kita panggil minggu ni hari SEMINGGU BERSAMA MAT JAN & PURBE!"

Hahaha.

Tunggu Mat Jan jadi YB, Purbe jadi pak Menteri. Gua nak mintak cuti 1 hari sempena minggu diorang. Boleh kaa?


Cik Tipah ngan gua. Mini gath kat R&R Awan Besar. Padan?



Antara yang menyibuk kat teater Dia Yang Sepi.



Mat Jan ngan gua. Sesambil belasah nasik Pattaya kat Oren lepas tengok Lorong Neraka. Err.. gambar tak cukup 'nur'. Ahaks!


2 keping gambar dicilok ehsan dari album Tipah.

18 May 2004

Arrghhh... Awek Maybank Finance tu pekenakan gua. Siyol. Nombor yang dia bagi tu memang betul. Ada satu masa tu gua try hantar sms, sesaja nak nyakat. Sekali..

"Hello. Sapa ni?" kedengaran suara awek dalam corong tepon gua.

"Hai Nafisa. Tak kenal saya ker? Elelelele... buat buat tak kenal la plak. Pada hal baru semalam jumpa." jawab gua.

"Err... tak kenal lah. Awak silap orang la. Saya bukan Nafisa. Saya adik dia, Nazirah!" kata awek dalam tepon tuh.

Makkk..! Malu nya. Nasib baik orang tu bukan dok depan gua. Merah cuping telinga pun bukannya dia nampak. Hehehehe. Alang alang dah call, kitorang bersembang lama. Nazirah nak jumpa gua, sesambil lepak lepak minum kat mana mana. Tapi kitorang tak kuar pun. Gua ada hal lain. Sori Naz!

Semalam, gua dapat call lagi. Laju jer angkat tepon, dan...

"Hai Naz, apa khabar? Sorila tak jadi kuar itu hari... bizi sikit!" kata gua.

"Err... awak silap orang lah. Saya bukan Nazirah. Saya Nafisa!!!"

Arrghhhhhh!!! Apa ni??? Tak pernah betul apa yang gua expected. Malu weih, maluuu!!!

Ni lah bahana kalau 2 beradik suara sebijik sama dan cara bercakap pun sama. Naik fening gua nak teka yang ni sapa yang tu sapa. Adoii...

14 May 2004

Projek KLD


"Nett, aku cilok gambar ni dari album kau. Pastu aku edit banyak. Boleh?"


Esok.. KLD [Huhuhuhuh... sedihnya!]. Apa? Keladi? Keledek? Tak ah. Sebenarnya singkatan daripada perkataan Kem Lambaian Danau. Milik salah seorang blogger di kalangan kita jugak. Tak lain tak bukan, Kak G. Gua tak sempat nak tulis panjang lagi pasal Projek DeKLD. Bizi-giler-nak-mamposs. Kalau tambah bizi sikit lagi, terus mamposs. Ahahahahaha! Oklah.. untuk apa apa info sesapa boleh layari laman rasmi deKLD ni kat sini.

Sesapa yang berminat nak join sama, boleh lagi. Nak daftar skang mungkin tak sempat dah. Tapi lu orang boleh datang dulu ke kem tu pada tarikh yang tertera, then bawak duit.. borang yang lengkap diisi.. salinan ic, kompem lu orang boleh join. Bukan nak reka cerita.. tapi tu lah. Kebenaran yang sejati. Rugi kalau tak pergi. Dah lah kem tu cantik, lawa.. pastu ada macam macam aktiviti riadah yang berfaedah. Bebudak yang join pun kebanyakan kaki lawak jer. Sesambil beraktiviti, lu orang boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Pasal... kat kem tu banyak tumbuhan liar yang cun cun. Boleh menikmati sunrise dan sunset. Tengok sekawan burung keluar dari sarang terbang mencari rezeki. Fuhh... hullamak... bestnya! Kalau la gua dapat pergi...

Ah ye! [Tengah tensionnya ni, pasal tak dapat join.] Gua nak tujukan ucapan la. Kepada sesapa yang pergi, semasa beraktiviti tu diharap janganlah dilupakan sekali kali pada mereka yang tak bernasib baik nih [gua le tu]. Jangan lupa bawak balik adiah adiah dan gambar gambar yang menarik untuk dikongsi. Gua tetap menunggu kepulangan para Gejuis dan Blogger, lebih lebih bila gua dapat tahu Kak Ungku nak bekalkan kek Muffin untuk gua sempena besday gua yang lepas. Hmm... Nyum! Nyum!

SELAMAT BERCAMPING SEMUA!

Mati Akhirnya...

14 Mei. Hari ni genap setahun umor road tax ngan insuran 'nyawa' kete gua. Maknanya, Lamborghini gua tu hanya boleh racing sana sini sampai hari ni je la. Semalam gua jumpa abang Zul, abang si Rudy. Abang Rudy ni ejen insuran. Habis semua insuran dia bedal. Sampaikan masa nak hulur sen untuk setelkan pasal ni pun dia sempat promote insuran nyawa kat gua. Sebelom jumpa abang Zul, gua gi Maybank Finance Salak South dulu pasal nak ambik geran kete. Kat sana, pihak Maybank Finance pun dok usha usha gua gak soh ambik ASB. Hmm... masa tu gua rasa macam berkenan lak. Err... bukan pasal keistimewaan ASB, tapi... pasal awek Maybank tu hah. Cun sangattt! Terpesona habis. Ahaks! ;p Sempat layan borak ngan awek tuh masa kat kaunter.

Gua: "Err.. awak nama apa?"

Awek Maybank Finance: "Hik hik hik... NAFISA." Sambil gelak gelak tutup muka ngan sehelai kertas.

Gua: "Apa?!! Nafisa??? Di heheningan malam ini... Aku dihimpit kenangan... Sejarah cinta mengajarku sepanjang hari, sepanjang malam..." Ewwah!

Tang tu gak gua tujukan lagu Nafisa dendangan XPDC kat awek tuh. Pastu perbincangan pasal ASB terbengkalai. Langsung tak jadi. Dia banyak gelak laa... Gua pun nak cepat. Dia bagi nombor phone soh call. Jangan silap. Bukan untuk bergayut gayutan, tapi untuk sebarang pertanyaan pasal ASB tuh. Tengok la macam mana, kalau suatu hari nanti duit gaji gua ada lebihan atau lambakan... boleh la gua apply satu. Buat masa skang, huhuhuhu. Sedih ya amat! Lu orang pempaham sendiri je laa..

12 May 2004

Stesen Minyak
Balik dari keje semalam lewat gak rasanya, lebih kurang dekat 6 lebih gara gara boss gua soh stay jap, pasal ada perkara yang nak dicakapkan. Lepas cair taik telinga kena kaunseling ngan boss, baru gua blah. Mungkin boss gua dah perasan ada lelehan keluar dari telinga gua kot?!! Ahahahaha. Gua singgah stesen minyak Petronas depan Texas Instrument tu pasal nak cucuk sen [poket tinggal habuk je beb!] sesambil isi minyak. Sekali ATM BCB rosak la plak. Arrghh! Penat gue sih! Tak jadi isi kat sana. Start enjin then gua terus ker Caltex Setiawangsa. Ahah, Maybank ATM berfungsi normal! Kuar not 50 hinggit. Pandang resit... balance RM1.11. Uhuhuhuhu... miskinnya gua! Pasni mana nak cekau untuk idup 3 minggu sementara menunggu gaji? Adoii...

Awek kaunter: "Bape?"

Gua: "Sepuluh. Yang tu.. Wira." Sesambil menunjuk ke arah Lamborghini kelabu gua. Hehehe.

Lepas start enjin, pasang player dan aircond, gua terus blah. Lalu ikut jalan belakang opis KRU tuh... Dalam hati, dok pikir balik jap lagi nak naik bukit. Tak heran la, minyak baru isi. Heh! Gua pandang meter. Aik, apsal jarum meter tang minyak tuh tak naik??? Ajaib sungguh. Takkan isi 10 hinggit takde apa apa beza pun? Tau la kerajaan dah naikkan harga minyak 2 sen, tapi banyak giler beza nih. Ah sudah! Sekali gua baru ingat, bila masa gua isi minyak. Yang gua tau, lepas bayar gua terus blah. Arrrgghhhhhh!!!! Tensionnyaaaaaaaa...! Tetiba je rasa cam nak buat lompak katak 100 meter. Selipar Jepun betol larr.. Tak boleh jadi nih. Gua buat satu pusingan kawasan Setiawangsa tuh untuk balik ke Caltex semula. Dalam hati, harap harap takde orang lain guna pam yang gua bayar tadi. Tapi nasib gua malang. Ntah dah berapa bijik motor dah guna pam tuh. Sementelah gua sampai pun, still ada orang tengah pakai, siap ada orang lain tengah tunggu ikut turn lagi. Hampeh!

Gua slow slow drive tepi pam depan sikit, pastu panggil sorang mamat yang dok jaga pam kat situ.

Gua: "Tadi aku nak isi minyak. Aku dah bayar 10 hinggit tapi lepas tu aku terus blah. Aku lupa nak isi laa. Macam mana?"

Mamat jaga pam: "Hmm.. sat nak tanya orang kat dalam."

Lepas 5 minit, mamat tu lambai dari kaunter, tunjuk 'thumb up' kat gua. Wokeh, setel. nasib baik dapat isi gak 10 hinggit. Kalau tak... Rugi wooo... Tengah tengah sengkek dan kebulur ni bab duitlah yang paling diutamakan. Gua betul betul berterimas kat pihak Caltex Setiawangsa tuh. Kalau tidak, terbang lagi sen gua, 10 hinggit. Ah, tak sanggup gua. ;p

Nangis?
Apa perasaan lu orang bila dapat tau ada seseorang tu sampai nangis nangis gara gara nak pujuk ayah dia bagi can main internet semata mata nak hantar emel kat lu orang? Haaa.. gua dah rasa dah macam mana. Terharu sungguh! Sampai air ketiak dan air pusat gua meleleh leleh tak tertadah dah. Har har har! [Patut perut gua makin kempis pun, huhuhu! Ehehehehe...] Apa pun gua ucap terima kasih banyak banyak kat teman tuh. Kalau ada apa apa hantar la emel lagi, tapi jangan la sampai nangis lagi nak mintak izin ayah. Ye laa, nak main internet kat opis ayah. Kang nanti mengganggu ayah nak buat keje lak. Ah, tak kisahlah... Gua suka apa..

To AIA : Thanks so much! Really appreciated of that. Nak kiss gak ker? Ahahahaha!

Kedah
2 ker 3 minggu lepas. Gua dah lupa la pasal dah lama sangat. Masa ondeway balik dari training kat RTO Maxis Glenmarie, boss gua ada cakap.

Boss: "Mie, I rasa I tak jadi hantar U ke Kedah."

Gua pandang muka boss gua. Buat buat macam terkejut dan sedih. Pada hal, dalam hati masa tuh Tuhan je tahu. Ikutkan hati, nak jer terjun ikut tingkap kete tu kemudian nyanyi lagu Hindustan sambil tukar tukar baju 3-4 pasang. Tobat gua katakan, gua betul betul nak gelak kuat kuat masa tuh. Tapi pikirkan nak cover nyer pasal, gua berlakon je la.

Gua: "Hak elllaa... apsal lak boss? Alaa.. problem la nanti."

Boss: "Kenapa lak?"

Gua: "Saya dah plan macam macam. Dah carik orang baru untuk rumah sewa saya tuh.. Dah citer kat mak itu ini laa.. Macam macam laa."

Boss: "Hek hek hek!"

Boss gua gelak jer. Tapi dia tak tau, dalam hati gua ni bukan setakat gelak.. siap berguling guling sambil menahan perut yang dah pecah. Oh, sukanya gua.. Lalalalalala!

11 May 2004

Gua tak sempat nak update la brader... Sorila sesapa yang selalu masuk tapi apa pun tarak. Hehehe. Ada banyak perubahan berlaku dalam hidup gua. Dari personal matters sampai ke working environment, macam macam hal. Buat masa ni kepala ada sikit serabut jugak. Tengok lah esok esok gua ada masa update aarr... Ok la, ada keje nak kena setel tuh. Gua blah dulu. Chow sing chi!

06 May 2004

Woosshhhh... 'taugh' betul la hari ni. Penat. Tak penah mengigau pun nak jejak kaki ke Batang Berjuntai. Gila siottt... jauh nak mamposs! Dah la satu hari suntuk lepak kat sana jer. Ini semua gara gara kerja. Apa daa Maxis, carik customer nun jauh di penghujung dunia Selangor. Yang susah, guaaaa jugakkk! Esok nak kena pegi lagi pasal keje tadi tak siap. Iskh! Hawau tol...

Ah ha, Bedul sudah emel gambar. Yay! Gua dah taruk kat entry 1 May tuh. Tapi kan, apsal semua gelappp jer..?!!

04 May 2004

Arrgghh... bosannyeerrr!!! Tetiba rasa tersangatlah sangap. Haremjadeh betul lerrr...! Arrghhh!!!

02 May 2004

Ah, dunia blog sunyi sepi... Bahang cuti amat terasa sekali. Mana pegi semuanya? Balik kampungkah? Gua tetap sorang sorang di hutan batu. Berjalan jalan memerhati gelagat umat, mencari idea yang kontang!

01 May 2004

Outstation - Travel To JB
Selasa - 27 April, gua dapat arahan dari boss gua untuk ke JB atas urusan keje. Eyahooo! Gua suka beb. Suka ya amat. Inilah masa untuk gua buat duit. Sesapa yang selalu outstation tentu tahu. Yeah... claim yang kencang! Setiap kali outstation, gua akan entitled untuk beberapa claim. Standardnya.. claim mileage, tol, makan dan penginapan [hotel]. Apa pun travel kali ni gua terpaksa gunakan segala kos perjalanan dan sebagainya dari duit gaji gua. Nasib baik gaji baru masuk. Partner travel kali ni, si Fairuz. Walaupun baru kenal... kitorang masih boleh jadi partner yang best. Kitorang nyer pemikiran hampir sama, heh. Fairuz sebenarnya dari kompeni lain tapi ditugaskan untuk assist gua masa kat JB nanti. Kire dia ni expertise la... Gua hanya trainee jer. Dia buat keje, gua perati. Gua tak tahu, gua tanya. Tapi rasanya banyak benda yang gua tak tahu. Letih si Fairuz nak jawab. Sori la Fairuz... nak buat macam mana. Gua ni suka bertanya pada perkara yang gua minat. Kadang kadang tu, gua saja je tanya.. nak tahu lu boleh jawab ker tak. Ahaks!

Perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tak tahu la itu standard timing ker tak. Pasal gua tak penah drive ke JB. Dah tu tak pernah langsung ke sana. Johor... memang banyak kali dah. Gua pernah sampai Skudai, Mersing, Batu Pahat dan Tangkak. Bagi gua, JB amat berlainan dengan mana mana bandar dalam lain lain daerah area Johor. Bandarnya memang besar dan teratur. Nak dibandingkan ngan KL... umpama bilik tidur gua ngan bilik tidur Rudy, ahahahaha! Lebih kurang 1.30 pagi kitorang check in di Tropical Inn Hotel, betul betul area tengah town. Dapat bilik no 16 tingkat 22, pagi tu gua layan blues dengan melepak tepi tingkap sambil melihat permandangan seluruh bandar. Hmm... menarik! Dalam hati... gua dah plan siap siap, esok... gua nak redah habis seluruh bandar JB. Yes! Kompom!

Betul. Gua berjaya redah seluruh bandar JB setelah sejam setengah sesat. Sesat untuk mencari tujuan sebenar, Maxis TOC [Technical Operation Centre] dalam kawasan Taman Gembira. Selepas mencari berpandukan peta, tanya berbelas belas orang yang bagi direction salah dan dengan cara main-redah-ikut-papan-tanda, akhirnya kami jumpa jugak tempat yang nak dituju. Peh, rasa nak nangis kat situ gak. Tension pasal direction tak betul dan takde papan tanda menuju ke sana. Taman Gembira... dah bertukar jadi Taman Sedih... dan Bengang! Arrgghhhh!!!! Lepas setelkan sedikit kerja ngan beberapa orang Maxis kat bangunan TJB, kitorang melepak sambil pekena ABC special ngan Char Koay goreng. Fullamakatak... sedap beb. Gua tak penah rasa ABC yang begitu lazat beserta Char Koay goreng yang sungguh menyelerakan tuh. Bak kata iklan, sehingga menjilat meja! Apa nama kedai tu yer...? Kedai Batu ker aper... Hmm...

Belah malam, gua takde apa apa urusan keja. Fairuz pun tak jadi nak jumpa member dia. Last last gua call member gua. Ajak jumpa merangkap jadi tourist guide ronda ronda bandar JB. Sapa lagi kalau bukan mamat jiwang penuh kekaratan, member lama dari skolah teknik dulu, si Bedul. Orang suruh jadi guide, dia sibuk soh belanja. Tak habis habis ngan belanja dia. Belanja! Belanja! Belanja! Arrghhhh... Malam tu, Bedul datang ngan Huda & wife dia, Mc G. Oh ya, Huda & Mc G pun sebenarnya member gua jugak. Sama sama belajar dari skolah menengah biasa hingga ke skolah teknik. Lepas SPM, kitorang suma pakat masuk UTM. Gua kena campak kat Jalan Semarak, KL manakala Huda, Mc G dan Bedul terbuang ker UTM Skudai. At least, kitorang still belajar di universiti sama, hehehe!

Hmm... Huda pun dah pakai kete skang. Wira sedan. Tak sangka gak gua. Bila masa beli pun gua tak tau. Tau tau, malam tu naik kete dia untuk ronda ronda bandar. Kete gua, bagi rest sebanyak mungkin. Kesian dia, penat. Tayar belakang dua dua pun dah botak. Aisehmennn.... duit lagik! Huhuhuhu. Sesambil ronda, sesi bergambar tak penah missed. Tuan rumah je banyak bergambar. Kite ni yang melancong, sekeping dua jer. Cheiss! Tak patut sungguh. Penat ah nak bercerita. Sesapa nak baca lagi, klik sini je lar. Huh!


Intro saja...



Gua kat Danga Bay. Huh... sakan...



Eh, tetiba ada awek dalam gambar! Pelik...



Siyol Dol... Posing habis! Kontrol macho pasal tak macho. Lantaklah, hehehe.



Dari kiri:Fairuz, Huda, Ehem-ehem, Dol



Masih orang yang sama... Orang macho dah takyah kontrol dah, kan? kan?



Penat meronda, belasah steamboat... Hmm... nyum! nyum!


Pagi Jumaat lepas breakfast, kitorang jalan jalan kat satu shopping complex. Apa nama ntah. Gua tak beli apa apa, tapi Fairuz habis banyak gak. Gua biasalah, setakat nak beli apa apa yang ada di mana mana, tak perlu nak beli kat sana. Balik KL nanti, semua ada. Tol tak? Kul 12 kitorang check out. Janji nak jumpa orang Maxis lepas kul 2. Gua tak tau nak buat apa. Last last gi Skudai, lepak umah Bedul. Setelah bertahun tahun, skang baru berpeluang menjejakkan kaki ke rumah sewa Bedul. Kata Bedul, rumahnya canggih. Ntahlah, tang mana yang canggih tu gua tak ambik tau. Yang menariknya bila Huda tunjukkan kat gua hasil kerja elektroniknya merangkap bisness sendiri. PC Remote Control. Inovatif. Humang aih.. kagum betul gua. Huda berjaya mencipta alat untuk kontrol PC dari jarak jauh beb! 99.99% pc kontrol. Mana lagi 0.01%? Remote tu tak dapat nak on kan pc. Kena tekan butang on sendiri la jawabnya. PC dah on baru remote tu berfungsi. Dia jual ngan harga 80 hinggit jer. Salute to Huda. Tak sia sia belajar lama lama kat UTM tuh, heee.... Skang tengah tunggu Huda hantar satu kat gua yang latest version nyer. Nak bagi pree katanya. Cepat la oii... gua dah tak sabar nak guna nih. Sekurang kurangnya gua boleh gunakan alat tu sebagai contoh sample untuk sesapa yang nak purchase, kan? [Aik, rasa macam free promotion lak. Patut dibayar nih, ahaks!!! ;p]

Perjalanan pulang ke KL sungguh mengharukan. Stuck in traffic jam selama 3 jam lebih dari tol Skudai lagi buat kitorang sakit jiwa. Panas. Pengalaman pertama drive kete kat highway dengan tak pakai baju, auww! Ahahahaha... Bukan tak nak pasang aircond, tapi keadaan tak sesuai. Banyak sebabnya. Keadaan orang ramai nak tengok dua buah bas accident dicampur ngan jumlah orang ramai yang balik kampung dan balik bandar kerana cuti panjang sempena hari ni, 1 Mei menjadikan punca utama jalam sesak nak mamposs! Sepanjang panjang PLUS tu, kete tak putus putus. Tak tau macam mana perasaan mereka yang nak kuar dari KL menuju ke Seremban, Melaka atau pun JB. Gua rasa semua pakat nangis beramai ramai kott?!!! Huargh huargh huargh! Kalau perjalanan pergi hanya 3 jam, perjalanan balik mengambil masa 7 jam. Gila ah! Kalau tau nak jadi macam ni, gua rela lepak JB lagi, tunggu besok baru blah. Huh! Apa pun, kitorang sampai KL lebih kurang 12.30 malam. Penat tok sah cakap la. Sementelah dok menaip ni pun kaki kanan gua tak ilang lenguh lagi. Buat tekan pedal minyak tak henti henti. Nasib baik hari ni, esok lusa dan tulat cuti. Gua nak balas dendam. Nak tidur sepuas puasnya sampai tak hengat dunia. Har har har!

Hmm... ini bukan kerja. Ini 'mengular' namanya!