Dulu, ada seorang budak lelaki suka menulis diari hariannya. Dia menceritakan segala aktiviti
Pada suatu hari, PC kegunaan hariannya telah rosak. Banyak bad sector pada hard disk. Kerana terlebih terer, dia telah menggunakan jurus tertinggi untuk mengembalikan hard disk tadi kepada asal. Ya, dengan senang hati dan ginjal dia telah mengformat hard disknya tanpa usul periksa. Berkesan. Hard disk kembali kepada asal, seperti baru beli kat kedai. Peh! Namun setengah jam kemudian, dia terus maraung. Macam nih. Waarrghhhhhhhhhhhh!!! Ah, baru teringat. Alangkah betapa terernya dia, kerana mengformat komputer tanpa melakukan sebarang back up. Nah, rasakan bahananya. Dia frust. Diarinya terhenti terus bermula hari itu. Kesiannnnn... [padan muka!]
Sudah lebih 2 tahun dia bekerja. Kerja kerja yang melibatkan penggunaan internet telah banyak merubah corak hidupnya. Aktiviti meluncur internet telah membawa dia ke satu dunia baru dipanggil... dunia jurnal.
Kesukaannya membaca artikel artikel pelbagai isu dari pelbagai website telah menambahkan semangat padanya untuk terus meluncur dalam mencari pelbagai info yang berguna. Mungkin sudah takdirnya, hasil cariannya di Yahoo dan Google telah memperkenalkannya kepada beberapa laman peribadi yang bersikap terbuka dan berinformasi. Penulisan yang kreatif, pandangan berilmiah dan penuh jenaka serta kisah peribadi yang tersendiri yang tercetus dari laman laman peribadi yang dijumpainya telah mengingatkan semula pada tulisan yang pernah dikarang semasa zaman belajarnya dulu. Ini telah membangkitkan semula semangat untuk terus menulis. Bermula 28 Jun 2003, dia telah menyambung semula penulisan kisah hidupnya. Apa yang berbeza, penulisan sekarang tidak lagi di dalam hard disknya. Penulisannya sekarang, nun terpampang jelas online di internet.
Hari ini, genap setahun hasil penulisannya. Pengarangan kisah suka duka tersendiri banyak melatih dia untuk terus cekal dalam meneruskan hidup. Semoga segala pengalaman hidupnya dikongsi ramai dan memberi sedikit pengajaran. Tak setinggi mana pun pengharapannya, memadaila dengan menguntumkan sedikit senyum pada wajah mereka yang membacanya. Jika anda senyum, visinya tercapai.
Di kesempatan ini, dia ingin mengucapkan selamat ulang tahun pertama kepada online jurnal milik peribadinya. Disusuli doa semoga idea nak menulis tak kunjung padam. Yeah!
- Alaa... baru setahun. Setahun jagung.
+ Jagung... setahun dah tua beb! ;p