[GESBUK?]

30 July 2004

Abang gua kata besok mak akan sampai KL. Hantar adik gua yang sensorang tuh. Ishh... sedih gak bila teringat kat mak gua nih. Gua tahu sampai skang gua masih tak dapat bagi apa yang gua nak bagi. Nak laksanakan sekadar 30% tanggungjawab sebagai anak pun merangkak rangkak. Nasib baik mak gua paham keadaan diri gua nih. Apa pun jauh di sudut hari... tetap rasa bersalah. Alahai... malang sunggoh nasib beta!

29 July 2004

A Dead Poem

Focus tomorrow`s horizon
Sorrow means no future
Cover my face
With my guilty hands

It`s the season the trees die
The birds don`t sing anymore
The rivers never come back
Nature dies out

This tragic future
destinied to hurt never heal
What end can save me
What good gives me an end

Nothing is innocent
Nothing is fair
I keep wondering
How did I end up like this


First passion
Now is lost
A dramatic dead story
I killed all I have

My sadness is
Translated into madness
I spell meaningless words
A poem for sorrow and death

-Rotting Christ-

26 July 2004

Hari ni nak ubah selera. Sekali sekala apa salahnya mencuba menu baru kan? Kalau sedap, lain kali boleh try lagi. Kalau tak sedap, tinggalkan. Maintain dengan menu lama.

......................


Stayback

Dah lama aku tak buat OT macam dulu dulu. Seingat aku, seawal kerja kat sini, pertama kali buat kerja yang melibatkan puluhan juta ringgit. Juga pertama kali buat kerja dengan kelam kabut dan tidak teratur. Pasalnya... masing masing takde pengalaman. Belom arif tentang documentation, filing, tendering dan sebagainya. Kerana itulah kerja kerja jadi lambat dan memakan masa. Walau pun penat, tapi berbaloi la jugak dengan claim yang 'masyukkk'. Penat bila masuk keje awal pagi, asyik dok mengadap ngan dokumen atau kertas kertas yang meminarkan bijik mata. Tension betol aku ngan kertas nih. Aku tak suka buat keje yang melibatkan kertas. Report, borang, dokumen ini dokumen tu... rimas beb. Aku lebih suka buat keje berlandaskan komputer. Keje yang tidak bersangkut paut ngan bahagian admin. Aku lebih suka IT ngan teknikal. Tapi itulah, arahan boss... nak tak nak kena jugak!

BUAT TENDER. Perkataan yang sunggoh mengerikan bagi aku. Bisa menghilangkan nafsu bekerja dan berupaya membangkitkan nafsu tido. Ada beberapa perkara lagi harus diselesaikan untuk menyiapkan satu tender tuh. Walhal, esok nak kena submit sebelom kul 12 tengah hari. Yang bertungkus lumus kat opis sapa lagi kalau bukan aku ngan Shima. Boss? Standard... kuar masuk opis, alasan... meeting! Banyak ah boss punya meeting. Kerja kat opis diserah kat kitorang berdua. Masing masing garu kepala, tak tahu nak buat macam mana. Last last ikut kepandaian sendiri. Betul tak betul belakang kira. Janji siap. Malangnya tetap tak siap. Banyak part yang tertangguh semata mata kerana supplier kami. Masalah untuk mendapatkan brochure, authorised letter dan last price for quotation from pricipal. Susah! Boss plan nak setelkan hari ni gak then esok kalau ada apa apa perubahan, hanya ubah bahagian harga saja. Yang lain patutnya dah ok. Itu katanya... Kata kami? Hahaha. Geliusus betol laa boss aku nih. Semua cakap senang, tapi apa pun tak jalan. Takpe.. takpe.. kita tengok malam karang macam mana.

Dekat kul 5 petang, aku rest jap. Tak sanggup ah nak teruskan lagi keje keje tender tuh. Mata dah kuyu, badan dah lesu. Perut pun tak masuk apa lagi melainkan oksigen dan beberapa gas saraf. Ya, gas saraf... semacam err... kentut! Ahahahahah! Sesambil menunggu time balik, aku sempat borak borak kosong ngan boss dan Shima. Oh ya, boss ada la plak dekat dekat nak balik nih. Hawau. Tengah tengah rancak mengumpat berborak, tetiba boss aku kuarkan dua bungkusan dari poket seluar dia. Wahlauuuuuu... banyaknya duitt!! Juta juta, jutaaaaa....!!! [Ikut slang Kumin dalam Jutawan Fakir, heh!] Siot boss aku, siap main main ngan duit berketul ketul tuh. Main tayang tayang depan mata aku. Mentang mentang aku tengah kebulur nih, ish...

Boss: "Teka Mie, ada berapa?"

Aku: "Erm... yang tu mungkin 10K. Yang ni... 5 kot."

Boss aku senyum. Tak cakap banyak, terus kuarkan 2 not 50 dari satu ikat duit yang tebal tuh. Dihulurkan satu kat Shima. Shima ambik. Walaupun tengah ragu ragu tapi diambiknya jugak. Ceh!

Shima: "Betul ke ni boss?"

Boss: "Eh, tak nak ker? Orang bagi duit pun tak nak."

Shima suka jer. Aku pulak yang konpius. Boss aku ni biar betul. Takkan slumber ya ya jer bagi duit tu kat Shima? 50... banyak tuh! Lepas tu sekeping lagi dia hulur kat aku lak. Aku tak ambik. Aku pikir boss aku saja je nak pekenakan kitorang. Atau duit tu memang dibagi pun, tapi untuk apa apa tujuan la. Dia ni takleh kire... ntah ntah ada la tu nak soh aku gi beli apa apa kat mana mana.

Aku: "Apsal ni boss? Duit apa nih?"

Boss: "Ambikkk. Tak nak ker? Tak nak I ambik balik..."

Gua ambik. Hmm... tak caya, tak caya! Sekali lagi aku tanya boss. Untuk apa duit tu. pastu boss aku gelak lak. Aku rasa boss aku sakit laa. Mungkin ada apa apa sindrom nih. Mungkin penyakit tak suka duit? Mungkin penyakit suka belanja orang? Mungkin... penyakit tak sedar diri? Hahaha! Ah, lantak ler. Orang dah bagi buat apa banyak soal kan? Sekali dia ubah pikiran, melepas lak. Sembang lebih kurang, then boss aku blah. Malam karang datang balik katanya. Konpem, malam ni aku ngan Shima kena buat OT.

Lebih kurang kul 6 aku sampai umah. Balik untuk mandi, tukar baju dan buat apa yang patut. Janji ngan Shima masuk opis balik lebih kurang kul 8 malam. Memandangkan aku ni Melayu, maka dah jadi standard aku kena lewat setengah jam. Alaa... setengah jam bukan lama pun. Dok dalam jamban pun dah 20 minit. Kecik nyer hal lah tuh.

Dekat kul 9 aku sampai opis. Nak masuk bangunan opis kena tulis nama kat meja pak guard dulu. Selalunya diorang tak banyak soal. Disebabkan dressing aku kot, diorang ingat aku orang luar. Ngan t-shirt hitam gambar ntah hapa hapa dan berseluar celoreng pendek, memang serabai habis. Aku rasa aku dah cukup sempoi, tapi mungkin pak guard rasa kutu berahak mana lak nih. Lepas sesi dialog antara aku ngan pak guard selesai, aku terus masuk opis. Shima dah sampai. Aku tengok dia tengah tekun buat keje. Aku on pc, bukak internet dan layan lagu. Tak bernafsu nak start buat keje. Tapi lama lama buat jugak. Kot kot boss masuk, kantoi... haru! Sambil buat keje sambil surf, then part aku setel. Just tunggu boss datang, pasal ada satu part pricing nak kena serahkan kat boss. Bab bab harga aku tak buat. Itu bidang boss boss jer. Ahaks!

Aku suka minum melo. Sesambil buat keje sesambil hirup melo pekat memang best. Aku suka buat melo pasal iklan selalu cakap minum melo boleh jadi sihat dan kuat. Masa tengah buat jus melo, Shima sound aku.

Shima: "Mie, banyaknya melo kau isi."

Aku: "Alaa... biasala ni. Melo banyak la best. Baru rasa kecoklatan dia."

Shima: "Orang kata, minum melo banyak... pekat pekat macam ni nanti berak keras!"

Aku: "Owh... ye ker?" Dan aku terus sambung buat keje. Dasar budak melo...

Err... korang pernah? Kalau betul pun, apsal boleh jadi macam tuh? Mungkin kerana melo banyak zat besi kott...?!!

Seterusnya aku tolong Shima buat keje. Awal awal ok lagi, lama kelamaan mata jadik berat. Tak terangkat dah aku rasa. In the end, aku layan tido atas kusyen kat bahagian depan. Sesedar lebih kurang 6 pagi aku nampak Shima tengah buat keje lagi. Mak aih, kuat kudrat betol minah nih. Tak ngantuk ke dia??? Tapi kesian gak, buat keje sensorang. Banyak keje dia. Patut pressure hari hari. Kalau orang tegur jawab cam nak carik gaduh jer. Hampeh!

Kul 7 pagi, Shima blah. Nak balik umah katanya. Aku sambung tido sampai kul 9. Tak sangka enak jugak tido kat kusyen tuh. Merengkok badan macam tido dalam toilet, sioott...!

Lepas Shima masuk, aku bangun tido. Dalam keadaan mamai dan separuh sedar boleh gak drive kete balik umah. Tak sempat apa apa aku dah terlelap setengah jam. Penat sey. Rasa nak terkeluaq bijik mata. Keliling mata dah jadi sembab. Ni kalau orang pandang dalam lif nanti tentu diorang tanya, "Padan?!!". Agaknya laa...

Kul 11 aku masuk opis balik. Shima tengah siapkan keje keje filing. Dah siap balut, seal... aku terus pi hantar dokumen tu. Ikut syarat sebelom kul 12 tengah hari. Aku terlewat 10 minit, dan nasib baik diorang boleh konsider ngan aku... Alhamdulillah, dokumen tender aku diterima. Barulah rasa lega sikit. Hilang segala tekanan kerana satu keje berat dah lepas.

Huarrghhhh... ngantuknyaaaaaaa!!!

25 July 2004

Pasar Malam

Penat sey... balik dari jenjalan kat pasar malam kat Jalan TAR buat gua jadi malas nak kuar menapak ke mana mana. Ikutkan hati nak jer tido terus tapi bila dipikirkan esok cuti, maka teramatlah haram kalau gua tido. Pasalnya... malam ni gua boleh tido lewat. Esok... bangun pun lewat. Hahaha. Err... tak boleh bangun lewat sangat, gua nak layan Malaysian Idol jap. Tak sempat nak tengok yang hari Jumaat punya. Pastu kalau nak tido balik pun ok la kot. Oh ya, lupa nak cakap. Tadi gua jenjalan kat pasar malam tu ngan kaum kerabat. Dua orang abang ngan dua kakak ipar tambah sorang anak sedara. Hohoho... sekali sekala bila kuar sesama seronot gak. Bertambah seronok kalau tempat yang nak dituju tu ada ramai awek. Kan? Kan? [Soalan ini hanya untuk kaum lelaki sahaja.]

Sepanjang panjang pasar malam, sebanyak banyak makanan dan minuman... segelas air tebu jugak yang jadi habuan. Gua tak lapar pun, cuma dahaga jer. Sebelom datang sini tadi gua dah balum cempedak goreng siap siap masa kat umah abang gua tuh. Beli lima ringgit. Tak banyak ker? Dekat dekat nak habis baru gua stop. Bukan tak larat tapi orang lain pun nak merasa jugak. Takkan tak gheti gheti lagi kot?!! Tapi tulah... masing masing buat tak nampak jer cempedak goreng tuh. Daripada terbiar macam tu jer kesian lak kat dia kan. So lebih baik gua bedal jer. Sekurang kurangnya, mengenyangkan perut gua... ahahahaha!

Hmm... masa tengah jenjalan ternampak lak si Jaie [vocalist Sil Khannaz] tengah dok belek belek cermin mata kat satu gerai. Ikutkan hati nak jer gua tegur, tapi dia bukannya kenal gua. Gua jer kenal dia. Tak pasal pasal kemaluan lak. Ah, bior jer lah dia ngan speknya. Tapi rasanya kalau dia pandang gua tadi, gua angkat kepala jer. Harap harap dia boleh cam muka gua ni. Ye lah... muka tak malu yang pernah mintak kurangkan harga kaset masa nak beli kat kedai dia. Nasib baik dia tu tokey kedai tuh, so dapatlah kurang sikit. Ditambah lak gua pernah kenakan dia satu masa dulu, masa gua tengah belajar dulu. Alkisahnya, suatu hari di tengah hari Jumaat, gua ngan kroni gua si Ad, Zulfa dan Em dah habis kelas. Sementara nak menunggu petang kitorang tak buat apa apa. So kitorang datang ke kedai Jaie kat Campbell tuh, sesaja nak cuci mata tengok cover cover kaset bawah tanah. Kot kot tersangkut satu dua apa salahnya kan... Kitorang pun dah lama tak beli kaset versi hangguk kepala nih. Kul 12 lebih kitorang sampai kat kedai Jaie, kelihatan dia tengah nak tutup kedai. Nasib baik awal sedikit jer. So sempatla tahan Jaie dari tutup dulu. Mintak bagi can kitorang survey dulu, pastu kalau nak tutup, tutuplah.

Tengah best mengusha kaset, tetiba Jaie sound...

"Korang lama lagi ker? Aku nak tutup nih. Nak gi masjid. Semayang Jumaat."

Pastu kitorang pakat gelakkan dia. Tapi dia tak kecik ati pun. No hal lah... Apa? Ingat mat metal tak semayang ker? Ahahahahaha!

Hak ellaaa... baru jer nak bercerita abang gua dah nak pakai PC. So ok lah beb. Lain kali sambung. Lagipun mata dah kuyu nih. Rasa rasanya jap lagi terbongkang jugak nih. Ah biarlah... apa apa pun balik umah dulu. Tido tak tido belakang kira. Kalau nasib baik layan King Arthur jugak agaknya nih.

Ok la geng. Blah dulu. Chow Sing Chi...

22 July 2004

Ikat

Alhamdulillah... selamat jugak korang berdua bertunang ye?!! Ingatkan dah tak jadi. Alang alang dah ikat tuh.. lepas ni jangan main putus putus lak. Kalau tak, buang karan jer laa, heh! Untuk Amran & Azie, gua ucapkan

SELAMAT MENGIKAT TALI PERTUNANGAN
-semoga kekal bahagia-

...........................


Gua masih lagi kat opis. Menyiapkan kerja kerja yang berlambak bagai nak rak tuh. Gua tahu hari ni satu majlis yang besar jugaklah bagi seorang sahabat, nun jauh di kampung. Gua teringin sangat nak balik tapi apa kan daya, hajat hati nak terbang pulang. Sayap pula yang tak ada, huhuhu!

Dalam kesibukan tak cukup tangan tu teringat plak gua kat kisah kitorang masa kecik kecik dulu. Kira kenal dari mula belajar merangkak hinggalah layak jadi bapak budak. Juga sahabat yang sesama buat kejahatan tak kira tempat. Bab bab kacau awek toksah cakap laaa.. Ahaks! Kadang kadang orang kata kitorang ni dah macam adik beradik. Di mana ada gua, di situ adalah dia. Vice-versa.

Itu dulu, masa sama sama melalui zaman kanak kanak Ribena. Skang ni masing masing dah ada hala tuju sendiri menyukarkan kitorang untuk berjumpa. Peluang untuk itu hanya jika kami masing masing balik kampung. Tapi selalunya 'timing' balik kampung kitorang tak pernah sama. Alahai...

Sesambil menyiapkan kerja kerja tuh, gua sempat gak hantar sms kat mamat nih. Dan Azie juga...

"Selamat bertunang. Semoga bahagia selalu." sms gua kat diorang berdua.

"Tima kasih. Kalo Imie ada sekali time nih, tentu Amran hepi. Nanti Azie buat kat Perak lak. Pegi lah ye.." Azie reply.

"Insyaallah, kalau tak ada aral." sms gua lak.

"Tq.. tq.. Tak sabar nak tunggu lu lak." sms Amran.

"Dah selamat dah? Alhamdulillah... Amacam suasana? Best? Err... tunggu gua? Lambat lagi kottt..." reply gua.

"Suma beres. Diorang buat macam kenduri kawen dah rasanya. Best woooo.....!" sms Amran.

"Tahniah lah. Err... Joe ikut sekali ke?" reply gua lagi.

"Joe tak ikut. Dia kata jap lagi nak gi jamm tapi sampai skang tak nampak batang hidung pun!" siyol... baru lepas majlis terus nak gi jamm.

"Wei, gua tak dapat balik lah. Sori. Dah lama tak jumpa. Lu datang la KL. Jenguk member lama nih... Apa pun, modal majlis berapa hangus?!!" sms gua.

"Bajet takde le nak ke sana. Gua memang nak gi sesangat pun. Tunggu jelah nanti, ada duit lebih... Modal? Habis tak banyak dekat dekat 4 ratus jer. Kawen nanti tak tau ler aku. Hantaran 4501." reply Amran.

"Aik, ada gak lebih singgit?!! Untuk apa tuh? Hehe. Bestlah lu yer... dah ada ikatan. Gua jeles beb. Malang sunggoh nasib badan, tak laku... Hahaha!" reply balik.

"1001 maskawen, yang lebih tuh hantaran. Alaahh Mie, awek Kelate kan ramai. Balik cuti lama lama pastu nanti jumpa la tu..." ceh, siyol. Selamba badak jer cakap.

"Hahaha. Hampeh lu. Gua senang jer, soh orang kat kampung sana jer [baca: mak gua] tolong carikkan. Tapi lambat lagi... Tunggguuuuu..."

Dan sesi sms habis di situ. Tengok gaya dia macam happy jer. Ok lah tuu. Bila dia happy, gua pun turut happy.

:)

20 July 2004

Gua baru jer test diri kat Quizzilla tadi. Pasal muzik apa yang gua minat. Sekali dapat result...

I am not a type of music
You're nothing, really. But you're nice.


What type of music are you?
brought to you by Quizilla

Yeah yeah yeah. Ye la tu...

18 July 2004

Hari Minggu

Tengah best dok bertenet, tiba tiba abang gua balik. Tak taulah dari mana tapi gua macam biasa je la... buat derk jer. Heh! Lama jugak online. Sampai rasa nak muntah muntah. Siyol. Perut pun lapar sebenarnya. Bangun dari tido tadi tak telan apa apa lagi nih. Nak telan apa bendanya, kalau dah bangun tidur pun pukul 5 petang. Gila! Tapi itulah gua... kalau hari minggu selalunya masa free tu akan digunakan sepenuhnya dengan aktiviti berfaedah. Ya, tido adalah salah satu aktiviti berfaedah. Haha!

Bertenet di kala perut melayan lagu metal tak seronok sebenarnya. Takleh nak kesentret apa apa. Otak asyik dok pikir nasik.. nasik.. nasik dan nasik. Err... tambah ayam madu satu. Hehhee. Kerana terlalu lapar, gua dah malas nak online dah. Bagi can kat abang gua plak laa. Nampak cam dah lama menunggu tuh. Kerana tak buat apa apa, gua ambik paper hari ni dan baca. Baca tajuk. Ahahaha. Tak payah baca berita la.. buang masa saja.

Belek dan belek dan belek, tetiba ternampak satu berita kecil kat penjuru atas belah kiri. Berita pasal rompakan di stesen minyak Mobil kat Taman Sri Rampai. Pergh... sorang customer terbunuh! Ganas beb.

Pelanggan ditembak, ditikam hingga mati

KUALA LUMPUR 17 Julai - Dua penjenayah ganas yang menyamun sebuah stesen minyak di Taman Sri Rampai, Setapak di sini, bertindak kejam menembak seorang pelanggan dalam kedai tersebut dan tidak cukup dengan itu menikam dada dan leher mangsa hingga mati.


Berita seterusnya baca sini.

Macam tak caya jer. Masih jelas lagi dalam kepala hotak gua, jam hampir 12 tengah malam gua ngan Najib pegi sana untuk cucuk sen. Tak sangka 2 jam selepas tu berlaku satu kejadian tragis. Nasib baik kitorang terawal sedikit. Tak pun, nasik baik perompak tu nak merompak lewat sikit. Kalau tidak... tak pasai pasai kitorang pun masuk paper. Huh! Tak tau la kan... masuk paper pasal teruk kena belasah atau pun pasal kitorang dah jadi hero. Sapa tau kan? Ahahahahah. Apa pun, kesian gak kat mangsa tuh. Masa lepak makan ngan Mat Dien tadi, dia cakap 2 pekerja Mobil tu pun kena bunuh gak. Tapi tak tulis pun dalam paper. Hmm... Samaada Mat Dien tersilap terima info ataupun pihak paper saja tak nak cerita pasal tuh. Wallahualam.

Patut kena tanya Kak Zar nih, pasal umah dia dekat tu jer. Ah ye, umah Najib pun belakang Mobil tu jer. Nanti gua nak tanya dia ah!

Sesambil lepak ngan Mat Dien, dia pulak bukak cerita pasal pengalaman kena rompak. Suatu ketika dulu [ewwah!], Mat Dien ni pernah keje kat Seven-E area Segambut. Nak dijadikan cerita, satu hari tu dia kena keje shif malam. 2 orang. Sedang syok baca majalah free sementara menunggu member balik dari beli roti canai, tetiba ada orang letak satu pisau pemotong daging kat leher dia. Dia kata sejuk. Ingatkan apa... sekali sebilah pisau yang besar ya amat. Kalau nasib baik, sekali tetak insyaAllah boleh putus kepala katanya. Peh! Ganas.. ganas.. Nak hidup nyer pasal, dia terpaksa bagi je la apa yang mamat tu nak. Rokok ngan duit, habis kena kebas. Tapi tak banyak pun. Adala lebih kurang 200 hinggit. Yang bestnya, pihak Seven-E ni tak kisah lak kalau kena rompak. Pasal... ilang 2-3 ratus, claim insuran 2-3 ribu. Hmm... macam ni boleh la upah orang datang rompak kedai sendiri. Nanti claim. Untung. Ye dak? Keypadlock...

Akhir kata, itulah risiko bagi kedai yang beroperasi 24 jam nih. Sepatutnya kita semua.. kerajaan, pihak berkuasa dan orang awam harus menggembleng tenaga dan mengambil peranan masing masing dalam menangani isu seperti ini. Sistem keselamatan haruslah dipertingkatkan, pihak polis meronda lah selalu, orang awam nak isi minyak datanglah beramai ramai dan pekerja pekerja cuba cuba la belajar kung-fu. Wachaa!

Sekian, terima kasih.

Aiseh, macam karangan BM tingkatan 3 daa...

17 July 2004

Teater Lagi

Semalam gua berpeluang tengok teater bertajuk Bangsawan Tun Fatimah yang mana dipentaskan di Istana Budaya. Peh, pertama kali berjaya masuk dalam tuh. Terasa diri macam dari kalangan para bangsawan jugak. Dah la masuk percuma, dapat seat VIP lak. Perghhhh... memang klas! Hahaha. Apa pun, thanks to Nida & Tipah. Skang nama gua dah ada dalam senarai diorang. Senarai nama orang yang nak tengok teater free manjang jer. Huargh huargh huargh! Alaa... standardlah tu, sapa tak nak benda free. Ye tak? Hehehe.

Tipah kata acara start kul 8.30. Lebih kurang kul 8 gua dah kuar umah nak gi ambik dia. Alih alih dia call lak kata ada lagi satu tiket kosong. Mintak gua ajak memana member gua. Last last gua ajak Mat Dien.

Sori tu Nana pasal terpaksa menunggu lama kat sana. Sapa soh sampai awal, heh! Tu la, lain kali amalkan petua janji Melayu. Dan memang benar pun, teater tu tak start sharp kul 8.30. Dekat kul 9 jugak baru bermula. Masa kami sampai, unAg ngan Mike tengah menunggu. Nana awal awal lagi dah masuk dalam. Tak sabar betul minah nih. Kerana sedikit salah paham, salah seorang dari kami tak dapat masuk sebenarnya. Tapi di atas budi bicara akak akak penjaga pintu, ditambah sedikit conversation antara Nida ngan akak akak tu melalui tepon... maka semua dapat masuk. Alhamdulillah...

Aisehmen... tetiba takde mood nak bercerita. Potong stim betoi laa. Apa hal plak nih??? Arrghhh...

Oklah, disebabkan mood gua tetiba bertukar angin nih... maka gua tulis pendek pendek jer lah. So, kat mana tadi?

Okeh. Well, acara berlangsung dengan jayanya. Lakonan Fasha Sandha [cunnn wooo..!] ngan Jehan Miskin memang menjadi la. Cuma part bersilat tu memang kantoi. Kena belajar lagi. All in all, salute to them. Kebanyakan penonton cukup berpuas hati ngan persembahan tu. Gua steady jer. Cuma, 2 orang awek sebelah gua ni touching tak habis habis. Siap tangkap leleh wa cakap lu... Yang tau tu tau laa. Har har har!

Gua tak pasti acara habis kul bape pasal lupa nak tengok jam. Mananya tak lupa, masa kat ruang legar mata asyik dok usha awek awek cun jer. Tapi yerlah, kebanyakan penonton pompuan yang hadir cun cun lah. Tergoda siottt! Ahahahahah. Dari Istana Budaya, kami menuju ke Mali untuk mengisi perut. Lain kali jangan tanya Tipah nak makan kat mana, pasal pegi balik pegi balik Mali jugak yang dia pilih. ;p

Perut dah kenyang. Borak pun dah panjang lebar. Mata dah ngantuk dan esok pun keje. Sesi berangkat pulang la pulak. Tipah balik ngan unAg dan Mike manakala Nana dan Mat Dien gua yang hantarkan. Gua sampai umah lebih kurang 2 pagi. Ah ye, mamposss! Besok konpem bangun lewat. Huh!

Sesambil baring menunggu mata terpejam ngan sendirinya, sempat gak gua mengenang balik pasal persembahan tadi. Heran ye, kenapa dialog teater bangsawan mesti ala ala pantun gitu? Ayat semua power. Pakai ayat sastera peringkat tinggi tuu. Kalau buat usha awek tentu cair. Hahaha. Sepanjang persembahan, backdrop sentiasa berubah mengikut tempat kononnya. Tapi tak pasti pulak ramai ker yang perasan hanya anak tangga saja yang tak berubah. Hmm... ah, gua sorang jer kot?!!

Dan untuk Tipah... bape kali mau cakap daa? Rupa Jehan Miskin tu biasa jer. Lebih kurang adik kakak ipar gua jer. Qasni namanya! Kuang kuang kuang! [Nanti aku tunjuk gambar dia kat kau]

16 July 2004

Kredit?

Arrrgghhh... buntunya kepala hotak. Mana nak cekau nih?!!

Ah! Indahnya hidup, kalau kehidupan seharian tak dibelenggu hutang! Kan?

Awek-on-the-line

Tengah hari tadi, dikala tengah best melayan keje keje kat opis. Shima intercom gua. Awek-on-the-line katanya...

Awek-on-the-line: "Hello. Bizi?"

Gua: "Hmm... nak kata bizi... tak! Hehehe. Tapi ada la sikit keje nak buat."

Awek-on-the-line: "Kalau bizi takpelah. Sori mengganggu."

Gua: "Takpe.. takpe.. Ok jerk. Bolehla cakap sekejap. Awak kat mana nih? Err.. demam ker?" Ewwah, kalau awek yang call boleh sesangat! Ahahahaha.

Awek-on-the-line: "Taklah. Sihat jer. Apasal tanya macam tu? Saya kat opis la. Keje."

Gua: "Ooo... ye ker. Ingatkan demam. Suara sengau. Ahaks!"

Awek-on-the-line: "Eh, awak kenal ker sapa ni?" Ah, sudah. Gua agak gua dah silap orang nih. Warrghhhh!

Gua: "Err... sapa nih?"

Awek-on-the-line: "IDA lah."

Gua: "Hah??? Alamak, awak ker? Sori... sori... tak cam." Aiseh, kemaluannya!

Awek-on-the-line: "Takpe. Saya sebenarnya tengah tak ada keje ni. Semua keje dah siap. Tetiba teringat nak call awak. Tapi takpela ye. Tak nak ganggu awak. Lain kali saya call lagi."

Gua: "Ok tarak hal. Cuma nak ingatkan, kalau nak call saya... boleh tak call belah petang jer? Dekat dekat nak balik..."

Awek-on-the-line: "Tengoklah nanti. Bye."

Bye!

Gua letak gagang. Fikiran melayang ke waktu 6 tahun yang silam. Hmm... ex-girlfriend gua yang first, bekas cinta kongkang monyet di zaman tingkatan 5. Kenapa tetiba call hah? Hmm...

Gua terus berfikir... dan kerja terus tak siap, ceh!

[To/Die/For - Loveless]

13 July 2004

Testis Testimoni

Kepada kengkawan/ sahabat-sahabat/ member-member/ teman-teman/ rakan-rakan/ kroni-nepotisme/ geng-geng/ klik-klik/ subahat-subahat/ musuh-ketat/ awek-awek/ ketua-kampung/ jiran-sebelah / sapa-sapalah... sila silalah ringankan tangan isikan umpat-keji-puji-melambung sepatah dua kata kat PROFAIL gua yang serba kureng nih. Setiap kata anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

12 July 2004

Marah

Petang tadi, tahap kesabaran gua betul betul teruji dengan sikap Shima. Tak tahu macam mana nak luahkan. Yang pasti, gua betul betul dah sampai tahap didih. Grr...

Tayar Oh Tayar

Arrrghhh... bajet lari lagi bulan nih! Baru jer plan nak bayar bil kad hutang. Itu pun setelah operator bank dah penat dok call berkali kali, ahaks! Nasib baik terperasan sepasang tayar belakang dah botak. Bukan setakat licin habis malah siap terkeluar urat dawai dalam perut tayar tuh. Nasib baik gua tak henjut kaw kaw masa balik keje semalam. Kalau tidakk... ohh. Tak pasal pasal membilang tapak kaki hingga ke rumah, huh!

Nak tak nak, terbang sen 270 hinggit. Dunlop saiz 14. Uwaaaa... apa gua nak telan sementara tunggu hujung bulan ni?!! Ish.. ish.. ish.. Habis lah gua. Esok tentu orang bank call lagi. Hmm... nak bagi alasan apa lagi yer? Think Mie, think...

10 July 2004

Hilang

Awal pagi Rabu [7/7/04], seawal jam 7.30... handset gua berbunyik. Bukan bunyik alarm clock tapi bunyik ringing tone. Alarm clock tu kul 7 lagi dah bising dah. Tapi gua tutup. Lepas 10 minit bunyik lagik, pastu gua tutup lagi. Sampai la kul 8, baru gua bangun tido dan mandi, hehehe. Ringing tone ni memang mengganggu betol laa... tak tau ker orang tengah sedap layan lentok nih?!! Dalam tengah mamai tu gua jawab call. Tapi suara masa tu dah tentu tengah macho giler kan, so pempaham jer laa. Sekali si Najib Brutal yang call. Dengar jer suara gua yang macam mat pet tengah ketagihan tu, terus dia kata biar dia call balik nanti. Hmm... paham pun! Ahaks!

Dalam hati.. apa laa yang si najib ni nak tanya gua. Kalau ye pun nak mintak tolong takkan pukul 7.30 pagi kot??? Tak nyempat nak mandi pun. Sekurang kurangnya tunggu la gua bangun tido dulu. Ini tak, air liur basi tak sempat nak meleleh sampai habis, dah call. Nasib baik gua ni jenis cool, kalau tak... tak pasal pasal kena sound pagi pagi buta. Weih, kena sound awal pagi suwey satu hari lu orang tau tak? Kata orang c*na laa. Gua ni penyabar sikit, tu pasal jarang marah orang. Untung sapa jadi awek gua ni, ewwahh! Dak aih, saja melawak. Heheheh.

Kat opis, Najib call lagi sekali. Bila dah sok sek sok sek, barulah gua paham... rumah dia kena pecah. Pagi tadi lebih kurang 4 pagi. 5-6 bijik handphone ilang. Peh, pencurik tu tentu dah bukak bisness jual handphone nih. Kaya.. kaya.. Apa pun kesian gak kat bebudak umah Najib tuh. Tapi nak salahkan sapa? Pintu dah kunci. Bukan senang nak masuk, tapi still ada orang masuk gak. Ntahlah. Kalau nak ikut sejarah, rumah tu memang selalu jadik mangsa pencuri. Selama hampir 6 tahun, semenjak si Najib lepak kat rumah tu... dah 5 kali kecurian berlaku kat situ. Tapi bebudak umah tu macam tu gak. Tinggal umah tak berkunci. Kalau ada orang pun, semua asyik melepak tingkat atas. Kat bawah, takde sesapa nak jaga. Tu pasal Najib pun pernah ilang kasut Legend dia. Pian penah ilang enset dia. Nasib baik gua tak dok umah tu. Kalau tak... ntah apa barang gua yang ilang nanti. Sikap manusia, bila ada barang ilang... sehari dua pertama ada la semangat nak berjaga jaga kononnya. Seminggu kemudian jadi macam asal balik. Baru je semalam gua gi umah diorang, masuk umah macam tu jer. Memang pintu tak kunci. Gua dah ketuk pintu, dah bagi salam... pastu masuk. Dan seperti biasa... mana ada orang kat bawah. Hmm... boleh curik apa apa nih!!! Hehehehehe.

Ah ye, panjang lak. Ehehehe. Sebenarnya Najib call pasal nak tanya tentang cara nak block line tepon dia. Gua cakap tak susah, gi je la Jalan Semarak tuh. Menara Celcom... habis cerita. Nasib baik dia pakai line, so bolehlah dapat balik nombor asal. Kalau pakai prepaid, alamat tukar nombor baru la jawabnya.

Najib: "Aku tak kisah sangat kalau orang nak curik enset tu, tapi sim card tu yang penting..."

Gua: "Hmm... semua orang yang pernah ilang enset... semua cakap macam tuh! Ahahahaha."

Najib: "Mestilah. Dalam tu kan ke banyak contact number. Penting tuu..."

Gua: "Okeh. Lain kali buat macam nih. Kau save satu msg dalam inbox atau outbox kau tuh. Msg tu kau tulis la KEPADA PENCURI ENSET, SILA KEMBALIKAN SIM CARD SELEPAS ANDA MENCURIK ENSET NIH! PLEASE... Kalau nasib baik pencuri tu baca msg kau, mungkin dia pulangkan balik sim card kau tuh."

Najib: "Ah ye. Ye la tuh."

Err... ye la kot! Ahahahahaha. ;p

07 July 2004

Petanda Awal

28 Jun. 4.30 petang. Opis...

Gua: "Err... Shima. Aku rasa tak sedap badan la. Tanda macam nak demam."

Shima: "Tentu pasal kau banyak kuar tadi..."

Gua: "Mungkin gak. Kat opis sejuk. Pastu kuar, panas. Masuk bank, sejuk. Kuar, panas balik. Pegi Glenmarie, panas giler. Masuk DRB-HICOM, sejuk balik. Lain lain tempat lagi... asyik panas sejuk panas sejuk. Suhu badan aku jadi tak menentu laa..."

Shima: "Baik kau pegi klinik."

Gua tak pegi. 5.00 petang, balik keje. Kat rumah.. gua tidur awal, dalam keadaan menggigil. Brrppp... sejukkk nyaaaa!!!

Tengah best melayan mimpi basah, tetiba tepon berbunyik. Ah, siapa pulak mengacau Subuh subuh ni? Keypadlock betol laa... Tak boleh tunggu hari siang dulu ker? Macam takde masa lain lagi nak call orang. Hampeh! Gua jawab tepon tu. Sekali terdengar suara si Pendi. Aik, apa hal lak mamat nih? Ada hal urgent ker sampaikan hari gelap lagi dah call gua?

Pendi: "Hallooo geng... Tengah buat apaaaa?"

Gua: "Ish... lu ka, Pendi? Gua tengah tido la. Tak sihat. Apehal?"

Pendi: "Woit, bangunlah! Awal lagi kalau nak tido pun. Baru kul 9.30 malam."

Hah... 9.30??? Ye ker? Warrrghhhh... kemaluannyaaa!!!

29 & 30 Jun.

Gua demam. Demam biasa. Yang peliknya, gua tak batuk ataupun selesema. Hanya badan lemah dan tak bermaya. Rabu, malam. Suhu badan gua berada di aras puncak [peh!]. Dari luar, badan gua rasa panas ya amat. Kalau taruk telur ayam celah ketiak gua, ada harapan boleh makan telur masak separuh! Ahaks. Dari dalam lak, gua rasa sejuk ya amat. Kesejukan dalaman buat gua menggigil tahap kure kure ais. Walaupun dah pakai baju sampai 3 pasang, gua masih kesejukan sampai tangan dan kaki terasa kebas. Ah, seksa sunggoh! Tidur malam pun tak selesa. Selimut dirasakan teramat nipis, tak mampu memanaskan badan gua. Walhal, bilik gua tu... kalau tak pakai seluar baju pun belom tentu dapat lelap dengan mudah. Panassssssss!!!

1 Julai.

Pagi pagi kenala bangun awal, gi keje. Walaupun badan rasa tak larat nak bangun, gua cuba gak gagahkan badan. Hoorayyy, berjaya bangkit dari tido! Kena setitik air jer... brrrrr! Sejuk weih. Tak tahan gua. Ah, tak kire. Nak tak nak gua kena mandi gak. Kalau tidak... gi keje nanti badan bau kambeng. Gila apa?!!

Seperti biasa, lepas mandi gua akan menilik depan cermin. Tilik badan sendiri yang cekeding tough nih, ahahahahha! Tetiba, makkkk!!! Gua terkejut sat pasal ternampak seorang alien yang tak hensem dalam cermin. Rasa macam kenal, penah jumpa... tapi di mana yaa? Ahahaha. Yaa, badan gua ada banyak bintik merah. Seluruh badan beb. Uhh, ngeri ah gua pandang diri sendiri dalam cermin. Tetiba badan gua menggigil. Menggigil bukan kerana sejuk, tapi kerana takut dan seram. Takut kena denggi!

Lepas masuk opis jap, gua turun bawak gi klinik panel. Dr Raha. Cun. Ops! Hehehe.

Dr. Raha: "Ye... apa masalah?"

Gua: "Doktor... saya rasa saya kena denggi la. Badan saya ada banyak bintik merah."

Dr. Raha check badan gua. Tengok tangan, telinga, anak tekak, check suhu badan, tekanan darah...

Dr. Raha: "Erm... nampak macam campak. Takpela, kita check darah dulu."

Apa??? Kena injection gak ker? Arrghhhh... takutnye. Matilah guaaaa!!!

15 minit kemudian, gua kuar dari bilik doktor. Sorang pembantu klinik mengisi borang MC.

Gua: "Aik, takkan satu hari jer?!! Tu untuk hari ni jer. Esok tentu lagi teruk. Buatlah 2 hari."

Gua dapat MC 2 hari. Har har har! Khamis dan Jumaat. Masuk opis jap, jumpa Shima. Lepas serahkan MC tu, gua terus balik umah. Kemas kemas baju then terus ke rumah abang gua kat Gombak. Alhamdulillah... tak mati rupanya kena injection.

2 julai.

Ah, hari ni cuti. Nak buat apa ye? Lepak sensorang kat sini, buhsan gak. Internet ada, tapi tak larat nak main. Toksah kata nak chat, nak tekan keyboard pun tak mampu. Siyol. Bintik merah makin banyak. Urghh... ngeri beb, ngeri. Lebih kurang 9.30 pagi gua call Dr. Raha. Nak tanya pasal result darah semalam. Macamana diorang check darah? Apa yang dichecknya? Sebenarnya, dalam darah ni kan mengandungi beberapa jenis sel. Macam sel darah merah.. sel darah putih.. plasma darah dan platelet. Ujian darah adalah ujian untuk mendapatkan bacaan bilangan platelet tadi. Standard bacaan bagi seorang manusia sihat, normal.. adalah antara 150 hingga 500. Doktor cakap darah gua 134. Aiseh, maknanya gua tak normal laa... hek hek hek! Doktor soh gua gi check lagi sekali hari ni. Ah sudah, kena injection lagi nampaknya! Takpe Mie, takpe... tak mati.

Dalam keadaan pening, tak bermaya, sejuk-panas... gua kuatkan semangat untuk drive. Nak mintak tolong sesapa takde orang lak. Semua orang keje. Dari pegi klinik, balik semula ke Gombak... macam macam hal jadi. Dengan nak terbabas nya, hampir terlanggar bontot kete orang nya dan hampir hampir terlelap masa drive... akhirnya selamat sampai. Doktor kata result petang nanti dia bagitau. Hmm... sementara menunggu petang, tak ada apa yang gua boleh buat melainkan... tido. Huh! Apapun, tambah lagi MC 1 hari. Hahahaha!

Belah petang, doktor call. Result darah gua jatuh. 127. Doktor soh gua datang lagi esok. Ammaaa... inject lagiii!!! Takutnyer... takutnyer...

3 Julai.

Lepas ambik darah lagi sekali, gua terus balik umah kat Ukay. Tak larat dah nak tido kat Gombak. Habis sakit sakit belakang. Hari ni nak tido kat tilam sendiri la plak. Huyyo, bestnya! Demam dah kurang. Kire bolehla nak panjat tangga rumah gua tu sampai tingkat 5. Cuma bintik merah banyak lagi kat badan. Buat gua segan nak kuar rumah jer. Sepanjang hari gua tak ke mana, just lepak lepak kat rumah layan tv jer la. Pastu tido. Ya, tido... aktiviti utama gua. Hahaha.

4 Julai.

Tidoooooo!

5 Julai.

Wahahaha... MC dah habis. Isnin masuk keje gak walaupun badan penuh ngan bintik merah lagi. Apa nak buat, ni la nasib seorang manusia yang jadi kuli nih. Sesampai kat opis, gua terus gi jumpa Dr. Raha. Nak tahu result darah yang ditest Sabtu lepas. Sesambil tu nak kena ambik darah lagi sekali.

Doktor kata result jatuh lagi. Kali ni 124 lak. Huh? Tapi bila dia tengok lengan gua masa nak ambik darah tu... dia kata tak payah lak. Tengok semacam ada perubahan kat badan gua, dari besar besar bintik dah jadi kecik kecik dan makin kurang. Gua yang tengah kecut perut takut kena inject apa lagi, terus jer setuju. Selamat tangan gua, hohoho. Isnin tu, gua dah tak kena cucuk lagi... Yeay! Ahahahaha.

2 plastik pil penahan selesema, 1 botol ubat batuk, sepaket panadol 10 bijik dan 3 jenis pil antibiotik. Semua tak habis. Alhamdulillah... berkat makan ubat yang doktor kasi, CAMPAK berjaya dicampak keluar. Syukran!

03 July 2004

MY SONGsLIST

Cuba lu orang soh bebudak metal nyanyi lagu jiwang. Jiwang karat. Tak pun jiwang meleleh. Dengan syarat nyanyi depan orang ramai. Mati idup balik mamposs diorang tak nak. Selalunya alasan yang bernas.. layan metal jiwa pun kena la metal. Tak gitu? Asyik dok layan lagu metal, sampaikan tak ambik tau pasal lagu lagu slow, jiwang... lebih lebih lagi lagu Melayu. Huh! Pastu cakap tak tau nak nyanyi lagu jiwang. Tipu ah. Cuba bawak masuk KTV sekali tengookkk... Hehehe!

Hanya dari pemerhatian gua saja, termasuk sedikit pengalaman peribadi. Anyway, nak tanya sket. Lagu apa yang ada dalam PC lu orang? Melayu? Omputeh? Lagu yang macam mana lu orang dengar? Rock? Dangdut? Pop? Metal? Ghazal? Nasyid? Ada orang pernah kata kat gua, sedikit sebanyak kita boleh juga tau peribadi seseorang melalui lagu lagu yang diminati dan didengarinya. Tak pasti. Tapi, kalau betol kata orang tuh... Nah, senarai lagu yang ada kat gua dan selalu dengar masa kat opis [dalam kete juge, heh!].

Klik sini.

Well, how come?

01 July 2004

Majlis Rudy-Insyirah, Banting

Gua paksa otak gua ingatkan semula peristiwa konvoi ke Banting tempoh hari. Tapi malang, hanya seciput data jer yang dapat diingat. Yang banyak banyak tuh, ntah ilang ke mana. Biasakla kan, pakai cdr gred B... data lost lama lama nanti. Kalau nak data terus kekal kat cd, pakai la cdr gred A. Lagi afdal kalau ada tulis, mengandungi PLATINUM. Heheheh.

Tak lah. Gua tak tulis entry kat cdr la. Itu analogi semata mata. Maksud gua... lain kali kalau nak updet entry, updet lah awal awal. Masa ingatan tengah fresh. Tak pun masa baru balik dari Banting jer, terus tulis. Tapi kerana sifat gua yang ala ala pemalas sket nih, hari ni baru gatal nak menulis. Orang lain nyer entry dah basi dah. Ntah ntah dah kena tindih ngan berapa puluh entry baru, huhuhu! Apa la malang nasib gua nih. Kalau selalu macam nih, tak ubah macam nak belajar jadi nyanyuk la plak. Waaarrghhh!

Okeh, dah. Takyah nak merapu panjang panjang. Rugi masa beb. Gua ngantuk giler nih. Skang dah kul 12 tengah malam. Sat lagi nak tidur. Tak boleh stay lama lama. Badan gua tengah tak sihat nih. Hmm... kat mana nak start ye?

Erm... err... aarr... hmm... ah, payah sunggoh nak start bercerita. Macam nilah, sesapa nak tau... lu orang tengok je la gambar kat bawah tuh. Sekeping gambar bukan ke menceritakan suatu peristiwa dengan lebih berkesan berbanding kata kata menggunakan 1000 perkataan? So, kat bawah tu ada beberapa keping gambar. Cuba lu orang darabkan ngan 1000. Banyak. Then, tak perlu la gua nak menulis panjang panjang lagi. Adil kan? Ehehehe...


Masa kecik kecik dulu takde orang bagi hadiah kat Napang. Kesian kan... ;p



Purbe & Mat jan - Nah, model majlis! Boleh la tuu... murah murah, heh! -



Purbe, Mat Jan, Gua, Rudy, Salji, Lan - Pssttt... Rudy, boleh aku tikam kau sekali tak??? -



Paling 'mahal'... ahaks!



Antara yang hadir ke majlis. Ramai lagi sebenarnya, tapi memasing sayang nak tinggal meja. Takut nasik kena kebas. Ahahahaha...



Ni lah masalahnya kalau jadi jurugambar. Gambar sendiri lak takde. Rugi.. rugi..



Gua & Kak Ungku - Si abang bergambar ngan adiknya. Comel tak? Eheheheh... -


Sesi bergambar berakhir hampir jam 5.30 petang. Ramai yang bertolak pulang. Ntahlah, mungkin semua kepenatan. Mungkin kepanasan. Mungkin juga kelewatan. Namun yang pasti, gua gak yang kelaparan. Uhuhuhu. Tak dapat gua nak melantak habis habisan. Ni gara gara malas beratur punya pasal laa... Sekali bila orang yang beratur dah takde, nasik ngan lauk pun takde jugak??? Nak balas dendam punya pasal, gua minum sirap limau puas puas. Err... 5 ker 6 gelas ye? Lupa lak. Peh, kembung guaaa... ;p

Ahli ahli geju ni memang terkenal ngan suka berpoya poya. Yelah, dah konvoi beramai ramai ke umah Rudy pun masih tak cukup. Tak puas dengan melepak kat Banting, beberapa kerat dari kalangan kitorang sambung melepak kat taman rekreasi air, taman wetland putrajaya.

Seperti biasa, gua nak 'cut cost'. Malas membazir perkataan. So, nah! Ambik lagi 4000 patah perkataan. Ahaks!


Baru lepas main batu. Err... batu seremban.



Langsat, Najmi, Gua - Ops..! Bukan anak bini gua nih. Gua bujang lagi beb! -



Purbe, Ep, Mushroomcute - Apa la yang Purbe baca tu? Oit, tengah plan nak buat anak ker? -



P-nut, Tokei Pajak, Mat Jan - wajah ceria 'kroni' di senja hari -


Lagi di sini.

Sebut pasal taman wetland, teringat gua kat aktiviti untuk international webblogger's day itu hari... tapi sampai sekarang, satu habuk entry pun gua tak tulis. Takpelah, tahun depan ada lagi kan? Nanti gua tulis tahun depan ye? Har har har.