[GESBUK?]

31 August 2004

M. Nasir - Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Sumber::liriklagu.com

Renung renungkan...

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-47!

29 August 2004

Sedikit Ilmu

Pada mereka yang menggunakan servis Blogger, gua tau lu orang tentu tension ngan banner kecik kat bahagian atas tuh. Setelah menuntut ilmu sebulan di gua hantu, gua berjaya menemui cara untuk menghilangkan sumpahan Blogger kat atas tuh. Ini pun dengan bantuan puteri puteri Bunian yang menemani gua bertapa kat sana, ahahahaha!

Kalau dulu lu orang semua taruk <*noscript*><*body*><*/noscript*> ni selepas <*/head*> atau sebelom <*body*>, sekarang lu orang kena ubah sikit jer. Cut balik coding <*noscript*><*body*><*/noscript*> nih then paste selepas tag <*body*>. InsyaAllah ilmu ni tak makan diri pengamalnya. Hehe!

Semoga berjaya!

//Tanda * diletak bagi mengelak dari seluruh coding template gua jadi bengong...

27 August 2004

<nyanyi>balik kampung... ho ho ho balik kampung... hati girang..!!!</nyanyi>

Malam ni balik kampung ngan abang gua. Yahoo! Sonotnyaa... Dah lama tak balik. Rasa macam kena buang daerah lak, ahaks! Anyway, balik ni pun pasal sepupu gua kawen. Apply cuti 2 hari campur Ahad ngan Selasa, peh... best! best!

24 August 2004

Borak '0'

Gua: "Jib, kalau anjing kaki pendek kita panggil Hush Puppies. Ayam kaki pendek kita panggil Ayam Katik/Serama. Kalau kuda kaki pendek kita panggil Ponny. Kalau lembu kaki pendek kita panggil apa?"

Najib: "Babi!"

Masa

Sebenarnya dalam masa sehari ada banyak perkara menarik yang berlaku dalam hidup gua. Tapi nak tulis satu satu tu yang maleh tuh. Ada masa cerita yang nak ditulis terlalu panjang, ada masa sifat malas melanda, ada masa mood ilang, ada masa tak larat.. penat.. ngantuk.. ada masa tak cukup masa. Ada juga masa yang tak ada masa. Aik, macam mana tuh??!!

......................


Seminggu dua ni gua banyak habiskan masa ngan Najib jer. Kalau cuti jer, tentu gua lepak umah dia. Hari hari keje pun selalunya macam tu gak. Balik jer keje, tak tau nak buat apa. Pastu tercongok la kat umah dia. Tak buat apa pun sebenarnya... Kitorang lebih banyak buang masa kat kedai mamak sambil lepak lepak mentekedarah. Port kitorang, Al-Maju Sri Rampai. Kalau tak nasik putih kuah madu... kitorang pekena roti boom. Pergh, roti boom... sedap sehingga menjilat meja!

Semalam masa lepak umah dia, kitorang sempat layan CD lanun AVP [Aliens VS Predator]. Tak expected lak diorang nak pasang masa gua datang. Gua dah janji ngan si Najib nak layan AVP kat TGV lepas Merdeka Day nih. Alih alih ada CD lanun lak. Gua ni yang sememangnya iman nipis terus jer terpesona ngan daya tarikan citer tu lalu menjadi salah seorang partner join sekaki. Hehe. Apa pun, gua tetap ngan janji gua, nak kena tengok jugak kat TGV. Gua still tak puas hati ngan kualiti gambar dan sound tu. Gelap semacam jerr...

Tadi, Rudy call gua. Ada benda best katanya. Ingatkan apa, rupa rupanya dia ada 2 tiket pree untuk tayangan perdana jam 9 malam ni kat Sunway. Citernya? AVP daa... Ah sudah, macam mana nih? Gua dah janji ngan Najib nak layan kat TGV tapi kalau gua tengok malam ni... lain kali dah malas dah. Lagipun, bukan selalu dapat tengok wayang pree. Ahahahaha! Nak tak nak? Tak nak? Nak? Nak tak? Tak nak?

Ayoyo... pening juga ini macam!

Muktamad. Kena tengok! Ngan najib tuu, nanti pikir kendian. Heh!

22 August 2004

MI

Arrghhh... Fahmy kena kick out. Kenapa? Kenapa? Patutnya si Saiful [Pretty Boy/Jambu] tu yang patut kena kick out. Hampeh la penonton MI [Malaysian Idol] yang menyokong Saiful. Tak reti tengok kualiti, tahu nilai orang ikut paras supa saja ker? Cis! [Aik, ter'emo' jap! ;p]

Camping

Kepekatan malam disimbah bunyik bising deruan enjin sebuah Waja dan 2 buah Perdana V6 menghala ke puncak Gunung Brinchang, Cameron Highland dengan 2 dalam satu tujuan. Nak bercamping dan menyambut hari jadi boss gua nun jauh di puncak gunung. Apa boss gua ni dah buang tebiat ker??? Macam tak ada tempat lain lagi dah. Well, gua tetap nak ucapkan jutaan terima kasih pasal ajak gua join sekali. Kalau tak, takdela kenangan di puncak Brinchang tuh.

Cerita ni gua malas nak taip banyak banyak. Gua dah wakilkan beribu ribu perkataan dalam beberapa keping gambar. Nak tengok?

Klik sini.

20 August 2004

Kantoi?

Minggu lepas masa layan boling ngan bebudak tu kat Flamingo, gua ada menerima sms dari ntah sapa ntah. Mulanya ingat orang silap nombor pasal nombot tepon yang tertera pada skrin pelik semacam. Ya, bukan nombor tempatan. Nombornya bermula dengan +44781...

"Weh Imie. Aku jupo blog mung. Mung dok mano loni? Edi Tal 7."

Huk alloh, Edi? Waaarrghhh...

Isk... pecah lobang! Nampaknya seorang member gua merangkap jiran sebelah rumah dah jumpa blog gua. Heran gua, macam mana la dia boleh jumpa. Pada hal nama gua ni dah cukup seksa orang nak eja dan menyebutnya. Tapi nak buat macam mana, alang alang dah tau tu...

"Woit Edi, lu nak baca lu boleh baca. Tapi jangan lak di'sureheboh'kan sehingga ke telinga ketua kampung. Gua malas balik kampung nanti orang kampung pakat palu kompang dan sediakan pulut kuning. Letih gua nak melayan. Hahahaha!"

Lagi satu sms yang gua dapat dari Edi..

"Aku still di UK la. Still on moving towards life. With f**kin scousers around!"

Hmm... dah lama banget tak jumpa mamat nih. Weih, raya puasa tahun ni balik lah. Jangan lupa bawak balik minah salleh sorang untuk gua. Tak nak yang cun cun, ala ala Drew Barrymore pun jadilah, ahahahaha!


19 August 2004

Lagi Lagi Teater

Lagi sekali gua berpeluang menonton teater di panggung MTC bersama sama beberapa kerat bebudak GJ dan teman teman rapat. Seperti biasa, masuk adalah free. Tapi lu orang jangan tersilap, free itu hanya untuk gua dan kroni kroni terdekat sahaja. Ini kerana nama kami telah pun termaktub utuh dalam carta senarai-nama-yang-asyik-nak-tengok-free-jer! Har har har. ;p

Teater ni bertajuk Tart Nenas. Jalan cerita yang tak berat, penonton tak perlu nak perah otak pikir apa apa makna yang tersirat di sebalik ayat tersurat. Semua mesej yang nak disampaikan jelas melalui jalan cerita dan dialog. Paling bangsat pun, penonton hanya perlu pikirkan apa kaitan diantara tart nenas dan jalan cerita saja. Seimbas lalu, tart nenas ni sebenarnya hasil karya seni yang menggabungkan semua perasaan sedih, marah, tak puas hati, tension dan sebagainya. Kerana itulah formula untuk menghasilkan kuih bermutu ni adalah CINTA + NAFSU = GILA. Betul ker? Ntahlah, ini apa yang gua paham jer. Nak betul betul pasti, lu orang kena la tanya Bijou [atau nama sebenarnya, Junaidah. Ahahahah!], awek yang berjaya mencipta formula dan kuih tart tuh, hehe.

Sepanjang menonton teater tuh, mata gua tak lepas pandang Juwita dan Awang. Bukan. Gua bukan pandang Juwita pasal dia cun dan body pun masyuukk... Gua sebenarnya terkenangkan salah seorang classmate gua masa sekolah menengah dulu. Rupa paras yang hampir sama. Ya, sama cun sama manis. Cuma malangnya sahabat lama gua tuh sedikit bermasalah. Tak perlulah gua ceritakan apa masalahnya, cukupla selama mana diorang dah menanggung malu ngan jiran setempat. Awang lak.. dari suara, cara bercakap, bentuk badan yang kurus dan rambut kerinting tu mengingatkan gua pada member sekolej, merangkap junior gua masa zaman sekolah kat UTM dulu. Sani namanya, berketurunan Banjar. Gua agak si Awang ni pun berketurunan Banjar gak lah. Ish... nanti gua nak jumpa Sani la, nak cerita pasal dah jumpa pelanduk yang sekor lagi, ahaks!

Apa pun, Tart Nenas cukup menghiburkan. Kelakar dan sinis. No wonder la berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan teater masa Festival Teater 2-3 bulan lepas.

Cakap, cakap juga... jangan lupa ucapkan ribuan terima kasih pada si dia yang bersusah payah memilih nama kita antara yang termasuk dalam carta yang gua sebutkan tadi.

Well, Nida... trimasss bebanyak.

Ingat kata kata Pak Leh, "Hidup tanpa cita cita umpama hidup tanpa jalan cerita."

18 August 2004

+ Baru lepas updet offline entry untuk 7 Ogos dan 15 Ogos. Check it out!

17 August 2004

Uwaaa... cinabeng nyer kete tuh. Tak pasai pasai kete gua kemek skit kat bahagian depan tayar kiri. Nasib baik takde kesan calar. Hanya kesan cat kaler putih kete tuh. Tapi gua selamba jer sapu pakai tangan dan terus ilang macam sapu bedak jer. Kete apa ntah gua pun tak ambik tau sangat. Tengah laju punya pasal, malas ah nak berenti. Tengok pada driver kete tu macam berenti tepi jalan konon konon nak mintak maaf kat gua. Tapi gua malas nak panjangkan lagi hal yang tak berapa best nih, gua just lalu sebelah diorang then diorang angkat tangan tanda minta maaf. Gua pun angkat tangan gak... tanda "tarak hal la beb!". Tak pasti berapa batang tiang plastik kuning belang putih tu gua rempuh. Patah gua agak. Tak pun tumbang tak bangkit bangkit... Isk... Nasib baik tak pecah bumper depan. Kalau tak terbang lagi sen bulan ni. Pada hal Isnin 2-3 hari lepas baru jer habis dekat 400 hinggit gara gara tukar tayar belakang sepasang campur servis. Kopak gua. Huhuhu!

Sapa yang salah sebenarnya...

15 August 2004

Pendek pendek jer laa...

//Adusss... sakit sioottt badan gua. Habis seluruh badan sengal sengal lebih lebih lagi tang punggong, lengan dan paha. Konpem pasal archery kat Big Shot Maju Junction dan bowling kat Flamingo semalam. Archery gua bukan kalah... cuma tak menang jer. Mata tertinggi [takde laa tinggi sangat pun!] jatuh kepada ntah sapa yang perasan dia jadi Robin Hood [Yang perasan tu tau lah sapa, ahaks!]. Well, bukan nak bermegah megah tapi ada sedikit perasaan riak. Yaa... gua menang bowling untuk pusingan kedua. Pertama? Err... yang tu sesi memanaskan badan tak payah la kire. Kan? Hehhee...

//Hari ni petang petang gua melepak kat opis pasal nak kena siapkan satu tender. Ada laa beberapa part nak kena setelkan. Masa sampai opis, Shima dah ada. Tapi dia tak lama pasal kul 6 kena buat part time kat Ayamas lak. So tinggallah gua sensorang menunggu boss gua yang tak sampai sampai. Dekat kul 7.30 boss sampai gua dan gua blah dari opis kul 8 malam. Claim Mie... claim... [Uh, mestiii...!]

//Datang Gombak jap, umah abang gua. Nak repair PC dia yang ntah apa rosak. Sakit jiwa gua dibuatnya. Dah pat belas ratus kali install Windows tapi tetap macam tu gak. Last last ok gak. Dah dapat masuk Windows cukuplah. Internet... esok esok lak. Gua kire modem DSL tu yang problem. Huh, pc... pc... tak sampai setahun dah kondem??? [Suruh tukar baru la tuu...]

//Boss call soh datang opis balik pasal ada perubahan kat harga. Mak aih, dah kul 10 malam ni takkan nak datang opis lagi? Apsal la tak bagitau siang tadi. Hawau tol. Gua kena datang pasal harga tu perlu diubah secara online kat dalam sistem ePerolehan menggunakan smart card yang gua pegang. Gua malas buat keje 2 kali. Datang opis... balik. Pastu datang lagi. Kalau dekat takpe gak. Ini menapak jauhnya. Waktu sengkek macam semua orang akan berkire pasal minyak kete. Konpemmm! Discuss sikit sikit, then boss gua janji nak jumpa kat somewhere area Kampung Baru. Gua hanya perlu serahkan smart card tu kat dia, pastu pepandaila dia buat sendiri. Kat umah dia pon boleh buat, janji ada internet.

Perut lapar. Nak makan kena berteman. Gua call Najib ajak temankan gua ke Kampung Baru.

Gua: "Lu dah makan ke blom?"

Najib: "Dah. Baru jer."

Gua: "Hak ellaa... Dah ker? Sensorang la gua jawabnya!"

Najib: "Takpe, yang tu untuk pagi nyer. Malam nyer belom lagi."

Canteekk... Dan kami sama sama ke Kampung Baru untuk menikmati juadah sesambil menunggu boss gua sampai. Kami lepak kat kedai makan Kak Som. Seperti biasa kalau lepak kat situ kami akan ambil meja belah luar. Disamping angin yang masyuukkk, kami juga berpeluang mengusha awek awek yang lalu lalang dan yang tengah mengorder nasik. Kire meja tu baekkk nyer port lah. Banyak mat mat motor yang lalu lalang depan kedai tuh bonceng awek yang seksi seksi. Kire nak tayang awek ker apa...

Gua: "Jib, kau tengok diorang tu. Bawak awek sana sini. Seksi lak tuh. Ni tentu pakai apa apa ilmu mengayat nih. Tak boleh jadi nih, aku pun nak belajar ilmu gak ah!"

Najib: "Itu la pasal. Err... kau nak belajar ilmu apa?"

Gua: "Ilmu hisab. Ahahahahaha!"

Najib: "Hampeh! Ingatkan nak berlajar ilmu batin ker.. ilmu pengasih ker.. Sekali ilmu hisab? Ciss!"

Sebenarnya gua saja nak melawak ngan Najib. Memandangkan dah lama lepak sana, masing masing dah kering idea... tak tau nak sembang apa.

Najib: "Mie, nanti kalau kau ada awek, kau buat la macam diorang gak. Tayang awek sana sini. Tapi diorang pakai motor senang orang nak nampak. Kau pakai kete, susah sket tapi ada cara dia.."

Gua: "Macam mana?"

Najib: "Kau taruk awek kau atas bumbung!"

Keypadlock. Dia kenakan gua balik. Takpe.. takpe.. Lebih kurang kul 12.30 kitorang blah dari kedai Kak Som. Perut dah kenyang, mata dah kenyang.. apa lagi? Balik tido la beb. Esok keje.

Anyway, mana boss nih???

13 August 2004

Tender & Perut

Gua tengok jam... Alamak! Kul 12.10 tengah hari. Ah sudah... habislah. Tentu syarikat gua dah tak layak untuk dapatkan tender tu. Salah satu syarat wajib untuk dapatkan apa apa tender, MESTI hantar dokumen tender sebelom jam 12 tengah hari. Tapi, 12.10 gua masih lagi dalam kete, tengah best melayan parking kete. Kalau dekat ngan pintu masuk ke Institut Infotech Mara tuh takpe gak. Ni sah sah kena menapak jap lagi. Kat situ saja dah makan banyak masa. Kali ni gua gamble jer. Gua yakin syarikat gua tak dapat tender tu pasal dah langgar syarat. Tapi gua tak nak balik opis semula berbekalkan dokumen tender yang tak terhantar tuh. Apa nak jadi sekalipun, mesti balik opis ngan tangan kosong. Kalau boss gua tanya dah hantar ke belom, sekurang kurangnya dapatlah gua jawab, dah! Boss pun konpem tak bising nyer. Walaupun sebenarnya dia dah banyak lepas tangan, huh!

Dalam dok berlari menuju ker pintu masuk, kepala gua lak ligat dok pikir idea idea bernas dan berilmiah yang sepatutnya gua kuarkan masa nak ayat kakak kakak Infotech tu, kot kot boleh hantar dokumen tender tu tanpa sebarang soalan cepu berlian. Agak agak kalau diorang tak nak terima dokumen syarikat gua, gua plan nak cakap macam ni jer...

"U ambik jer la dokumen ni. Terima tak terima belakang kire. Yang pasti I tak nak bawak balik semula ke opis. Kalau U rasa nak buang dalam tong sampah pun I tak kisah, tapi jangan la buang depan depan. Kecik la hati I nanti."

Huhuhu. Berilmiah sunggoh ayat gua, ahaks! Tapi lain lak jadinya. Mungkin disebabkan masa tu dah kul 12.30 dan diorang lunch awal, maka opis tu dibiarkan kosong. Takde orang. Takde orang maknanya takde la soalan soalan maut. Gua tengok ada 2 bijik tong untuk petender petender hantar dokumen tender tuh. Dua dua tong ada 2-3 fail jer? Aikk??? Takkan sebanyak tuh jer? Mana yang lain? Ah lantaklah, gua malas nak dok lama lama kang nanti datang sesapa officer diorang, kantoi lak gua hantar lewat. Last last gua campak jer dalam tong tu dah blah. Dalam hati, "Ahh... lega....!!!"

Hmm... dah dekat kul 1. Lunch time. Kalau balik opis takde port best nak melahap. Teringat yang Maju Junction dah tak jauh dah Nida pun keje atas menara TH tu jer... Call Nida dan tunggu dia depan Coffee Bean. Err... Coffee Bean ker Starbuck haa? Isk... muda muda lagi dah nyanyuk. Nak kena selalu makan kismis nih. Isk...

Kitorang lepak makan kat food court kat tingkat atas tuh. Mula mula gua macam malas nak makan pasal perut tengah sakit. Memulas... Pikir malas nak bagitau tapi bila diajak ajak Nida supaya menjamu selera...

Gua: "Err... Nida. Sebenarnya, aku sakit perut nih. Memulas..."

Nida: "Aku pun sakit perut gak. Tapi aku PMS. Kau lak apa?"

Gua: "Aku SPM."

Nida: "SPM tu apa?"

Gua: "Sakit Perut Memulas!"

Burrpp... Alhamdulillah!

11 August 2004

Melalak

Isk... tak larat siooott nak bangun tido pepagi nih. Ni tentu gara gara terlebih guna tenaga untuk aktiviti membuang masa dan duit semalam! Bukan buat keje berat apa pun...

Planning asal nak lepak umah Najib kejap jer sambil burn beberapa keping CD Rotting Christ untuk Mutu, housemate si Najib tuh [Mutu di sini adalah seorang Melayu :) ]. Gua betoi betoi tak paham ngan Mutu nih. Dalam banyak banyak lagu bawah tanah yang gua tunjuk kat dia, Rotting Christ jugak yang dia minat. Memandangkan gua sentiasa sengkek sejak akhir akhir bulan ni, sempatlah gua buat bisness ngan dia. Dia mintak gua carik semua lagu dari semua album band feveret dia tuh. Ah.. itu semua kacang saja! Sekali gua donlod kat internet siap dapat lagu lagu yang langsung tak pernah di'released' kat kedai. Terkujat beruk si Mutu, hahaha. Hambik kau, ahaks! Mutu dah janji nak bayar 5 hinggit untuk satu album. Gua dapat 9 album, lu orang kira sendiri ah beb! Cukup untuk menampung perut gua dengan Pizza dan nasik ayam kuah madu, huargh huargh huargh! Ada sesapa lagi nak purchase ngan gua? ;p

Perut makin lapar... Najib pun tak makan lagi. Baru jer melangkah kuar dari umah diorang, si Neng lak ajak gua gi Ampang. Sebenarnya gua dah tahu, kalau gua follow.. mean ramai bebudak lain boleh ikut sama. Pasal... gua drive. Mat, salah seorang member yang sama melepak kat umah Najib juga bawak kete. Hmm... ramai boleh follow nih. Tentu ada projek mega nih! Bila ditanya, seawalnya bebudak tu tak nak bagitau gua tujuan sebenar. Tapi diorang tak kenal siapa gua sebenarnya. Silap orang la beb nak berahsia rahsia ngan gua, huh! Tengok keadaan 2-3 kerat yang tak tau tempat, last last Neng bagitau jugak. Diorang nak gi jamming jer sebenarnya. Hak ellaa... itu pun nak berahsia ker? Bila gua tanya nak main kat mana, Neng kata area Ampang. Dia sendiri tak pasti mana nyer tempat. Sekali gua sound dia..

"Kau nak main kat studio mana Neng? Setahu aku kat Ampang tuh ada 3 studio jamming yang pernah aku sampai. Tak tahu la skang ada studio lain yang baru bukak. Yang aku tau.... satu Sham Visa punya, satu Heaven Studio dan satu lagi sebelah flyover Jalan Ampang tuh!"

Neng: "Whoaaa... kau pun tau jugak ye Mie?!! Aku ingatkan kau tak tau!"

Ni yang gua lemah ni. Bila orang kata macam tu terpaksalah gua membanggakan diri. Orang bangga diri kena gelak kuat kuat. Bwahahahahah!!!

Kat Ampang, kitorang masuk satu studio yang baru bukak. Okeh, gua mengalah. Studio yang ni gua tak pernah masuk. Bila ditanya, waktu yang kosong hanya pada pukul 2 pagi. Gila siottt... takkan nak jamming pagi pagi buta? Kalau esok cuti takpe gak. Ini kul 9 pagi nak kena ada kat opis. Kensel yang tu, kitorang gi studio lain lak. Sham Visa nyer, kul 2.30 pagi baru ada kosong. Heaven, tutup. Nampak pintu grill terkunci rapat jer.... Yang seberang jalan tu dari jauh dah nampak gelap. Sah sah tutup, tak payah nak menapak gi tanya ada ker takde. Bebudak tu semua dan tension semacam. Gua ingat nak ajak diorang try kat area Pandan Indah, tapi blom sempat gua nak masuk gear 2 tetiba ternampak beberapa kelibat pemuda pemudi harapan bangsa keluar dari satu bangunan bersebelahan studio pertama yang kami usha. Ada seorang berjalan sambil bawak gitar. Ini tentu baru lepas jamm nih! Ju Bak ngan Neng terus naik atas usha apa apa yang patut. Dan sesungguhnya rezeki tak kemana mana. Ada satu lagi studio baru dibuka sebelah menyebelah. Dan tanpa membuang masa... diorang terus membelasah segala instrument yang ada. Bingit beb! Gua tak tahan ngan sound yang dibawak diorang. Bukan kerana speaker yang terlalu membingitkan bisa mencairkan taik telinga yang tersumbat nih, tetapi kerana permainan yang boleh dikatakan teramat hebat umpama ungkapan, "saya ingin menyumbangkan lagu". Ya... lagu itu berjaya disumbangkan. Gua kira nasib baik Paul Moss ngan Roslan Aziz tak ada. Kalau tak, dah tentu mereka berdua teruk kena belasah. ;p

Sesi menyumbangkan lagu berakhir pada pukul 1.30 pagi. Kami melepak pula di restoran Di Kayu Nasi Kandar bersebelahan restoran NZ Wangsa Maju. Masing masing mengisi kantung setelah berpenat lelah mengeluarkan suara ala ala Bandi Amuk. Peh... tak sangka gua, 3.30 pagi baru sampai umah. Dan secara automatik, gua berjaya pitam tanpa sebarang pertolongan ubat tido.

Malang Berbau Busuk

Untungkah kalau kita mampu menghidu malang?

Ondeway nak gi keje semalam, sempat gua tengok satu keajaiban. Sebuah kereta Proton Iswara berada di tengah tengah pembahagi jalan antara flyover Jalan Ampang nak ke Pandan Jaya. Sebatang tiang lampu menjadi saksi bahawa Iswara tu sudah menyondolnya. Kalau Iswara tuh boleh diibaratkan seperti manusia, dah lama dia jadi arwah. Yang buat gua tertanya tanya, macam mana Iswara tu boleh terangkat sebegitu tinggi? Pembahagi jalan tu bukan serendah lutut kalian. Hampir hampir paras dada tingginya. Terlalu susah untuk diterangkan di sini. Patutnya gua pertontonkan sekeping gambar sudah memadai. Tak perlu lagi nak bersusah payah bercerita 1000 patah perkataan. Namun melepasnya peluang gua apabila kamera tiada di sisi. Huhuhu!

Hari ni, satu lagi keajaiban di depan mata. Di awal pagi masa nak gerak ke tempat kerja masing masing, gua ngan Rudy bertolak sama sama. Gua ngan Lamborghini kelabu gua, Rudy ngan skuter hijaunya. Kami racing. Keajaiban di sini bukan pasal 2 tayar mampu mengalahkan 4 tayar tapi disebabkan satu kejadian baru berlaku di hadapan. Kalau dulu [juga masa ondeway nak gi keje] di selekoh bersebelahan Ukay Food Court tu sebuah kereta Proton pernah tidur terbongkang ngan keempat empat tayar ke atas, hari ni lain sikit. Sebuah BMW 3Series kelihatan tengah berenang kat tengah tengah longkang besar juga sebelah Ukay Food Court tuh. Ringkasnya, dalam longkang bawah jambatan. Konpius! Macam mana kete tu boleh berada di situ? Gua agak, driver memandu terlalu laju gamaknya. Buta ker apa pemandunya? Takkan longkang sebesar besar bagak tuh tak nampak? Apa yang boleh gua simpulkan, kete tu melompat macam Spiderman kehilangan aura dan terus menjunam ke dalam longkang besar tu tanpa menyentuh rumput dan pagar longkang. Buktinya, pagar elok rupa parasnya... tiada rumput dan bunga bunga penghias divider tercabut merata rata. Hanya kesan brek kat atas jalan tar dan beberapa cebisan bumper yang terkoyak semata mata.

Rudy: "Mie, tikam nombor ada harapan nih!"

Gua: "Apsal? Apa nombor dia?"

Rudy: "7778. Cantik nombor."

Jommm! Hahaha. Err... takdelah, lawak jer. Mana ada gua main nombor, tak baik tuh. Tuhan marah.

Gua berenti tak lama. Menyedari waktu menunjukkan 8.55 pagi, gua hanya ada 5 minit saja untuk sampai ke opis. Kalau tidak.... lewat. Dan hasilnya, gua masuk opis jam 9.30 pagi. Pssst... jangan bagitau kat boss gua. Buat naya jer. Hehehe.


Foto diambil dari Bernama.com

Wanita hamil terselamat kereta BMW terjunam.
Sila baca Utusan Malaysia; Khamis, 12 Ogos 2004 m/s 30. Gambar disertakan sekali.


Isk... sekali lagi peluang dilepaskan. Rugi! Tak boleh jadi ni, macam mana pun esok kena gi Gombak nih. Nak ambik kamera. Heh!

Mai Oh Mai

Dah lama tak jumpa Mai. Semenjak dibuang kerja nih, kitorang langsung tak bersua muka. Walhal dulu selalu lepak umah dia sesambil layan DVD atau Astro. Dah dapat keje baru katanya. Petang tadi, sebelom balik sempat gak dia call opis gua. Nak bercakap ngan shima, tapi gua yang angkat phone... layan borak kejap.

Mai: "Aku sakit pinggang la Mie. Dah lah penat. Baru balik dari Bangkok."

Gua: "Sakit pinggang? Wahhhh.... kuat betul. Ahahahaha! ;p Gi bangkok buat apa?"

Mai: "Ada la... keje..."

Gua: "Keje apaa...?"

Mai: "Jual dadah. Ahahahahha! Taklah, urusan keje la Mie."

Gua: "Apa??? Jual dada?"

Mai: "Siyol... tak sayang mulut!!!"

;p

09 August 2004

Dah Tua

SELAMAT HARI JADI yang ke dua puluh *toot* khas untuk teman rapat gua yang dikejauhan, cik Tasha ['cik' pasal dia solo lagi, hehhee!]. Eh, tak keluar plak perkataan tiga kat situ. ;p

Nak hadiah? Balik Malaysia dulu...

KLSentral

Tepat jam 5 petang, gua terus balik. Selalunya masa masa petang cenggini best lepak kat opis sambil layan chat. Masa ni merupakan masa puncak di mana ramai memember cyber tengah online YM. Yaa... termasuk Geng Mak Itam, hehe. Tapi selalunya jugak, gua tak dapat nak stay lama lama pun... bosan si Shima asyik dok push soh balik jer. Dia memang kena balik awal pasal dia buat keje part time, tapi gua bukannya ada hal pun. Balik awal tak buat apa pun... last last layan tido jugak. Gua nak pegang kunci opis tak nak bagi. Ni yang susahnya kalau orang tak percaya kat kita. Kenapa tak percaya kat gua? Bukannya gua pernah cilok harta opis pun! Err... kertas kertas A4 tu takkan nak berkire gak kott?!! Alahh... tak luak pun. Bukan banyak pun gua ambik buat print lirik lirik lagu tuu...

Apa pun hari ni memang nak kena blah awal. Sebenarnya gua nak pastikan sampai awal kat rumah abang gua kat Gombak. 2 sebab. Pertama, sebab tak nak miss drama bersiri A Step To The Past dan kedua, pasal nak hantar mak ngan ayah gua balik kampung. Bukan gua tak boleh datang ke KLSentral terus dari opis. Tapi niat dihati hanya kerana nak naik kete sama sama. Boleh layan borak. Kan?

Ramai orang kat KLSentral hari ni. Kebanyakannya terdiri dari student student IPTA. Yerlah... kalau tak silap gua bulan ni musim U konvo, so ramaila student ambik kesempatan untuk bercuti. Tak sangka jugak bila melihat sebegitu ramai warga pantai timur sedang menunggu ketibaan train. Nasib baik train tu tak lalu ikut Terengganu. Kalau tidak... maunya nak kena tambah lagi 10 gedabak gerabak. Heh!

Semalam lagi kami adik beradik nak hantar mak ayah balik. Malangnya masa sampai ke KLSentral, tiket untuk semua kelas dah habis. Bayangkan betapa ramainya umat pantai timur. Tiket ketapi pun boleh habis? Nanti gua nak usulkan supaya perjalanan komuter terus hingga ke pantai timur. Senang skit nak berulang alik. Laju dan selesa. Err... nak bagitau kat sapa hah? Well, silap kitorang jugak. Sepatutnya seawal sampai di KL minggu lepas mak ngan ayah kena beli siap siap tiket untuk balik Kelantan. Tapi tu lah... mana la diorang plan nak lepak berapa lama kat sini. Ni nak balik pun pasal kesian kat kakak gua nun jauh di kampung yang call hari hari mintak mak ngan ayah balik pasal tak larat nak jaga anak sorang sorang.

Sesambil menunggu masa 7.55 malam, sempat gak gua layan tv kat sana. Tengok siaran ulangan result untuk Malaysian Idol Wildcard. Bila dah bosan, gua layan usha awek awek yang lalu lalang lak. Hmm... manis manis awek awek kat sini. Tak perasan bilamana enset gua dok berbunyik banyak kali. Tengok tengok ada 3 missed call dan satu sms. Dari orang yang sama.

"Mie, antar sapa tue kat KLSentral?"

Marini??? Arrgghhh.... macam mana dia boleh tau gua ada kat sana? Gua tercari cari jugak kot kot dia saja nak main polis sentri ngan gua. Tapi tak nampak batang idung pon. Gua try call... lepas tu ternampak ada sorang awek tengah angkat enset. Bukan angkat jawab tepon, tapi angkat enset tinggi tinggi. Laa... kat sana rupanya. Bukan jauh pun, cuma terlindung dek orang ramai jer. Aisehmenn... segan plak bila nampak dia. Dalam hati teringin nak pergi tegur layan sembang tapi memandangkan family gua yang ramai tuh ditambah plak ngan kakak kakak Marini, gua tak jadi pergi. Gua call dia, cakap dalam tepon lagi senang. Padahal takdela berdiri jauh pun mana pun, segan punya pasal sanggup habiskan sen call dia. Err... depan mak kena cover sikit. Anak soleh katakannn... ahahahaha! Last last mak gua jugak sound gua, "Gi la jumpa. Call buat perabis duit jer!" Ohohohoh... tak mau lah. Segan kat kakak dia.

Tak banyak yang disembangkan ngan Marini. Sekadar bertanya khabar dan cerita terbaru. Tengah belajar kat UPSI dan ambik cuti sehari dua. Dia nak balik kampung sebenarnya. Ya, dia juga asal Pasir Mas! Maknanya dia akan naik train yang sama ngan mak dan ayah gua. Harap jangan la diorang bersembang masa kat dalam train. Kot kot nanti banyak lak rahsia pecah, har har har!

//Me rindu kat rakan rakan DDC, UTMKL.

07 August 2004

Bagan Lalang

Jauh jugak yer Bagan Lalang. Nun di pedalaman Selangor... Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Tapi puas hati. Walaupun jauh perjalanan dan memakan masa namun berbaloilah dengan tempat tu yang indah permandangannya. Pencemaran tak seperti PD, area pantai yang luas siap boleh main bolasepak, pengunjung tak ramai [tapi awek ramai, hehe...], parking senang, kedai tak banyak, kemudahan asas lengkap dan yang paling best... 'ketam angin' banyak. Boleh main kejar kejar... ahaks!

Well, pertama kali sampai memang patut gua katakan seronott. Lagipun dah lama tak bersiar siar tepi pantai. Kat KL ni mana la nak carik pantai buat mandi manda bermain air. Pantai Dalam ada laa... tapi yang tu nak buat hapa?!!

Sebenarnya kami sekeluarga datang melancong. Yaa... melancong! Apa lu orang ingat melancong hanya di luar negara saja kah??? Belah dalam pun apa kurangnya. Banyak tempat yang menarik... tunggu hati kata YA saja. Murah pun satu hal... tak gitu?

Sementelah mak ngan ayah ada kat sini apa salahnya bawak diorang jenjalan sekitar luar bandar lak. Ini asyik asyik nampak dua batang bangunan kembar seiras tu jerr... bosan gak. Bukan naik sampai atas pun. Paling jauh pun... setakat dok pusing pusing area taman dan kolam air pancut tu jer. Gua yang tak ada apa apa aktiviti sendiri follow jer. Selama mana gua lepak kat KL, ni la pertama kali jejak sandal kat Bagan Lalang. Nak harap datang sendiri... alamat ikan ikan dalam air dah beranak cucu pun belom tentu gua sampai. Heh!

Okeh cukup. Tak boleh tulis panjang panjang. Ini entry selingan jer sebenarnya. Sesaja tulis pasal nak remind diri sendiri tentang pertama kali sampai Bagan Lalang. Well, for those insider out there...

Pergilah melancong!

06 August 2004

'Siot' tu apa yer???

GIG

Gara gara lambat upload gambar ke PC, gua terlupa nak updet pasal gig Ahad lepas. Aiya! Ah belasah jer laa... janji gua boleh taruk gambar kat sini.


Hah tengok! Ganas tak? Ganas tak?



Vocalist Nemesis - Aru [Koffin Kanser]



Nah, jejaka jejaka bawak tanah! Ada yang berkenan?


Nak riview pun benda dah lepas. Lupa banyak la pulak. So malaslah nak bercerita. Yang gua takkan lupa, si Ajeeb ada sms kat gua masa gua tengah best headbang bagai nak pecah kepala...

"Akum kawan. Ni aku Ajeeb. Katne skang? Bukit Jalil?" ceh.. ingat gua kaki layan SureHeboh ker?!

"Aku kat area Stadium Negara. Tengah layan gig!" sms gua.

"Apa tengah layan gig? Gig tu apa? Gigolo ker?"

Siyol...

Anyway, majlis(?) berakhir lebih kurang jam 10.30 malam. Peh... penat siootttt!

[Metallica - Seek & Destroy]

03 August 2004

Apa beza duduk diam ngan duduk diam-diam?

Boring

Lu orang boring? Nak ilangkan boring? Senang saja... lu orang duduk depan cermin pastu lu orang tengoklah wajah sendiri. Bila lu orang tengok wajah sendiri yang hensem/cun tuh tentu lu orang rasa sejuk sket kan? Senyum senyum sket kat diri sendiri... lama lama ilanglah boring. Tapi jangan tengok lama lama nanti banyak lak dosa. Tuhan tak suka orang yang perasan dan berbohong!

Ahh... boringnya!

Undi

Ahad 2 hari lepas, gua sempat layan Malaysian Idol siaran ulangan tuh. Ntah apa yang dah merasuk gua, tetiba rasa ringan jer jari jemari gua lalu dengan penuh macho dan bersemangat menekan keypad tepon gua tuh. Dan hasilnya, satu undi untuk Fahmy dan satu undi untuk Zehra berjaya di send. Terbang singgit empat posen untuk dua undi tuh. Hmm... nampaknya gua pun dah tergoda dek undi sms nih. Bahaya nih, kena lakukan sesuatu nih! Apa dia? Tambah kredit tepon? Hampeh luu...

Well... gua tak tau result diorang. Budak 2 orang ni berjaya ke jadi antara top 12?