[GESBUK?]

27 September 2004

Piknik

Hari minggu, demi mengisi masa lapang dari terbuang begitu saja... kami telah berpiknik di Hutan Lipur Kanching. Tak updet apa apa... tengok gambar ajelah. Hehehe!

Gambar klik kat Irwandy

Ondeway pulang, hati gua rasa tak sedap. Seperti terasa sesuatu yang tak diingini bakal berlaku. Orang kata kalau kita 'galak' sangat, nanti ada laa tu benda tak elok jadi. Tu pasal gua drive slow jer; hati-hati! Namun apa yang ditakutkan tu jadi juga tapi bukan kat gua, tuh kat Cik Tipah. Kelisa birunya eksiden kat MRR2 lepas hantar barang kat umah Sepai. Hmm... hangus RM800. Banyak tuh!

Sabarlah Pah. Ada la tu beberapa dosa kau yang Tuhan nak hapuskan. Heh!

Sorang Lagi Meningkat Tua

SELAMAT HARI JADI yang ke-25 untuk 'kabel kuat teater FREE' kita, Cik Nida.

Moga anda mendapat apa yang ada inginkan dalam tahun depan [tahun depan jer lah.. pasal tahun ni dah nak habis dah, hehe!].

24 September 2004

Travel

Semalam gua travel sensorang. Ke PD. PD tu Port Dickson laa. Takkan tak tau lak? Apa raaa!!! Selepas selesai meeting kat Menara Maxis, gua terus shoot ke sana. Ada satu tender briefing nak kena hadiri. Projek PNB. Memandangkan boss gua tengah best bersuka ria di Langkawi, maka dengan secara otomatiknya gua yang akan jadi pengganti dia.

Gua mintak tolong Najib Brutal temankan, tapi dia ada keje. Mintak Li Selasih pula temankan, dia dah ada appointment. Jawabnya, nak tak nak kena jugak travel sorang sorang. Tapi bila dipikirkan balik elok juga gua gerak sensorang saja. Bolehlah pecut kaw kaw cap kapal api bila kat atas highway nanti. Kalau berdua atau bertiga, perasaan orang sebelah harus diambil kira. Nanti ada la yang menggigil nak tahan kencing tuh...

Semasa perjalanan, lebih kurang 70-80 km lagi untuk sampai ke destinasi gua kena tahan lak ngan peronda traffic. Diorang kejar dari belakang. Sudah tentu dari belakang. Kalau dari depan itu gua yang kejar diorang. Sekali rasa macam drama Roda Roda Kotaraya lak, ahaks! Mula mula kecut perut jugak pasal gua ingatkan diorang nak tahan disebabkan memandu laju. Dalam hati, "Habislah... sangkut speed trap ker?". Rupa rupanya diorang perasan no plet gua yang rabak tuh. Adengan di tepi highway sungguh menyayat poket gua. Macam macam penjelasan diberikan tapi pak polisi tetap ngan keputusan muktamad. Saman tetap saman! Aduss... nampaknya alasan baru saja eksiden tak diambil peduli.

Nak mencari Ilham Resort tu tak susah, tapi sesat jugak. Berpandukan peta buatan sendiri, lebih kurang 5-6 lorong dah redah last last jumpa jugak tempatnya. Janji briefing start pada 3.30 petang tapi orang orang dari PNB sampai dekat kul 5. Tapi tak kesahlah kan... pasal semua kontraktor yang ada bukannya nak cepat. Paling bangsat pun dah tentu ada yang plan lepas briefing terus terjun laut. Kan?

Lepas selesai lawatan tapak, gua tak terus blah. Gua pi lepak kat kawasan belakang resort tu. Cantik kawasan. Betul betul kat teluk. Patut pun nama kawasan tu Tanjung Biru. Ntah apa yang birunya tak tau laa gua. Airnya kot? Aah, ada la sedikit kebiruan... sebiru Saljubiru. Ops! Hehehehe.

Nah! Sekeping dua gambar sempat dirakamkan semasa melayan blues sensorang. Rugi rasanya tak dapat main air, heh!


Segerombolan siput mencari makan petang!



Pokok bakau rasanya... tapi view ok kan?



Cantik kan tempat nih. Tak macam Teluk Kemang, hampeh!



Mak aih, terhijau la plak. Ahahahaha!



Kat tebing. Nyaman jer... Ah ye, tengok plet kete gua. Tu jer tinggal. Bumper nampak elok jer kan? Pecah tuu...


Untuk bertolak pulang ke KL rasanya tak mengambil masa yang lama. Lebih kurang sejam setengah dah sampai. Tapi maintain laaa satu empat. Boleh? Sampai Ukay lebih kurang 8 malam. Penat seh! Apa pun travel ni seronok. Pasal apa? Claim la beb, claimmm...!!!

Rest In Peace!

Untuk seminggu ni, bermula esok gua takkan updet apa apa kerana nak kosentret ngan Festival Teater Malaysia 2004. Tanya Nida selebihnya. Gua nak pulun betul betul teater kali nih. Disebabkan setiap persembahan teater adalah dari pemenang peringkat negeri, maka sudah tentu teater masing masing adalah yang terbaik. Well, MTC... here I come!!!

22 September 2004

Silap

Gua baru jer sampai opis nih. Tadi kuar jap pi curik tulang bandar KL. Hari ni saja masa gua banyak terbuang atas jalan jer. Pi sana pi sini, penat weih! Kepala lak tengah berserabut, macam macam dok pikir. Ditambah pula lekat dalam traffic jam memang buat kepalahotak rasa berjambul semacam jer. Tension siottt! Teringat tadi sebelom gua kuar opis, Shima soh gi bayar satu caruman. "Tanya dulu Mie, boleh bayar ke pakai borang fotostat...". Shima cuba ingatkan gua. Tak banyak cakap, lepas ambik 2 form yang siap diisi dan 2 keping cek gua terus ke Jalan Ampang. PERKESO. Lepas ambik nombor giliran, gua jumpa sorang brader yang jaga kaunter pertanyaan...

Gua: "Nih bukan borang asal, boleh buat pembayaran tak?" sambil gua tunjukkan borang tu kat dia.

Mamat kaunter: "Eh bang, ni borang KWSP nih!"

Gua: "Oh yer ker? Sori..." dan terus kuar sambil buat buat call pejabat. Sebenarnya... cover!

Waarrghhhh! Kemaluannyaaaaa! Nasib baik gua orang last yang beratur so takdela sesapa dengar ayat keramat brader kaunter pertanyaan tuh. Nasib baik kat kaunter pertanyaan. Kalau kat kaunter pembayaran tak tahu la gua. Rasanya tobat gua tak nak jejakkan kaki lagi kat situ. Sumpah!

Kacau!

Lan sms kata nak jumpa gua kat rumah lebih kurang 9.45 malam. Nak bagi duit maintenance rumah ngan separuh duit gua yang dia pinjam zaman penjajah dulu katanya. Gua tidur kul 12 lebih tapi si Lan tetap tak balik balik lagi. Takpe ah, besok besok pun boleh bagi. Bukannya dok umah lain lain pun. Ye dak? Sekali budak ni buang tebiat pulak. Apakejadahnya gi kejut orang tidur kul 4.30 pagi semata mata nak bayar hutang dan nak bercerita pasal eksiden yang baru jer berlaku kat MRR2 tu. Pastu nak pinjam notebook gua jap nak buat layan citer. Nak tengok citer apa pagi pagi buta pekak nih?!! Kambeng betol la. Nak tido pun tak senang. Ilang kejap nafsu tido gua. Lan bernasib baik pasal gua bukannya Robert Bruce Banner. Huh!

21 September 2004

Sondol

Bangang nyer mamat C*na tuh. Ada ke di'brek-mengejut'nya masa tengah tengah hujan kat atas highway tu. Tak pasal pasal hancur nombor plet depan gua nyer Lamborghini. Bumper pecah. Nasib baik tak nampak sangat kesan kesan 'kepecahan' tuh. Huwaaaa... pitis lagi! Dahlah poket tengah mengalami kemarau yang panjang musim ni.

..................

Dummm!!! Lambo ku cium bontot kete depan. Suzuki Vitara barangkali. Kecik semacam jer.. Kelihatan 2 orang mamat C*na keluar. Hmm... budak sekolah!

Gua: "Apsal lu brek mengejut?!! Grr..."

Mamat C*na: "Saya mana tau. Itu kereta depan brek so saya pun brek laa..."

Senang saja jawapan dia. Gua ni jenis yang tak suka panjangkan cerita, lepas kuar dari kete... usha usha bumper then marah marah mamat tu sket pastu blah! Setel.

Hampeh. Takde sapa yang mintak maaf!

19 September 2004

Hari Minggu

Hahaha! Hari ni gua berjaya bangun tido kul 3.30 petang. Mentang mentang laa hari Ahad, langsung tak nak membazir masa tuh. Guna secukupnya. Ada orang call masa tengah best layan kepala... tapi gua tak dapat nak cakap banyak. Kepala tengah mamai, mata tak larat nak bukak... "Mmm... Aku tak puas tido lagi nih!". Satu ayat keramat dari gua. Huehuehue!

Sori Nida! Ni lah bahana kalau melepak sampai 3-4 pagi...

Promosi

Jemput melawat ke rumah baru bakal awek kawan lama gua, Cik Tasya.

18 September 2004

Hmm... ada 3 bulan lebih lagi untuk masuk tahun baru. Tak sabar nak tunggu 2005. Cerita lama dah nak habis. Bermula 1/1 gua akan bukak cerita baru... buku baru... Dan mungkin gua sendiri pun akan jadi orang baru...

[Nightwish - Until Dawn]

15 September 2004

What is Deja Vu?

"The peculiar feeling that a place, situation, person, action, or conversation is familiar and has already been experienced." - referrer

"Feeling of recognition or memory with a person, place or event that is 'new' to you. Occasionally deja vu is accompanied with precognition...you know what someone is about to say or do seconds or minutes before the event occurs. Some theorists believe deja vu is information that is received in dream state and recognized or retrieved again when coming upon the actual person/place/event." - referrer

..........................


Lewat lak gua balik keje hari nih. Ingat sharp kul 5 nak terus balik umah, mandi manda dulu pastu baru turun bukit semula. Tapi memandangkan masa tak mengizinkan, maka gua terus shoot dari opis ke Sri Rampai untuk ambik si Najib.

Sementara menunggu dia bersiap siap, gua layan TV dulu sambil borak borak ngan housemate Najib... Mutu. Lebih kurang kul 7.55 kitorang nak chow dah, tetiba Mutu tanya nak ke mana. Yelah, dia heran tengok cara dressing kitorang malam tuh.

Mutu: "Wahh... smart kau Jib, gi mana?"

Najib: "Istana Budaya, tengok teater."

Gua dah kat luar rumah dah manakala Najib tengah pakai kasut.

Mutu: "Ooo ye ker? Cerita apa?"

Gua: "DEJAVU."

Kitorang dah start nak blah...

Mutu: "Wei.. wei.. Best ker cerita Dejarum kat Istana Negara tuh?"

Gua: "Istana Budaya lah!"

Najib: "Dejavu lah!"

Lepas tu kitorang bantai gelak kat Mutu. Hangin satu badan jer dia. Tapi tak boleh buat apa dah, kitorang dah jalan jauh dah. Hahaha! Mutu senyum jer...

Diorang kata teater start kul 8.15. Gua kata teater start 8.30 ke atas. Ingat, kita Melayu. Ini janji kita, hehe.

Gua sengaja lambatkan perjalanan kete, tak pecut pecut cam biasa pasal nak budget masa ngam ngam. Ntah macam mana, jalan clear la plak. Last last sampai awal, siap boleh lepak kafe tepi tuh sambil mengumpat-mengata-mengutuk-mengeji sembang-sembang ngan 3-4 kerat yang dah sampai lagi awal berbanding kitorang. Ah, layan jer lah. Sekurang kurangnya dapat gak kenal beberapa rakan baru, ye dak?

Kumpulan kami yang datang menonton seramai 14 orang. Gua malas nak tulis nama sesapa. Kalau nak tahu, boleh klik kat nama nama yang gua senaraikan nih. Tipah, Nana, ND dan Salina nampaknya ada entry untuk Dejavu manakala Nuar, Rudy Kekure Sakti dan Sultan Muzaffar belom lagi berapdet. Tak tahu kenapa. Yang lain lain gua tak tau ada blog ker tak. Kalau ada bak mai sini la.. senang gua nak linkkan, hehhee!


Gua cilok gambar ni dari blog ND. Err.. nak tunjuk yang tangan ada cincin tu tangan gua, bukannya nak tunjuk buku tuh. Eheheheh..


Well, four thumb ups [termasuk 2 ibu jari kaki gua] untuk Teater Dejavu. Cukup menarik kerana jalan ceritanya yang tersirat 1001 pengajaran hidup. Ditambah pula beberapa adengan kelakar yang diselang selikan dengan babak babak sedih cukup menghiburkan. Gua dapati ada laa beberapa kerat menitis air mata, hohoho! Setengah jam pertama menonton cerita tu, gua ingat nak tido jer kat dalam panggung tapi mengenangkan tak berbaloi bayar RM10 [pakai 'kabel' baru dapat nih RM10] semata mata nak tido maka gua gagahkan juga mata ni agar pandang depan. Mungkin disebabkan pelakon pelakon mengambil masa yang terlalu lama untuk bermonolog. Kalau la gua ni mat indon rasanya part monolog tu tak jadi masalah sangat pasal sudah tentu gua boleh paham sepatah haram pun. Ini tak... gua ni orang Malaysia. So sedikit sebanyak bila terdengar loghat yang hampir hampir mencecah level 'pekat', tentulah boring jadinya. Nasib baiklah babak sekumpulan mat indon yang 'dressing maut' nak pegi pasar malam tu berjaya mengembalikan semula semangat nak menonton. Bermula dari babak inilah, cerita ni berjaya menjadikan penonton tak kering gusi hingga penamat cerita. So gua ingatkan pada sesapa yang terlewat 20 minit untuk menonton tu jangan sedih. Lu orang belom kerugian lagi... haha!

Perjalanan cerita memakan masa selama hampir 3 jam. Lama beb! Kebanyakan teater yang pernah gua tonton tak ada makan masa selama tuh. Kira terlebih berbaloi la ngan harga dia, RM10 tuh. Dekat kul 12 gak lah cerita tu habis. Tapi bebudak ni tak reti balik umah. Pada hal esok keje, tapi sempat lagi mengisi masa dengan sesi mengutuk-mengata ajuk-mengajuk sambil mengunyah nasik lemak Mali [Asyik Mali, Mali, Mali!].

Warrrghhh... panjang la plak ceritanya. Oklah, gua stop dulu. Tak boleh tahan laa, perut lapar. Gua blah dulu. Kalau free free lu orang klik lah kat link atas tuh, ok?

Chow Sing Chiiii...!

Gua Kegangguanan, Arrrghhhh...!!!

Gua dah dapat GT v.1 dari Nuar. Hmm... sesapa yang belom lagi cepat cepatlah. Tak rugi pun. Walaupun rata rata cerita dalam tu mostly gua dah baca tapi tak kisahlah. Untuk simpanan, sebagai koleksi... Sekurang kurang ada autograf Rudy Bluehikari ngan Sultan Muzaffar. ;-)

Anda bila lagi?!!

Ganggu lu orang! Ganggu lu orang! Buarrrghhhhh!!!

13 September 2004

Sepetang Bersama PNB-TV3

Pepagi lagi gua dah berkejar kejaran. Mana taknya, bangun tido 8.30 pagi. Gila beb, masuk opis kul 9. Setengah jam? Mana sempat! Sah sah hari ni lewat lagi. Ish... nasib baik boss gua pun jenis masuk lewat gak. Kalau tak... kantoi! Haru beb!

9.30 lebih baru sampai. Warrrgghhhh! Memang konpem kena belasah ni kalau boss tau. Masuk opis jer, nampak Shima tengah bergayut. Malas nak layan. Gua terus ambik paper dan rileks. Fuh! Lega...

Alamak, gua kena gi PNB jap lagi. Ayoyo! Janji ngan Andy kul 10. Mintak ngan Shima apa apa form atau surat yang patut bawak then gua terus memecut ke PNB tu selaju yang boleh. Tapi nak buat macam mana, Lamborghini gua nih jenis murahan nyer, so tak dapek la meribut kencang kat Jalan Tun Razak tuh. Alhamdulillah, walau lewat lebih kurang 20 minit Andy kata everything ok. Nampak dia ngan bebudak dia tengah install sound system equipments. Tugas gua kat situ tak ada pun sebenarnya, just 'on behalf' kompeni gua jer. Jadi tukang tengok dan menyibuk. Haha! Kelihatan staf staf PNB tengah decorate stage untuk program petang karang. Fuh, boleh tahan gak tengok cara diorang buat kerja. Petang karang tentu lagi gempak nih, gua pikir...

Gua: "Andy, actually I have an appointment in Putrajaya around 12 noon. So how come if I go there first, then I'll come back here before 3? This program start at 3 right?" Aduss... English ku berterabur!

Andy: "Yes.. yes.. U can go now. Program should be delay for 1 hour. Maybe they will start at 4."

Gua: "Ok, thanks!" then gua blah.

Berkejaran pulak ke Putrajaya. Masa ondeway, singgah jap kat Taman Midah. Gi Maybank, bank-in kan cek then sambung perjalanan. Gua kena jumpa sorang awek kat KDN pasal nak ambik softcopy borang tender sekali ngan fail fail pembetulan dalam bahagian spesifikasi alatan. Malang sekali, sampai sana pukul 1 tengah hari. Staf staf kerajaan ni bagus betullah. Kalau bab rehat selalu sharp... on time. Pastu effect nya kat gua lah. Sejam lebih menunggu kat depan kaunter registration. Hangin satu badan. Kalau ada teman berborak takpe gak. Ni sensorang... rasa macam nak bertukar jadi hijau jer. Grrr...!

.......................


Berlari lari anak menuju ke lif. Jam menunjukkan hampir 3.30 petang. Hmm... sempat lagi nih. Andy kata program start kul 4. Kali ni gua masuk bangunan PNB ikut B1. Patutnya jumpa pak guard dulu, tapi gua buat buat jalan laju terus menyelinap masuk lif. Naik ke Ground level, then tukar lif untuk ke tingkat 2. Tak sampai 5 minit menunggu, satu lif hujung terbuka pintu. Baru jer nak melangkah masuk, gua terpandang beberapa personaliti TV3 dan dif dif jemputan penuh satu lif. Warrrgghhh... malunye!!! Gua tahu rambut tengah berserabai, muka penat dan dressing pun rabak... terus berenti. Tak jadi masuk lif, segan beb! Gua ingat ada sorang personaliti tu tanya, "Tak nak masuk ker?". Gila ah! Takpelah, lu orang naik dululah. Gua ambik lif lain. Gua perasan ada sorang minah cun dok pandang gua. NORJUMA... Arrrghhhhhhh!!!

.......................


Fuhh, ramai gak orang dalam dewan nih. Gua buat selamba badak jer masuk belah dalam. Beberapa penyambut tetamu pandang semacam jer kat gua. Ah, lantaklah. Yang penting, gua kena ada sebelah Andy nanti. Nun bersebelahan stage, semua sound system tengah get ready untuk program tuh. Andy kata everything ok. Mic cukup. Speaker jelas. Good! Itu yang gua nak tahu, hehe. Gua cari port sesuai, pastu lepak. Menikmati acara yang dipentaskan kat depan. Memandangkan system controller betul betul sebelah stage, maka gua dapat saksikan acara dengan jelas. Tak payah nak jadi VIP VIP, still boleh dok depan, huarghahaha!

Sepanjang program berlangsung, macam macam acara dapat ditonton. Ada puisi, ada sajak, nyanyian, live band, lakonan dan sambutan hari jadi sorang datin [sempat lagi tuu... konpem bodek nih! ;p].

Antara acara yang mendapat perhatian ramai adalah bilamana pengacara Nona kita, cik Norjuma menyampaikan satu sajak kreatif yang menggabungkan rancangan rancangan TV3 sepanjang minggu. Pertamakali pandang dia, rasa nak gugur jantung beb! Astaga... cantik, cun, lawa gila nak mamposs sunggoh minah ni! Orang kata, superb. Hehe. Kemudian pertunjukan dikir barat disampaikan oleh Halim Yazid ngan geng geng dia, kumpulan dikir Basa Dewana. Huyyo... kumpulan dikir kegemaran beraksi mana boleh miss. 4 lagu disampaikan. 1000 Erti, dikir karut [lirik main belasah jer nih!], Jalur Gemilang dan Wau Bulan. Malangnya semua pendek pendek kerana diorang hanya diberikan masa selama 10 minit saja. Cis!

Antara yang lainnya, menyaksikan personaliti misteri kita si Zainal Arifin ngan sorang lagi pengacara Nona, Azizah Arifin berduet nyanyi lagu Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama. Perghh... Zainal Arifin main gitar tuu. Siap plucking lagi. Tapi terbabas jugak la kejap kejap. Ahahahaha. Anyway, respek dia pasal still boleh buat muka selamba derk jer. Suara Azizah Arifin pun boleh tahan gak ye. Ada talent, muka cun, suara sedap. Masa nyanyi pun, pitching tak lari... vibrato ok... Eh, terperasan jadi Roslan Aziz lak sekejap, ahahahaha!

Persembahan oleh Dayangku Norfaizah juga mendapat perhatian ramai. Dia nyanyi lagu baru, katanya. Ntahlah... gua bukannya minat minah nih. So takdelah nak tumpukan sangat pada persembahan dia. Gua just ambik port, duduk sambil usha usha jemputan yang ramai tuh. Bila Nizal ngan Norfarahim Jamsari naik stage nyanyi, baru gua focus kat persembahan semula. Ada beberapa lagi personaliti TV3 tapi tak naik stage. Acara deklamasi sajak pula lebih kepada berunsurkan patriotik dan kemerdekaan. Ni part yang paling best. Kalau tak takkan banyak kali gua menguap? Ye tak? Ahahahaha.

Majlis berakhir lebih kurang jam 7 petang. Gua ingat malas nak terus balik pasal nak tolong Andy ngan bebudak dia dismantlekan semua equipments tu. Tapi dah Andy kata gua boleh blah terus kalau nak, pasal kerja kerja dismantle tu bukan kerja gua... so gua dengan ringan kaki terus jer melangkah pulang. Hehehe. Ikut suka dia la... Rasanya kalau gua ada pun bukannya boleh tolong apa pun. Tolong tengok boleh lah, heh!

Redah jem nyer pasal, 8.30 malam baru berjaya sampai rumah. All in all, apa gua dapat?

Penat.

12 September 2004

U*M

Kejap kejap garu kepala. Kejap kejap gua belek belek phonebook dalam enpon gua tuh. Aisehmenn... jap lagi nak kena gi hantar notebook tu kat tuan dia. Masalahnya gua tak tau jalan nak ke kampus orang tuh. Gua harap ada orang boleh temankan merangkap jadi tukang tunjuk jalan. Call sana call sini, last last Lin [Langsat] gak yang jadi mangsa. Dia memang expert jalan jalan dalam U*M nih [Ikut stail Lin lah. Dia taruk asterisk, gua pun kena la taruk gak! Hehe. ;p]. Orang lama kat situ katakan...

Memandangkan kita ni nak mintak tolong orang, firstly kita kenala tolong orang tu dulu. Gua ni adil dan saksama, maka gua ngan paksarelanya jadi peneman dia lak masa kat pameran Biotechnology Asia 2004 kat PWTC. Tak kesahlah. Gua pun bukannya 'in hurry', so bolehlah jenjalan sekali kat sana. Bukan nak kata jakun, kurang pendedahan perkataan yang lebih tepat lagi [hehehe]... itu pasal gua banyak tanya itu apa ini apa. Gua excited lak ngan barang barang pameran. Yelah... dulu gua budak teknik, tak pernah belajar Bio. Tapi orang tu tak nak jawab lak. Atau lebih tepat, tak tau nak jawab! Hahaha. Apa daa... bidang sendiri pun tak tau kaa? Nak cepat katanya. Nanti kan terlewat nak ke U*M. Alasan... Ehehehehe! Takpe Lin.. takpe.. gua paham. ;p

Dari PWTC kami terus ke U tersebut. Wahahahah... pertama kali ronda ronda dalam U nih best gak. Peluang bukan selalu beb. U merupakan salah satu tempat yang mempunyai 'permandangan indah indah' dan 'bangunan tinggi tinggi'. Cuma silap haribulan kot, masa jalan jalan cari jalan tak nampak lak awek awek U yang nak kelas atau baru habis kelas. Rugi tol. Kalau tak, dah tentu ada orang kena tunduk kepala masa dalam kete. Harus tuh, nanti jatuh saham gua. Ahaks!

Jumpa tuan notebook tu kat satu cafe. Hmm... bolehlah, awek ramai tengah menjamu selera [Asyik awek, awek, awek! :D]. Bersemangat sikit nak berborak, hehhee. Kami lapar sebenarnya tapi Lin tak nak makan kat cafe tuh. Dia kata ada tempat lagi best. Makan sedap dan murah. Tempat pun femes. Gua ok jer. Tapi bila sampai kat tempat yang dimaksudkan, boleh lak gi lepak kedai sebelah. Ish... tarak hal la. Kalau dah lapar, batu pun sodap!

Rancak bersembang sampai tak sedar bulan dah atas kepala.Gua banyak bercakap... orang tuh tukang gelak jer. Huhuhu, letih! Gua tak kisah, selagi orang tak boring ngan cerita gua, gua ok jer. Nak sembang sampai ke pagi pun tarak hal. Sapa pernah lepak lama ngan gua tu tau laa.

Well, dah kenyang apa lagi... blah lah. Gua hantar Lin ke HUKM dulu pasal kete dia park kat sana. Lepas tu gua terus ke Taman Melawati pasal ada satu lagi perkara yang nak diselesaikan. Janji ngan orang kat sana kul 9 malam. Tepat 9 malam gua dah sampai pun area tuh, tapi dipikirkan awal lagi... gua terus shoot ke Gombak, umah abang gua gara gara nak mandi. Hehehe. Hangin jer tuan rumah kat Taman Melawati tu bila gua bagitau. Nak buat macam mana... badan harum semerbak. Boleh tahan ker?

Alahai... balik lewat lagi malam nih! Nasib baik malam ni malam Ahad, malam minggu. Esok seperti biasalah, membuteeee!!!

[Beseech - Moonride]

11 September 2004

Layan jiwang sket pepagi nih...

Kiroro - Mirai E

Intro/Solo/Outro
F Em Dm C Bb Am Gm C

#
...F............Am
Hora ashimoto wo mitegoran
.....Dm...............Am
Kore ga anata no ayumu michi
...Bb....C........Am.....Dm
Hora mae wo mitegoran
......Gm......C......F
Are ga anata no mirai

##
F..........Am.....Dm..............Am
Haha ga kureta takusan no yasashisa
Bb..C...Am....Dm..Bb.............C
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
F.............Am.........Gm....Bbm-F
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Dm...........Am..............Gm
Sonna watashi no te wo nigiri C
.......C........F
Issho ni ayundekita


F..........Am..Dm................Am
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Bb.........C...Am....Dm..Bb.............C
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
F.............Am...............Gm....Bbm-F
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Dm...........Am...............Gm
Fuan ni naru to te wo nigiri
.......C........F
Issho ni ayundekita

###
Gm................C........Am.......Dm
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Bb........................C
Hanareta haha e sunao ni narezu

ulang #

ulang ###

ulang #

ulang # 2X

F......Am....Bb..Gm...C..Bb.....Am-Gm-C
Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou

.............................


Peh, lewat gua tido semalam semata mata nak matchkan chord gitar ni ngan lirik. Gua tak carik sendiri chord tuh, sepupu gua si Joe tu yang sms kat gua. Lirik dah ada, mp3 pun dah ada. So pepandaila matchkan biar masyuk bila nak main gitar. Lagu nih Rudy lah yang paksa gua dengar dulu dulu. Sekali dengar biasa jer. Dua kali dengar ok lagi. Tiga kali dengar... gua dah addict dah! Tak boleh jadi nih. Last last siap hafal lirik mengalahkan orang nak menghafal kitab lak. Hohoho!

Teringat lak kat satu lagi lagu Jepun yang gua pernah hafal lirik sampai dapat. Lagu Utada Hikaru - First Love versi English nyanyian Jessa Zaragoza.

Well, malas nak cakap banyak. Sesapa yang nak dengar... lu orang boleh try donlod kat SINI.

Selamat mendonlod dan marilah kita sama sama pakat belajar bahasa selipar Jepun.

Arigato. Hait!

10 September 2004

Isk... Lupalah!

Hak ellaaa... macam mana la gua boleh terlupa nak beli external floppy disk drive untuk notebook tuh?!! Cipan kering betol laa. Ni macam mana sekali pun gua kena gi Low Yat balik lah malam ni. Nasib baik modal ada lagi. Apa apa hal pun esok kena hantar. Pasal dah janji. Najib ooo Najib... di mana kao?

08 September 2004

Gi Melaka, Yay!

Hmm... melihat pada beberapa khemah tetamu berdiri megah tu dapat gua katakan bahawa majlis perkahwinan Fajar tentu belangsung dengan meriah sekali. Cuma malangnya buat konvoi kami kerana terlewat sampai [Ada orang nak layan Malaysian Idol dulu, hahaha!]. Para jemputan sudah berkurangan. Kemungkinan yang masih tinggal adalah rakan rakan dan sahabat handai saja. Kalau atas rumah, sedara mara gamaknya. Namun ada kebaikan juga andainya tiada orang. Pengantin boleh melayan kami dengan senang hati. Tak perlu nak berkejar ke sana ke sini nak layan semua tetamu serentak. Tol tak?!!

Gua rasa dah tak perlu nak huraikan panjang lebar kerana ramai yang sudah bercerita. Nak baca lagi? Anda boleh klik sini, sini, sini dan sini. Ada lagi... pepandaila carik sendiri. Haha!


Semua kontrol... Masalahnya, gambar jurukamera jugak yang tak ada. Huhuhu!
Dari kiri:Mail, Purbe, Pasangan Pengantin, Nida, Kak Pnut & Najmi, Lin [Langsat], Salina
Belakang:Yadziz, Nuar [Yaabbna], Mat Jan, Abg Meor [TokeiPajak]



Errr... yang mana pengantin sebenarnya nih?!! Pengantin baju biru kan? kan?



Makan timee... Nyum! Nyum!


Gua makan tak banyak. Ada la sekali menambah. Gulai daging tu sedap! Cuma airnya buat gua konfius sikit. Err... gua tak tahu air apa yang gua minum sebenarnya, heh!

Selepas sesi bergambar dan makan makan, kitorang beredar pulang. Niatnya nak singgah di Taman Buaya Air Keroh. Dah lama tak datang sini. Seingat gua, baru dua kali sampai. Itu pun setelah mengikuti rombongan sekolah masa darjah 6 dan tingkatan 3.

Nampaknya niat suci melawat buaya buaya original tak kesampaian kerana gate dah tutup. Bagi membuktikan kami sebenarnya sampai di sana, nah beberapa keping gambar yang menunjukkan muka muka kecewa sedang berposing sakan depan kamera.


Posing depan pintu masuk pun jadilah...



Acara bersembang kat luar setelah kecewa tak dapat masuk taman. Masing masing tengah memerah otak memikirkan idea bernas. ;p


Oh ya, sebelom terlupa. Satu sajak ditujukan khas buat pengantin baru kita, Fajar...

Indah bulan kerana cahaya,

Indah manusia kerana akhlak,

Indah cinta kerana sayang,

Indah benda kerana hiasan,

Indah water kerana... JAMBAN!

Hahaha.

07 September 2004

Bizi La Beb!

Ish... tetiba rasa macam bizi la plak. Setiap masa ada ada jer perkara yang nak dilakukan. Hanya kerana beberapa perkara gua jadi jarang berada kat umah. Agaknya kerana benda benda kecik macam ni lah antara penyebab mengapa gua ngan bebudak serumah tuh jarang bersua muka. Kalau gua balik awal, Rudy, Lan atau Wan pula yang balik lambat. Masa gua balik lambat, diorang semua dah tido. Tak pun belom balik lagi. Tak pun... memang terus tak balik balik pun. Hehehe. Gara gara jarang jumpa la jugak, kitorang jadi kurang bercakap. Masing masing tak tau sesapa kat mana tengah buat apa. Tau tau jer, Rudy cakap dia balik kampung semalam. Saja suka suka katanya. Gila! Minggu lepas dah balik, minggu ni balik lagi! Apa dia ingat KL-Pasir Mas tu macam Keramat-Gombak ker?!! Tapi tak kisahlah, itu dia nyer pasal lah. Yang pasti, gua tak tau dia balik dan langsung tak terasa suasana ketiadaan orang kat umah. Tengok pintu bilik rapat semacam. Ingatkan ada orang. Hampeh! Lan pun sama. Ada kat umah macam tak ada jer. Tido mengalahkan orang koma lapan tahun. Setakat ketuk pintu biasa biasa jer jangan harap lah nak bangkit. Dia ni kena taruk TNT kat depan pintu baru jaga tuh. Itu pun mungkin sedar sekejap jer. Mamai... Waktu orang nak tido, masa tu lah waktu dia nak merayap. Macam drakula. Jenis tak boleh kena cahaya matahari nyer budak. Wan lak, orang keje siang dia keje malam. Abis bila nak jumpanya? Asyik crossed manjang jer....

Eh, apa hal gua tetiba membebel nih??? Cipan. Tak pasal pasal lak jadi macam mak nenek. Huhuhu. Ok stop. Gua nak cerita pasal kebizian gua yang terserlah nih.

Jumaat malam, gua ajak Mat Dien temankan gua ker Plaza Low Yat pasal nak usha notebook untuk seseorang yang gua tak kenal. Abang ipar gua yang soh belikan. Kawan dia punyer rasanya. Orang tu bank-in kan duit dalam akaun gua, pastu pepandaila gua carik notebook yang menepati ciri ciri terkini selaras ngan budget yang ada [Ewwah, bahasa... Hehehe]. Kitorang sampai lewat so tak sempat nak survey banyak tempat memandangkan dah ada beberapa buah kedai dah tutup awal. Gua hanya ambik katalog ngan brochure yang ada then pusing pusing tingkat 2 tu. Banyak notebook klon kat Low Yat nih. Branded nyer tak banyak pilihan. Lebih kurang kul 9.30 malam kitorang chow. Ish... banyak masa terbuang kat sini.

Sabtu petang, balik dari keje gua terus gi ambik Mat Dien kat umah dia. Dah janji semalam hari ni nak gi Sungei Wang lak pasal kat sini banyak notebook jenis branded dan banyak pilihan. Pije, member Mat Dien follow sekali. Boring dok kat umah katanya. Kami pergi naik motor jer. Gua malas nak drive. Hujung minggu macam ni selalunya jalan jem. Parking pun tentu penuh. Yang penting, save minyak kete gua. Har har har! Lama kitorang buang masa kat sana. Dari petang sampai ke malam. Err... duit tak bawak pon sebenarnya. Hanya nak survey brand saja. Gua tengah tunggu kata putus dari abang ipar gua nih. Banyak sangat pilihan sampai pening kepala nak buat keputusan. Survey cukup puas hati tapi tak jugak beli notebooknya. Adoii... buntu kepalaotak gua. In the end, kitorang ambik keputusan balik dulu. "Kemungkinan esok kitorang datang lagi." Ayat penyedap ni selalu gua praktikkan gara gara nak ambik hati beberapa jurujual punya pasal. Walhal, tak datang punnn! Huargh huargh huargh!

Ahad petang gua tak sempat nak gi survey notebook tu lagi pasal kena jadi driver join beberapa kerat Gejuis, konvoi ker Melaka semata mata nak hadiri majlis kenduri kawen Fajar. Sampai umah pun lewat. Lebih kurang kul 11 malam kot! Ah, lupa laa. Lantaklah. Lagi pun abang ipar gua belom bagitau lagi keputusan pilihan dia. Brand apa... model apa...

Isnin malam lagi sekali gua menyibukkan diri di Plaza Low Yat tuh. Kali ni Najib lak jadi peneman, hehe. Malam ni konpem beli satu. Petang tadi abang ipar gua dah sms gua, nak Hyundai nyer notebook. Centrino Technology, nipis, ringan dan simple. Hmm... okeh, badget cukup. Arabic keyboard campur Canon printer campur Hyundai nyer Notebook, hangus 4000 lebih. Huhuhu. Nasib baik duit orang, kalau duit sendiri dah lama gua buat modal. Err... modal kawen, ahahaha! Well, lepas beli semua tu baru rasa lega banyak. Kalau tak, jantung asyik dup dap dup dap jer. Bimbang gak weih, bawak sen banyak ketul macam ni kena hati hati. Kena 'pow' kalu, nangis gua...

Sebelom balik umah, kitorang pekena KFC dulu kat Wangsa Maju. Alaa... KFC yang sekali ngan Pizza Hut tu... belakang Carrefour. Makan dua orang jer tapi habis 40 hinggit lebih. Order penuh satu meja. Geleng kepala awek kaunter tuh tengok kitorang. Wahahaha! Sekali tengok, ni bukan makan malam dah. Ini stok kumpul untuk tak makan 2 tahun!!!

03 September 2004

Uweekkk!!!

Awal gua kuar opis hari nih. Biasalah... despatch. Kerja hantar barang ambik barang, turun naik bangunan, kuar masuk opis orang dah jadi rutin harian lak. Ish... bila diikutkan hati tak patut gua buat kerja tu semua. Apa guna belajar tinggi tinggi sampai tingkat 4 kalau last last keje mat despatch. Sori. Gua tak maksudkan keje despatch tu hina. Tapi sapa tak nak keje yang setaraf ngan kelulusan yang ada? Apa pun, apa lagi yang gua boleh buat kat opis nih? Kerja takde ni beb, takde...! Dah lama projek tak masuk nih. Nak harapkan tender tu tender nih, satu habuk pun tarak. Lebih baik setelkan rutin tu dulu daripada kangkang jer kat opis. Last last bekerja ngan YM gak gamaknya, hehe!

Hari ni Jumaat. Keje luar semua dah setel. Nak balik opis rasa awal lak. Tengok jam... hampir 12.45. Hmm... dah boleh dah kalau nak gi masjid nih. Gua terus memecut ke Taman Tenaga, harap orang tak ramai lagi kat masjid. Bolehlah tido (tido???) sekejap kat belah belakang, haha! Tapi sesampai jer kat perkarangan masjid tuh... memang langsung tak ada orang. Huk aloss... tak boleh jadi nih. Gua pikir patut bagi muka kat pak imam dulu laa. Nanti apa kata orang ye tak? Makmum sampai awal, imam sampai lambat. ;p

............


1.10 tengah hari. Hmm... awal lagi nih. Sementara menunggu masjid penuh gua lepak kat satu kedai makan berdekatan ngan masjid tuh. Makan nasik! Air kosong dah tersedia. Nasik tunggu disuap jer. Cuma teh 'o' ais jer yang belom sampai lagi. Ngam ngam jer gua suap nasik ke mulut, enpon gua bising bising. Ingatkan sapa... Nida ghopenyer! Call gua nak bincang pasal konvoi ker kenduri kawen Fajar kat Melaka. Malang berbau kambeng! Masa sembang ngan Nida sambil mengunyah nasik, tetiba gua terserdak. Habis bersembur nasik ke lantai [Tentu ada orang tengah mengumpat kat gua nih!!!]. Nampak macam tak ada yang perasan. Nasib baik sempat cover. Ehehehe! Apa pun gua terus batuk batuk. Terasa ada tulang melekat kat anak tekak. Cipan betol... rasa tak selesa dibuatnya. Cuma nasib baik sikit jer, tekak tak sakit. 2 gelas air habis, sepinggan nasik pun licin. Tapi bendaalah tu tetap tak nak blah gak. Sembang ngan Nida pun dah tak betul. Sound cam merapuuu jer... Kan Nida kan?!! Hehe.

Selesai makan, sembang... gua terus ker masjid. Ambik parking port baekkk punyer. Tapi gua tak terus kuar dari kete. Gua pandang cermin kete dulu. Check anak tekak yang tengah tak best nih. Usha nyer usha, ternampak sebatang tulang rusuk ikan betul betul terpacak kat tekak gua. Err... dinding tekak lebih sesuai sepatutnya [ada ker?!!]. Uhh... ngeri betol laaa. Kalau tak cabut nanti semayang tak selesa lak. Nak tak nak kena buang. Gua cuba tusuk jari jauh ke dalam... ingat dapat lah capai tulang tuh. Dan dan jer jari bersentuh ngan tekak, onthespot gua muntah. Arrghhhhh!!! Spoil lah. Habis kete gua. Habis baju Melayu gua. Habis seluar gua. Paling malangnya, habis nasik dalam perut gua. Tension.. tension.. Apa pun gua sempat bukak pintu kete. So takdelah banyak sangat muntah tuh kena kat kete. Gua ambik 2 botol air kat dalam bonet then basuh apa yang patut. Kedengaran suara imam tengah baca khutbah...

Tak boleh pakai tangan. Nanti muntah lagi. Belek nyer belek, jumpa set pengetip kuku dalam dashboard. Freegift yang gua dapat dulu masa beli Lambo kelabu gua nih. Huarghhhaha! Nasib ada benda tuh. Kalau tak... dah tentu tak semayang Jumaat! Ahahahahaha. Dengan menggunakan satu alat pengepit [Hmm... kulihat macam digunakan untuk mencabut sebarang bulu. ;p ], gua berjaya mengepit hujung tulang tanpa menyentuh mana mana dinding tekak dan membuangnya jauh jauh biar tak nampak. And yess... lekat tulang? Tak adaaa...

Ahh lega... So, dapatlah gua solat Jumaat dengan tenang sekali jap lagi. Sumpah lepas ni tak nak dah bercakap pakai enpon sambil makan nasik. Huhuhu!

Moral: Selalu bawak set pengetip kuku bila nak ke masjid. Ahahahaha!

02 September 2004

Ni gara gara terpengaruh ngan entry Basri lah nih...

Kampungku, Kampungku Jua...

4 hari 4 malam berada di kampung halaman setelah berbulan bulan tak menjejakkan kaki amat menyeronokkan. Banyak perubahan sana sinun. Yang pasti, kampung gua nampaknya makin membangun. Ada juga khabar khabar angin mengatakan 'sebijik' sekolah Bestari akan diwujudkan berdekatan rumah gua tuh. Nun di tengah sawah padi. Hmm... kalau betullah, sesuai ya amat untuk pelajar pelajar sekolah tu nanti. Yelah, gua pun penah merasa ponteng kelas ngan main kejar kejaran atas batas batas bendang. Tak termasuk lagi ngan berkubang selepas waktu persekolahan, ahaks! ;p

Lepas ponteng kelas, mandi dalam parit belakang sekolah dan masuk ladang getah main mercun. Ha ha ha. Hampeh!

Itu dulu laa... Zaman sebelom bersunat. Skang tidak lagi. Kat teknik dulu pun, kalau fly malam malam tak main dah jalan kaki lepak kedai makan depan sekolah tuh. Paling bangsat pun kitorang sewa Kancil untuk 2 jam pastu ronda ronda bandar Kuala Terengganu. Paling jauh meronda, kitorang pernah sampai kat Masjid Terapung tuh. Lepak buang air... Ahahahaha. Pastu nak balik, kete habis minyak. Dan bermulalah acara menolak kete yang tak idup tuh. Hangin satu badan! [Dol, ingat lagi tak cerita ni??? ;)] Masa nak masuk hostel balik, tuan kete yang check samaada line clear ker tak. Pak guard ada ker tak... Maunya tak kamceng ngan tuan kete, hari hari sewa kete dia. Buat apa? Flyy...

Aiseh, terimbas cerita lapuk la plak. Ahaks! Berbalik pada kampung gua nih...

Masa cuti kali ni banyak dihabiskan kat rumah jer. Kalau sebelom ni memang tak penah lekat kat umah. Kuar pagi balik pagi... tapi kali ni gua hanya beraktiviti 'indoor' saja. Ya, macam biasa... aktiviti utama gua, tido [Sapa kata tak berfaedah?]. Tido kali ni gua kasi pulun habis. Haha! Bangun pagi lewat, dekat dekat nak tengah hari. Lepas makan lunch, sambung tido lagi. Petang dok main depan umah jer, pastu malam karang dekat dekat kul 10 gua dah siap siap kemas tempat tidur. Ehehehehe! Ish... nikmat sunggoh tido nih.

Sebelom terlelap sempat gak gua bukak balik album album lama. Ini pun bila anak anak sedara yang bawak kuar. Nak harapkan gua sendiri carik, kirim salam jer lah. Sedang best dok layan tengok gambar tuh, gua terjumpa 3 keping gambar satu satunya gambar gua masa kecik dulu. Nah 3000+ patah perkataan...


Gambar ni diambil pada bulan November tahun 1983. Sebelah tu kakak gua yang no. 2. Sapa paling kiut? Ahahahaha!



Ubah posisi lak. Eee... geram siot tengok gambar sendiri masa kecik dulu! Heh!



Atas dukung mak gua. Yang ni gua tak ingat bila dan umor bape. Tapi rasanya dah besar sikit dari 2 gambar teratas tuh.


Huargh huargh huargh! Kelakar siot tengok balik gambar gambar nih. Tak tau kenapa, tapi rasa nak gelak jer... huargh huargh huargh!!!

Ada satu petang tu [selepas bangun tido], gua ajak sepupu gua si Joe temankan gua ke sawah jap. Saja nak ambik gambar permandangan sawah padi menghijau merangkap port port kitorang melepak masa zaman skolah dulu. Ewwah!


Joe menunjukkan pokok pinang yang jadi saksi kitorang lepak kat situ. 'Calvert' tempat Joe berdiri tu laa port lepak kitorang sambil layan main gitar dan usha awek bermotor lalu lalang. Hehehe!



Gua pernah mandi kat dalam tuh. Pergh, airnya... amat pekat dingin sekali! ;p Nun dikejauhan sebatang pokok besar salah satu port lepak. Err... atas pokok lah!



Bekas kilang padi. Juga port lepak sambil buat show main gitar.



Ni lah umah gua. 1001 kenangan bersemadi di dalamnya.


Ada banyak lagi. Nak tengok? Pepandailah lu orang klik kat sini.

Masa berlalu terasa cepat sekali...