Sekali sekala...
Seminggu dua ni serabut kepala makin menjadi jadi la plak. Banyak betul masalah. Macam macam yang dipikirkan sampai otak macam tak cukup ruang dah. Agaknya kalau pinjam otak jiran sebelah pun belom tentu cukup lagi nih. Masalah kecik.. kalau banyak dan berterusan lama lama boleh jadi kronik gak. Silap haribulan boleh jadi barah otak. Ish... ngeri tol. Mintak jauh laa. Heh!
Mana nak start ye? Sebenarnya skang ni hati gua rasa tak berapa best. Dah lama tak rasa "perasaan" semacam ni. Dulu selalu la jugak, sampai sasau sorang sorang dalam bilik. Bila selalu pikir tentang tekanan perasaan ni kadang kadang mampu buat hati menangis. Jiwa jadi sebak. Dalam tak sedar air mata boleh menitik. Alaa... standardla bang. Gua pun manusia jugak. Normal cam lu orang gak. Cuma kerana gua ni lelaki, maka gua pertahankan ego gua... kalau nak menitik air mata, menitik sorang sorang jer. Takde kecoh kecoh. Orang tak tau, tarak hal la kan? Masa ni, kalau nak menitik segala air yang ada, menitiklah. Air mata? Air ketiak? Air pusat? Air hidung? Kasi menitik semua. Ahahaha... hampeh!
Okeh, cukup. Di mana kita sebenarnya?
Dalam banyak banyak masalah kecik tuh, tentu ada yang besar sedikit di kalangan yang kecik. 3 masalah besar dari yang kecik kecik dalam hidup kita [mengikut ensiklopedia zhoulsz] sememangnya tidak asing lagi adalah DUIT, KEJE dan AWEK. Duit walau apa sekalipun, tetap ditangga teratas. Teringat kata kata "Periwira Mat Gila" dalam komik Gila Gila zaman penjajah dulu, ADA DUIT SEMUA JADI. Keje sudah tentu nombor dua. Takde keje mana nak dapat duit. Takde keje juga, hidup jadi bosan. Awek? Takde awek pun boleh hidup brader. Tak caya tanya gua. Ahaks!
Tapi macam mana pula bila benda yang paling penting tu la yang kita tak ada? Duit... duit... tengah tak ada duit la nih, lu orang tau tak? Kalau tak silap tadi dalam bank ada balance RM1.60. Ah, gila! Ini bulan posa beb, bulan di mana nafsu makan besar sebesar alam. Kalau bulan biasa belanja makan hanya RM10 sehari, belanja bulan posa meningkat sehingga 2 kali ganda lak walaupun siang tak makan. Tu yang heran tuh. Tension kepala otak asyik pikir macam mana nak survive. Sen dalam poket ada la lagi seketul dua, patutnya cukup untuk hidup tapi memandangkan "besi tunggangan" kat bawah tu makan lagi kuat berbanding tuan dia sendiri... nak tak nak si tuan yang terpaksa ikat perut. Tak bagi makan, kita jugak yang tak bergerak nyer. Aduss! Gua mengaku silap gua jugak sebenarnya. Kalaulah gua dah setelkan claim sebelom masuk gaji bulan lepas... rasanya masa nih, gua tengah best layan movie kat TGV [enjoy la... apa lagi!]. Huhuhu~! Apa pun terima kasih banyak pada seorang sahabat kerana masih berdaya support gua walau diri sendiri pun sekali sekala tumbang gak ditiup dek angin lintang.
Masa gua susah, lu tolong gua. Terima kasih banyak banyak. Masa lu susah, lu jarang carik gua pun. Tolong jangan buat macam tuh!
Keje yang menyeronokkan jarang menimbulkan masalah. Kalau ada pun, dah tentu benda tu dianggap cabaran. Dan kita dengan senang hatinya nak buat semua tanpa mengeluh itu bosan ini tension. Gua buat keje yang tak menyeronokkan. Kesimpulan? Sah sah semua benda dianggap masalah. Buat keje yang tak diminati dan langsung tak menyentuh segala silibus selama 3 tahun belajar kat UTM betul betul menguji mental dan fizikal. Last last, jadilah keje yang membosan dan memboringkan. Sekali dua kala, menensionkan juga. Sakit jiwa bila lebih 3 bulan gua asyik missed schedule makan. Masa makan tak teratur. Ada kalanya, gua hanya berkesempatan makan sekali sehari. Itu pun selepas balik keje dan dekat dekat waktu Maghrib. Huh, hari hari macam ni... tinggal lagi nak pasang niat puasa sunat jer. Tapi ok jugak. Sekurang kurangnya masalah tu dah jadi satu persedian menghadapi bulan posa ni. Haha.
Bila tak suka, tak mustahil perkara kecik yang mungkin muncul dan tak disenangi mampu menjadi satu titik keputusan yang bakal mengubah keseluruhan cara hidup. Gua tak tahan la beb. 3-4 perkara terletak atas kepala yang satu nih, sedangkan gua tak mampu hadapi semua. Semuanya gara gara take-over tugas orang lain yang sekarang ntah keje kat mana. Sedikit sebanyak pressure tetap menekan; menghilangkan keseronokan bekerja dan menimbulkan rasa cuak di dada. Bayangkan tatkala berada dirumah, pikiran masih di opis. Memikirkan keje yang tak siap, masalah yang tak selesai, report yang bertimbun, menunggu masa kena sembur ngan boss, otak ligat mencipta alasan karut. Ah, dada kuat berdebar menunggu pagi muncul. Err... esok ada meeting. Arrgghhh!
Mintak mintak application yang gua antar kat MIDA semalam sangkut. Kalian, harap doa doakan juga!
Last time merasa hidup berpasangan hingga bulan 9 tahun lepas. Pilu sekejap. Lepas tu, bergerak secara solo di samping kengkawan yang suka berpoya poya tak henti henti. Jenis yang tak gheti gheti. Bagus juga. Dalam tak sedar rupa rupanya beberapa [beberapa??? Ehehehehe...] wajah terpilih tu dapat dipudarkan sedikit demi sedikit. Last last, langsung tak ingat apa pun. Yang gua nampak, di depan gua sekarang ada ramai sahabat yang mampu sama sama bergelak-ketawa-berduka-lara. Ewwah!
Tapi bila gua dalam keadaan stabil ni lah ada saja dugaan melanda. 3-4 bulan lepas, janda no-1 datang buat permintaan. Kalau dulu gua pernah merayu supaya hubungan tidak diputuskan, tapi ayat best plak yang kuar dari mulut dia. "Saya dah bosan ngan awak!". Hahaha. Senang saja nak buat orang jadi benci ye? 2 tahun lebih gua padamkan ingatan tentang dia, alih alih muncul semula dengan segala senyuman manis jauh lebih manis berbanding ajinomoto. Dengan harapan hubungan lama bertaut kembali. Ingat boleh main sambung sambung pakai gam cap UHU ker? Ceh! Okey, yang tu setel. Gua buat derk sajer. Malas nak layan.
2 minggu lepas, janda no-2 lak muncul. Duh... Yang ni mencabar perasaan sket pasal banyak kenangan bernilai tinggi masa ngan dia. Dia ni suka benar buat surprise. Pernah sekali dia surprisekan gua sampai gua rasa nak masuk Tanjung Rambutan tang tu gak. Bertunang senyap senyap, selepas seminggu baru bagitau. Ada ka dikatanya gua ni sebenarnya berada di tangga kedua dalam senarai calon terpilih. Lebih surprise lagi bila gua dapat tau, rupa rupanya masih ada lelaki malang di tangga ketiga. Huhuhu~! Ingatkan lelaki jer terer jadi playboy... siyol! Dan yang pastinya, segala ingatan tentang dia dipadamkan terus. Segala harta benda mak nenek dia dibuang jauh jauh. Kasi shift-delete terus biar tak boleh nak retrieve balik langsung. Sekarang apa sudah jadi? Dengan susah payahnya dia berusaha dapatkan nombor enpon gua semata mata nak mengadu hidup yang tak ceria di samping suami [kononnya terpilih] dan seorang anak sulong berusia 3 bulan lebih yang mengidap penyakit jantung. 1 keluhan 1001 penyesalan diluahkan. Mengaku kesilapan diri dalam membuat pilihan. Namun apa gua boleh buat? "Padam-muka"kan dia kerana tak pilih gua atau kesiankan dia kerana hidupnya yang tak tenteram dengan karenah suami dan masalah kesihatan anak?
Dengan nada perlahan gua hanya mampu ucapkan, "Bersabarlah. Semuanya dugaan Tuhan..."
Hmm... tengah menunggu janda no-3, no-4, no-5, ... [Sapa lagi yang nak menyesal?]
[LeAnn Rimes - Life Goes On]