[GESBUK?]

30 November 2004

Kawen

mIe [founder GengJurnal] dah nak kawen. Boss besar aku [ED - Cik N*na] pun dah nak kawen. Tahniah untuk mereka berdua. Semoga perancangan berlangsung dengan jayanya. mIe kawen aku rasa biasa jer. ED aku kawen aku rasa luar biasa. Kenapa? Consider ni aku tengah bercerita la ye. Kalau salah anggap, ni dah jadi mengumpat. Hehehe. Anyway, ED aku ni pompuan. Cun, seksi, kaya dan.... tua. Huargh huargh huargh! Err... tak baik gelakkan orang. Tuhan marah, nanti berdosa.

Baguslah. Ada juga jodohnya. Umor dah senja nih tak elok tangguh lama lama. Banyak mudarat berbanding khasiat. Boss aku ni tergolong dalam golongan wanita korporat yang terlalu tumpukan perhatian pada kerjaya. Umor dah hampir nak cecah 40 baru nak kawen. Agak agak umor berapa pompuan berenti kitaran yer? Pause monopause. Takut anak tak ramai jer nanti... hehe. So beringatlah selalu...

//Kalau Cik N*na baca nih, mamposs aku...

27 November 2004

Open House Lagi

Sabtu halfday. Patutnya keje habis kul 1 tapi gua hari ni kul 12.00 dah blah gara gara blackout yang lama. Tension bila dok lama lama kat opis yang gelap dan panas. Keje pun tak jalan, nak buat apa tunggu lagi. Janji ngan Lin kul 1.30 tapi dah kuar opis awal sampai umah dia tentulah awal. Sms tapi tak berbalas. Last last tidur kat masjid Bandar Tun Razak. Dekat 1.30 Lin reply. Dah sampai umah dia, park kete then drive kete Lin terus ker Senawang. Openhouse umah Kak Ungku.

Sal, Azah ngan Sajen Asan dah ada kat sana. Kemudian kami sampai. Then Ep ngan rombongan lak sampai. Sepetang di rumah Kak Ungku macam tak terasa masa berlalu. Lama lepak kat sana. Itu belom campur 2 jam yg diisikan dengan aktiviti berfaedah - menonton vcd The Terminal lakonan Tom Hanks [lakonan yang sungguh mantap - muka kesiannya menjadi] ngan Catherine Zeta Jones [yg mana tak ada dia pun tak apa, heh!]. Gua tak boleh nak kosentret layan movie tu memandangkan ada suara suara sumbang kedengaran dok mengata kat gua secara depan depan. Huh, berani sunggoh diorang! Apa pun, sebelom tu gua dah puas hati dapat belasah mihun sup Kak Ungku. Peh, sedap. Siap menambah lagi. Kek lapis pun gua bedal jugak, tapi tak banyak. Kenyang nyer pasal. Air saja dah 3 gelas. Pundi kencing gua dah tak mampu nak tanggung penambahan isipadu dah. Hehe.

Balik dari umah Kak Ungku, kitorang [gua ngan Lin saja. Yang lain tak tau ke mana....] pi PD lak. Singgah sekejap umah member Lin, kononnya tunjuk muka lah. Daripada tak datang langsung, baik tunjuk muka walaupun tak sampai 15 minit. Ada orang pandai amalkan tipu sunat. Katanya, tak boleh lepak lama pasal masih ada 3 lagi openhouse nak kena hadir. Ah ye, 3 tempat... pandai betul orang tuh. Gua sendiri tak tahan lepak lama kat sana. Bukan tak biasa mahupun tak suka, tapi dressing gua tu yang tak sesuai dibawak masuk majlis. Dengan t-shirt GMI putih dan jeans biru koyak sket paras lutut, takkan gua anak tunggu sampai tok imam datang nak akadnikahkan member Lin? Gila apa? Kemaluanlah gua. Bukan sorang dua yang datang nanti. Gua tak sanggup jadik alien. Heh!

Pukul berapa kitorang sampai kl gua lupa. Tak tengok jam. Apa pun pegi Senawang gua drive dan balik dari PD tu Lin lak yang drive. Hmmm... dah lama tak menumpang kasih. Sekali sekali dok sebelah driver best jugak kan?!! Ahaks!

26 November 2004

Open House

Balik dari keje terus pi ambik Lin kat umah dia. Tak jauh, sebatang rokok yang tak bernyala jer dari opis gua. Dah janji kalau gua free dan dijemput, gua nak ajak Lin temankan. Wait. Jangan pikir lain. Gua ajak dia pasal dia jer yang free. Yang lain semua ada hal sendiri.

Gua sebenarnya dah lupa umah Dato' Zain*l. Kat mana Glenmarie Court tuh? Nak ke Glenmarie tu taulah. Tapi nak ke rumah dia, ntah mana nyer lorong nak kena redah. Baru sekali datang, masa openhouse raya tahun lepas. Datang belah malam, jalan pun ingat ingat lupa. Nak tak nak, gua call salah seorang kaum kerabat Dato', si Nurul. Awek yang pernah kerja satu kompeni ngan gua gak tapi ditempatkan kat Sungai Petani. Tapi itu dulu. Skang ntah keje kat mana, lupa nak tanya. Ahaks! Daripad direction yang Nurul berikan tak jadi masalah untuk kami sampai ke sana. Lebih kurang 9.30 malam sampai.

Peh, ramai jugak. Sampaikan kerusi meja pun tak cukup. Selama berada kat sana, gua sempat jumpa ngan mereka yang pernah gua kenal. abang Sham ngan wifenya, Mai [makin gemuk - hati senang katanya] ngan adik [yang mana aku minat] dan kakak sulungnya [sambil bawak anak sulung berusia 4 bulan], kak Reen [pekerja travel agency abang Sham], abang Mustapa [adik Dato' merangkap Director tempat gua keje skang serta Nurul [Lama giler tak jumpa. Makin berisi - geram jer tengok. Hehehee!]

Gua makan tak banyak. Balik rumah lepas tu pun perut still mintak diisi lagi. Walaupun lepak lama tapi gua hanya sempat makan koay teow goreng, kambeng panggang dan roti telur cicah kuah ikan sardin. Tidak lupa juga, kek lapis Sarawak. Semuanya serba sedikit. Makan tak sempat kenyang tapi semua dah bergegas nak balik. Huhuhu. Lin makan sikit jer. Jaga badan ker? [Member dahlah tak cukup isi. Har har har!] Kalau lepak lama sket, mungkin sate, rojak buah, roti jala, ABC dan tauhu goreng gua belasah. Lain lain menu dah lupa. Tak sempat nak survey habis pasal orang padat sangat. Oh ya, port kitorang kat satu meja berkongsi ngan beberapa mak cik lagaknya cam mak datin. Lin kat sebelah diorang. Hmm... tak sesuai... tak nampak cam mak datin pun?!!

Kul 11 lebih kitorang blah. Tapi sebelom tu sempat lah bersalam salaman sekejap ngan Dato' dan Datin. Sedikit bangga bila dia masih ingat kat gua. Cuma kecewa pasal tak dapat angpow raya. Huhuhu!

//Dato' Zain*l nih ex-MD kompeni tempat gua keje. Skang dah jadi Setiausaha Parlimen. Dia jemput semua staf kompeni tempat gua keje nih, tapi semua tak datang kecuali gua sorang jer. Hampeh!

25 November 2004

Buhsan!

8.00 malam, dok kat opis lagi. Sensorang U. Auuuw! Yang lain dah blah. Gua tak tau kenapa rasa cam malas jer nak balik. Tadi masa kul 5 patutnya dah boleh blah dah tapi bila teringat report kat Maxis belom hantar lagi so gua ambik keputusan lepak dulu. Setelkan mana yang perlu. Slow slow... tak boleh terburu buru nanti banyak lak slack. Pening gak bila banyak data tak berupdet. Sumpah lepas ni gua malas nak tangguh tangguh keje. Bila dah sesak macam ni jadik kelam kabut la plak. Asbestos tol... err... untuk diri sendiri. Hehhee! ;p

..............


Okeh, keje dah setel. Report dah emel. Apa lagi nak buat ye? Bertenet rasa nak muntah. Alahai... Bukak Yahoo! tapi tak tau nak search apa. Takde mood lah nak baca blog kengkawan. Tengok blog sendiri pun macam hampeh jer. Isk... kenapa ye? Something wrong somewhere tol...

Tengok meja gua. Arrgghhh... serabutnya!!! Ada dua gelas kosong ngan 3 sudu tak berbasuh. Selalunya mak cik cleaner tolong basuhkan. Dah 3 hari nih, apsal tak terusik pun gelas gelas tuh? Mak cik cleaner tak keje ker? Adoii... Dokumen berselerak. Malas ah nak susun. Nanti esok esok gua campak lah dalam tong. Apa susah, kan?!! Ahaks.

Aiseh, dapat sms lah beb. Dari Lin. Tanya pasal menumpang kasih ke rumah Kak Ungku. Hmm... dah reply msg dia tadi. Ajak kuar minum mana mana. Dia tunggu. So ok la geng, gua chow dulu. Adiosss!

[Cradle of Filth - Nymphetamine]

24 November 2004

My switch button still in raya mode. Give me more rendang. More... more... moreeee!!!!

Err... jangan lupkan gua di majlis openhouse kalian. Ahaks!

19 November 2004

Arrghhh... Tak Puas Beraya!

Yeehaaa... dah mula kerja! KL nampak sedikit lengang. Rata rata Muslim yang bercuti masih lagi kat kampung. Lebih lebih lagi staff staff jabatan kerajaan, huh... sakan! Orang kita... raya sendiri cuti sakan. Raya orang lain... pun sakan jugak!

Okeh. Bape lama tak tekan keyboard nih. 8 hari cuti, gua langsung tak dapat access internet kat umah. Kambeng tol. Tak tau apa masalah. Gua pakai dial up jer. Try 2 akaun TmNet tapi dua dua tak dapat. Last last VAIO gua tu berhabuk tak terusik. Kalau ada game best best takpa la jugak. Ini asyik asyik Spider Solitaire jer. Muntah gua.

Sepanjang cuti, banyak lak cerita menarik semasa kat kampung tapi disebabkan tak buat catitan pendek, gua sendiri pun ingat ingat lupa jer. Anyway, meh gua try refresh balik apa yang gua ingat...

11/11/2004
//Balik kampung. 4 manusia sekereta. Gua, Lin, Pendi dan Zul Fadhli a.k.a Deluzzion. Bertolak dari KL kul 11.30 pagi, sampai Kubang Kerian lebih kurang 9.30 malam. Peh, 10 jam beb. Kramp bontot gua, huargh huargh huargh! Masa ondeway balik, mak gua call tanya dok kat mana. Gua kata dok area Kuala Krai. Patutnya dekat kul 10 malam gua dah sampai rumah. Tapi dah kul 11 lebih pun gua still tak sampai sampai. Semua risau. Adik gua sms tanya dok kat mana. Gua reply, kata tengah best melayan 'colek' kat medan selera Stadium Kota Bharu. Semua bengang jer. Har har har!

12/11/2004
//Sepatutnya malam ni malam last solat sunat terawikh. Yang lebih patut, gua kenalah pergi memandangkan selama posa kat KL langsung tak jejak kaki kat Masjid. Tapi standardnya, lepas berbuka perut akan menggelembung. Tak larat nak melangkah. Melantak tak ingat dunia. Nak buat macam mana, jarang jarang sekali bukak posa kat kampung. Hehehe.

13/11/2004
//Malam raya. Aisehmenn... raya kali ni raya paling sengkek. Toksah kata nak beli seluar baju raya, mercun pun tak mampu. Ingatkan sunyi malam ni, sekali sana sini sound letupan menggegarkan alam maya. Ah, ada jugak bebudak kampung gua yang sudi main bom. Kalau tak, tak ceria suasana malam raya. Seronok jugak tengok gelagat anak anak buah main bunga api. Sampaikan ada bapak budak pun turut terpengaruh sama. Alahai... Well, aktiviti seterusnya melepak bersama member karib sekampung merangkap kroni 'mayat-reput'. ;p Gua, Pendi, Mere & Joe. Melepak kat medan selera stadium KB tu lagi. Dan... kedai yang sama serta kerusi meja yang sama juga. Isk... takde port lain lagi ke???

14/11/2004
//Hari Raya, yeah! Pepagi dah bangun bersiap siap nak ke masjid. Kerana tak beli baju Melayu baru, gua just pakai yang lama jer. Yang kuning tuh. Malangnya tertinggal butang pemberian seseorang kat umah Ukay Perdana. Haiya! Kensel baju Melayu, gua pakai baju Raihan hitam yang baru beli tu. Ini bukan baju raya sebenarnya, tapi lantaklah. Sayup sayup berkumandangnya takbir raya. Perasaan jadi hiba, hati jadi sebak. Ni kalau mana mana mat rock mat metal dengar pun konpem tangkap sayu nyer. Aci kerat kuku. Ahaks! Nak semayang raya tapi kepala dogol. Err... gua tak pakai kopiah mahupun songkok. Yang lama dah tak muat. Baru nyer tak mampu nak beli. Sengkeknya gua. Uwaaaaaaaaaa!!! Balik dari masjid, sambung buat part-time tido siang. Petang, baru start berjalan jalan carik pasal kat rumah rumah member. Allahuakbar!

15/11/2004
//Tak cukup masa. Banyak tempat nak redah tapi tak sempat. 2-3 rumah jer sampai. Lain lain, jadik driver untuk family nak beraya ke sana ke sini. Fuh, penat! Belah malam, aktiviti yang ditunggu tunggu. Follow kroni kroni gi jamming kat Kapilla Studio, KB. Eh, dah pindah studio lak diorang nih! Bangunan sama cuma lot jer lain. 2 group bergabung. Dekat 10 orang bertemu dengan pakaian seragam hitam bercorak mayat reput dan setan gondol... Graahhh!!! Buargghhhh!!! Makang budorkkkk!!! Err... lagu apa diorang main ye? Gua sendiri pun tak pasti. Dari awal sampai habis nyanyi asyik bunyi arrrghhhh... wooaarrgghhh... buarrghhh... arrghhhh... arrgghhhh...! Buat sakit anak tekak jer. Ahahahaha.

16/11/2004
//Gi jamming lagi belah malam. Kat E-Man Studio, Pasir Mas milik Azmani bekas vokalis kumpulan Kulit. Tak banyak lagu main. Asyik dok ulang 2-3 buah lagu sama. Apa pun, respek gak bila diorang jamm lagu Hallowed Be Thy Name version Cradle of Filth. Perghhh... mengancam habis. Takpelaaa tak 100% sama pun janji tak lari tuning & pitching. Best! Best! Salute lu orang beb!

17/11/2004
//Belah pagi sebelom bertolak pulang ke KL sempat gak pi beraya umah Zul [Deluzzion]. Itu pun setelah dia kata si Takara [salah seorang bebudak Pergh.com] nak datang. Kul 5 lebih baru gerak ke KL. Terkilan pasal tak dapat pi dua program penting. Konvoi raya ke rumah cikgu lama kitorang bersama ex-classmates Tingkatan 3 Arif, SMT serta gathering bebudak Metal Bawah Tanah scene Kota Bharu. Huhuhu~! Rasa nak nangis gak, tapi memandangkan gua mengaku sebagai seorang metaller [walaupun tak sejati], maka tak jadi nangis. Hek hek hek!

18/11/2004
//Wallah, dah ada kat KL! Lalalala...

Itu jer la dulu. Ingat ingat lupa. Sambung raya tahun depan lak, ahaks! :D

08 November 2004




[Anuar Zain & Elina - Suasana Hari Raya]

07 November 2004

Shopping

Ada 3 hari lagi untuk balik kampung. Dan ada 6 hari lagi untuk raya sakan [itu pun kalau raya jatuh 14 hb]. Raya jer la yang sakan. Gua tak. Nak sakan apanya kalau dalam poket ada 20 hinggit. Nasib baik gua sempat beli sehelai baju buat raya. Niat hati nak tempah sepasang baju Melayu tapi masa dapat gaji itu hari, masa dah makin suntuk. Dah tentu kebanyakan kedai jahit dah tak ambik tempahan. Melainkan gua sanggup pakai seminggu lepas raya, ahaks!

Masa jenjalan ngan Najib kat Campbell Complex itu hari, kitorang 'ter'masuk kat satu butik tempahan baju. Niat di hati nak survey kaset kaset baru. Kat Campbell banyak jual kaset bawah tanah. Survey nama band ngan album baru jer, pra-dengar kat kedai kaset best ker tak best pastu balik umah download. Bukan nak beli pun. Hahaha. Memandangkan dah ternampak dan terpikat kat sepasang baju Melayu [display nyer] kat kedai sebelah nyer pasal... kensel bab survey. Teringat raya yang makin hampir, kaki gua ringan jer melangkah masuk ke dalam butik tuh. Sambil dok belek belek baju tu kepala asyik dok terkenang kat baju Melayu kuning gua yang kat rumah tuh. Gua selalu pakai buat pi keje hari Jumaat. Baju tu dah lama. Lama sangat. Gua beli baju tu seminggu sebelom gua daftar masuk ke UTM. Tahun 1999. Perghh... hampir 6 TAHUN beb dan still pakai sampai sekarang! Beli tu pun semata mata persediaan untuk minggu orientasi kat U. Kalau tak kerana tu, jangan harap ler. Gua bukannya suka pakai sangat. Rimas. Err... tapi kalau pakai untuk kawen gua ok jer, har har har! [Woit Nuar, 2 tahun tak tukar tu selamber jer - rujuk entry Nuar 28 Oktober 2004]

Gua berkenan sunggoh kat baju Melayu tu. Kain tebal dan cantik. Sejuk. Dan kurang berpeluh bila pakai. Ada sulaman kat bahagian kolar, butang, atas poket dan pergelangan tangan. Rekaan terkini kata tuan kedai. Walaupun baju cantik... harga tetap lebih cantik. Seratus lebih sepasang. Peh, sen tak cukup la beb. Tapi takpe, boleh diusahakan. Alang alang dah masuk kedai baju, gua ambik can belek belek yang jenis lain. Banyak yang cun cun sampai rambang mata. Lebih kurang 45 minit kat situ, gua ambik keputusan ambik sehelai kaler hitam. Itu pun setelah berjaya dibodek dan diampu oleh tuan kedai dan pembantunya [diorang kata gua nampak hensem dengan baju tuh, heh!].

In the end, terbang RM(kurang seratus). Harap kemeriahan raya kali ni makin bertambah dengan adanya baju raya.



Oh... baju Raihan.

//Hmm... nampaknya pembelian baju Melayu harus dipertimbangkan semula. Raya Haji kot?!!

04 November 2004

Gathering Orang Lain

Hmm... bizi la plak sejak sehari dua nih. Bukan pasal keje kat opis tu, tapi pasal benda lain. Tujuan asal datang umah abang gua kat Gombak nih pasal nak bertenet. Ya, umah abang gua pakai streamyx. Laju. Hehehe. Sekali kena jadi webmaster secara paksarela la plak. Buat web sementara untuk Gathering Raya 2004 Chatters Alamak. Abang gua [nickname dia SATeYY] salah seorang yang handle program tuh. Duh... Gathering GengJurnal sendiri pun tak buat apa apa lagi [gua nyer part ler...], ini kan pula orang lain nyer gathering. Well, takpelah. Benda dah siap pun. Sekurang kurangnya ada la benda baru yang gua belajar dari buat web tuh.

Lu orang try try la jenguk kat sini.

http://gatheringraya2004.cjb.net

Any komen? ok la tu kan..?

01 November 2004

Cukuplah...

Rasanya dah lebih tiga kali gua bagi peluang. Peluang pada diri sendiri supaya dapat mendekatkan diri dan mengenalinya dengan lebih jauh. Tapi malang, kalau begitu sikapnya yang sebenar insyaAllah lepas ni gua tak carik dia lagi. Walau banyak karenahnya namun gua malas nak salahkan dia. Cukup sekadar bersyukur kerana Tuhan menampakkan sikap sebenarnya terlebih awal.

Cukuplah, tak payah tanam janji lagi. Gua dah fed up!