[GESBUK?]

31 December 2004

Gua bina rumah baru. Kalau lu orang rajin, datang lah jenguk kat

http://zhoulsz.kroni.biz.

SELAMAT TAHUN BARU 2005!

30 December 2004

Kunci!

Rata rata para blogger ngan gejuis dah update pasal gath tempoh hari. Gua belom lagik. Semalam dengan semangat yang berkobar kobar gua drive pi Gombak dengan tujuan nak updet entry pasal gath dan upload sedikit gambar gath tuh tapi malangnya sesampai di rumah abang gua tu, dari kejauhan dah nampak mangga sebesar ibu jari kaki tok ketua kampung sebelah elok jer park kat pintu umah. Arrgghhh... tensennya. Abang gua balik kampung sehingga Ahad nih. So... sementara nak menunggu dia balik tak berentry gathering la gua jawabnya.

Nak tulis kat opis takleh. Tulis pepanjang makan masa. Tak sempat. Kantoi ngan boss letih lak nak menjawab. Setakat entry pendek camni takde hal jer. Kejap jer siap ler. Takpe lah... tunggu jer lah abang gua balik KL semula. InsyaAllah Isnin gua updet. Itu pun kalau soulspirit gath tu ada lagi. Jangan tunggu beb. Buang masa lu orang jer. Wahahaha!

29 December 2004

aku tak sempat nak mereport peristiwa gath tuh. anyway, aku taruk gambar kat sini. macam yang pernah aku katakan, sekeping gambar worth a thousand words. nah, lebih kurang 30 ribu patah perkataan.

gambar1

gambar2

gambar3

Tak cukup? Tengok kat sini lak. Ahaks!

ucapan terima kasih kat semua. rudy bagi can guna rumah sekejap buat mandi dan salin baju.

26 December 2004

Sekalung Tahniah

Berbulan persiapan, berlangsungnya hampir 7 jam. Kenangan manis di ingatan moga tak lapuk dek usia.

Tahniah, GATHERING PERDANA GJ 2004.

.......................


Terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat. Pendek kata... cukup puas hati. Lebih daripada tuh!

Hehe!

24 December 2004

Dah Lama Dah...

Gua dapat satu bad news. Berkaitan syarikat tempat gua carik makan sekarang. Isk... nanti nanti la gua cerita. Jiwa kacau skang.


It's just a feeling
I get sometimes
A feeling
Sometimes
And I get frightened
Just like you
I get frightened too
but it's...

[CHORUS]

(no no no) No time for heartache
(no no no) No time to run and hide
(no no no) No time for breaking down
(no no no) No time to cry

Sometimes in the world as is you've
Got to shake the hand that feeds you
It's just like Adam says
It's not so hard to understand
It's just like always coming down on
Just like Jesus never came and
What did you expect to find
It's just like always here again it's...

[CHORUS]

Everything will be alright
Everything will turn out fine
Some nights I still can't sleep
And the voices pass with time
And I keep
[repeat]
No time for tears
No time to run and hide
No time to be afraid of fear
I keep no time to cry

[CHORUS]

NO TIME TO CRY
-Cradle of Filth-

20 December 2004

Baik?!!

Belah malam, gua pakai jeans biru yang dah lusuh ngan t-shirt putih Langkawi. Pastu dok depan tv layan drama. Rudy baru balik dari mana ntah. Dia pandang seluar gua tuh. Sememangnya dia jarang nampak gua pakai jeans biru, lebih lebih lagi yg tu... yg dah mencapai usia nenek kebayan.

"Weih, tak pernah aku tengok kau pakai jeans nih. Nampak cam budak baik laa... Hahaha!"

So selama ni gua nampak cam budak jahat la ye? Cis!

Well, mostly seluar baju gua hitam-hitam. Tak heranlah... Black Metal beb. Black Metaaallllllllll!!! ;p

19 December 2004

Layan Movie Beb!

Hari ni dapat bangun tido lewat. Lebih kurang kul 1.30 petang gak ler. Yahoo! Dah berapa minggu dah gua tak dapat amalkan amalan rutin di hujung minggu nih. Asyik ada hal jer awal awal pagi. Memandangkan hari ni tak ada plan apa apa so ada baiknya gua tak usah membazir masa. Qada' balik tido tido yang hari bekerja nyer. Hehehe. Sedar tu pun bukan pasal dah tak larat nak teruskan, tapi disebabkan alunan merdu nyanyian awek jiran sebelah di siang hari. Adusss... spoil betul. Sapa la yang nyanyi tu... nanti la gua tanya.

Sempat layan tv ngan main gitar jap. Lepas mandi.. bersiap siap, terus turun bawah. Bukak pintu kete, duduk slow slow, start enjin dan... BUNTU! Damn, apa gua nak buat hari nih???

Gila. Hari minggu patutnya banyak plan. Plan untuk berhibur. Tapi gua tak tau kenapa minggu ni rasa macam kosong. Tak ada benda nak buat. Alang alang dah ada kat bawah, gua terus shoot ke rumah Najib. Dia tu pun baru bangun tido gak. Hampeh. Sama je ngan gua. Tapi sementara gua ondeway ke rumahnya, sempatlah dia bersiap diri.

Breakfast kami hari ni kul 4.00 petang. Makan nasik lemak kat satu warong berdekatan tasik yang pernah gua cerita dulu ada orang yang tak berapa betul mati lemas. Gua tak tau kenapa kitorang suka sangat makan kat situ. Mungkin kerana awek warong tu yang comel? Mungkin kerana ramai awek comel dok lalu lalang depan warong tu? Atau mungkin juga kerana ramai couple [yang mana awek semua comel comel] yang selalu lepak makan kat warong yang sama? Ah, kenapa ye? Gua sendiri pun tak tahu...

Otak gua buntu, otak Najib blank. Dah tak tau nak buat apa. Gua ajak Najib pi lepak CM, layan gitar mamat mamat buskerz kat sana. Tapi dia tak nak. Dah lewat katanya. Zaman belaja dulu, kalau gua tengah bosan tahap maharaja dewa, sensorang pun jalan. Port gua selalunya CM la. Layan geng buskerz main gitar. gua suka tengok diorang main dan nyanyi. Ada talent tapi tak diketengahkan. Nak buat macam mana. Itu cara hidup diorang. Biaq pi la... Ehehehe.

Najib: "Kita pi tengok wayang nak?"

Soalan godaan yang tak dapat ditepis. Umpama orang lapar disuruh makan nasik free... dengan pantasnya gua kata... SETTTT! Tapi citer apa? Ah, itu belakang kire. Yang penting skang nak jimat masa. So kitorang cepat cepat blah dari sana dan menuju ke TGV, KLCC.

Hmm... orang tak ramai hari ni. Pelik gak. Selalunya hari minggu, KLCC memang pack. Hari ni beratur kat kaunter tiket pun tak sampai 15 minit. Pilih nyer pilih movie, Ocean's Twelve [6.55 petang] jadik pilihan. Movie lain lain, takde yang berkenan di hati. Gua nak tengok The Incredibles tapi Najib tak nak lak pasal dia dah tengok kat umah. Gua dah kempunan katun tu. Itu hari kat umah Kak Ungku tak dapat tengok gara gara CD ilang ntah ke mana. Tak dapat katun tu pun takpela. Citer ni pun apa kurangnya. Best ya amat. Pening kepala nak paham jalan cerita. Gua malas nak ulas sinopsis citer ni, nanti kepala Pening. Kang tak pasai pasai gua nyanyi lagu pening [Dato' M Daud Kilau ngan Ezlynn]. Apa pun gua sarankan pegilah tengok. Kalau tidak lu akan menyesal. Ahaks!

Balik rumah lebih kurang kul 11.30 malam. Baru jer nak layan tv tetiba Rudy hulur CD The Incredibles. DVD beb. Wahwahhwawah. Terus jer on VAIO then layan cd sampai habis. Peh, best betul laaa.... rezeki gua kot. Jimat 10 hinggit daripada habiskan kat TGV, haha.

18 December 2004

Kenduri mIe - Sungai Buloh

Balik dari keje gua terus pi Gombak. Lepak sana sementara menunggu jam 3 petang. Dah janji ngan Nida dan Sal ambik diorang kat Sentul. Pastu terus ke Sungai Buloh, kenduri kawen mIe - founder GeJu. Sesampai sana, hujan renyai renyai turun umpama menyambut kehadiran kami bertiga. Ewwah!

Hmmm... orang dah tak ramai sebenarnya. Kire kami ni antara yang terlewat. Mie bagitau beberapa geju/blogger ada datang lebih awal. Tak sempat nak jumpa yang lain lain. Tarak hal lah, sekurang kurangnya dapat layanan penuh daripada pengantin tu sendiri.

Gua makan pun tak banyak. Sedikit tak puas hati pasal tak dapat lauk ayam. Dah habis. Huhuhu. Tu laaa... lenkali pepandai ler datang awal!

14 December 2004

Opisku Sunyi!

Hari ni Shima cuti lak. Isk... boring lak bila dia takde. Habis semua tepon ringing, gua yang kena jawab. 2 orang boss... ntah mana pegi. Ops, Cik N*na tentu tengah honeymoon. Hehe. Sorang lagi biasaklah... masuk lewat. Kengkadang langsung tak masuk. Senang betul jadik boss, huh! Gua pun boss jugak. Boss kecik!

Tengah tengah boring macam ni... tak tau nak buat apa lak. Bukak internet pun dah rasa nak muntah. Dalam keadaan boring, bosan, ngantuk, tension dan sebagainya... boleh lak siap edit layout blog cik Kulat nih. Nasib baik tengah ada idea, kalau tak mau kena tunggu 6 bulan baru boleh start edit. Hmm... ada lagi tu sorang dua yang tengah tunggu turn mintak editkan blog diorang. Gua tak tahu lagi bila boleh buat. Seperti yang gua dah bagitau, gua buat benda tu ikut mood + free time. Tadak kalu, tarak buat. Hoho!

Mak aih, lapar lah plak. Gua kuar dululah. Pi makan... Chiow!

13 December 2004

Banjir

Sekarang musim banjir kat area Pantai Timur lebih lebih lagi Kelantan. Tengok berita kat TV, baca paper... isk... teruk jugak banjir tahun nih ye? Gua rasa ni kali kedua dalam hidup dapat tengok bandar KB tenggelam. Kali pertama kalau tak silap tahun 88 rasanya. Tapi masa tu gua kecik lagi. Tak ingat sangat suasana dan keadaan masa tuh. Hehe.

Banjir kali ni gua kat KL lak. Tak berkesempatan untuk main air seperti tahun tahun sudah. Dulu gua ngan member member sekampung suka sangat buat lawatan ke tapak tapak banjir nih. Kayuh basikal dari satu kampung ke kampung lain. Asal dapat tau ada air naik mana mana terus jer sampai. Yang best bukannya apa... hanya nak tengok orang ramai jer. Gua pun heran, banjir kat Kelantan tak dianggap macam bala atau bencana tapi lebih kepada pesta air. Orang kampung mula keluar beramai ramai lepak atas jalan berdekatan air yang naik tuh. Pastu bersembang sampai ke lewat petang. Anak anak dara yang tak pernah kuar rumah pun ada dok main air ngan budak budak. Kitorang ni yang jenis kumbang liar mencari bunga dah tentu tak lepas peluang ambik can mengurat. Ahahahaha! Best... best... Tak pasai pasai bertemu jodoh kerana banjir!

Budak budak skolah tentu suka banjir. Selalunya mangsa banjir dipindahkan buat sementara ke skolah skolah berdekatan. Dah tentu skolah tu akan tutup selagi banjir tak surut. Apa lagi... sementara tak skolah, main la air puas puas. Haha.

Apa pun, Pasir Mas jarang banjir teruk. Setakat air naik sampai paras buku lali tu banyaklah. Ada jugak rumah yang tenggelam tapi kebanyakannya rumah yang terletak berdekatan tebing sungai jer. Err... rumah aku selalu naik air gak. Sampai ke bahagian bilik mandi. Tapi tak lama. 2 hari lepas tu keringlah. Yang tak bestnya, nanti banyak cacing keluar lepak atas simen. Waarrgghhkk... tolonglah! Aku tak suka cacing!!!

11 December 2004

Hari ni Cik N*na kawen.

SELAMAT PENGANTIN BARU! Moga kekal bahagia hingga akhir hayat. Amiinnn...!

Sepatutnya janji nak jumpa Maa hari nih. Sekali hujan lebat daa... Highway jam teruk. Malas ah nak pi Shah Alam. Lain kali la kot. Sorry ye Maa!

Suka suka hati jer gua kensel janji. Dia kata ok, so ok laa... Ahaks!

10 December 2004

Lu ada enset? Campak dalam lobong jerlah!

Gua paling hangin bila call banyak kali tapi tak dijawab. Bukan tak tahu atau tak dengar tapi sengaja malas nak jawab gara gara tension ngan masalah peribadi. Gua tak kacau peribadi orang. Gua call atas urusan keje. Nak tahu apa status projek yang berjalan. Bila person incharged missing in action, maka banyak report pending. Pihak atasan akan tanya gua. Apa gua nak jawab? Gua sendiri pun tak tau apa. Kita buat keje ikhlas tapi bila come to this part, we have to cover our ass ourselves. Habis segala ilmu tipu-sunat keluar. In the end, gua jugak yang kena sembur. Yang pasti, gua yang akan rasa tension. In this moment, gua rasa nak bakar jer PC nih. Kalau mamat tu ada kat depan gua skang nak jer gua sepak bontot dia nam belas kali. Biar tak boleh berak 3 minggu berturut turut. Baru padan muka dia.

Arrrghhhhhhh..... tensionnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

[Tension bertambah tambah bila terpaksa post entry 2 kali. Hampeh nyer Blogger. Nak kena sepak ker haaaa?????]

06 December 2004

Pendek Jerlah!

Semalam tak boleh tido lak. Last last terbawak bawak sampai ke Subuh. Nasib baik gua terlelap gak di saat saat akhir. Tentu gara gara bangun tido lewat sebelah siang nyer nih! Standardlah, Ahad...

Ingatkan hari ni ada benda nak buat. Sekali satu hari yang amat membosankan. Ad hantar offline meseg kat YM gua kata semalam nak buat openhouse tapi tak konpem lagi. Akan diberitahu semula nanti. Sampai sudah tak ada apa pun. Lain lain appointment banyak dah kensel nih! Hampeh. Gua sikit punya tunggu sampai ke malam. [Mungkin buat kot cuma lupa nak bagitau kat gua? - ayat nak sedapkan hati.] Ish... ish... ish...

...................


Hari Sabtu lalu rasa masa amat terisi. Balik keje lewat. Bukan pasal banyak keje, tapi stayback untuk siapkan layout baru blog Lin. Kul 3.30 baru siap. Peh... nasib baik tak claim OT [Nak kena flying kick ngan boss gua trylah!]. Haha.

Balik dari opis terus pi umah Lin. Ambik dia ngan dua lagi opismate dia then terus shoot ke Kampung Cheras Baru - openhouse umah Amyz. Trimas bebanyak kat Amyz pasal menjemput patik pacal yang hina ni untuk singgah bersantap. Hehe. Burrpp [Alhamdulillah...]. Kenyang juge!

Sapa lagi mau buat OH???

02 December 2004

Apasal gesbuk gua jadi bengong nih??? Arrghhh... tensionnya! Kenapa tiba tiba boleh ilang beberapa msg? Seminggu dua yang lepas pernah jadi, pastu ok balik. Lepas tu jadik balik, gua buat bodoo jer. Alih alih ari ni jadik lagi sekali. Gua ingat ni database nyer problem laa... Hmm... apa nak buat ye???

01 December 2004

Susah

Ramai yang komplen kata susah nak baca gesbuk gua. Diorang kata kalau nak baca gak tuh, kena sign dulu baru ada link untuk ke page baca. Hmm... salah satu faktor kenapa gesbuk kurang 'sign'er? Heh!

Okeh, buat kali kedua [kali pertama gua pernah tulis kat dalam gesbuk tuh - kalau rajin pepandailah carik!] gua bagitau, kalau nak baca gesbuk klik jer kat link 'GESBUK' kat bahagian atas belah kanan tuh. Nun di penjuru sudut, kecik dan comel. Heh! Klik jer yang tuh, gesbuk gua dalam style pop up akan kuar. Cubalah...

[Halim Yazid - Tupai]